KUALA LUMPUR:Seramai 34 Ahli Parlimen dari pembangkang menggesa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Kabinet Perikatan Nasional (PN) menarik balik perintah kuarantin tiga hari bagi menteri yang telah dimasukkan dalam warta Persekutuan.
Menurut kesemua Ahli Parlimen itu, Kabinet PN juga seharusnya mengadakan perbincangan segera dengan teliti berhubung isu kuarantin yang perlu dilalui oleh rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan membuat keputusan yang adil dan sama rata.
Dalam kenyataan media yang diedarkan pada Rabu, kesemua Ahli Parlimen berkenaan juga meminta kerajaan agar membuat keputusan berdasarkan pertimbangan yang sewajarnya.
“Keputusan yang mengikut data saintifik dan bukan untuk memudahkan gaya hidup menteri. Wabak COVID-19 adalah soal hidup atau mati yang perlu ditangani dengan serius,” kata Ahli-Ahli Parlimen itu lagi.
BACA: COVID-19: Tempoh pemerhatian menteri pulang dari luar negara dikurangkan kepada 3 hari
Kenyataan itu turut menegaskan, Dr Adham agar tidak boleh mengeluarkan perintah yang memberi kelonggaran kepada menteri Kabinet dalam Warta Persekutuan dan sesuka hati berkata kelonggaran kuarantin tiga hari itu hanya diberi kepada menteri yang benar-benar mengikut "gelembung program perjalanan" (itinerary bubble) tetapi bukan kepada menteri yang lain.
“Ini bermaksud wujudnya kuarantin “dwi-standard” di kalangan menteri yang membuat lawatan rasmi ke luar negara.
“Selepas itu, beliau berkata kuarantin tiga hari akan dibuka kepada orang ramai kerana kerajaan ingin membuka ekonomi.
“Tidak ada ketekalan (consistency) dalam keputusan beliau, malah menimbulkan kekeliruan dalam negara,” tegas 34 Ahli Pembangkang itu lagi.
Seruan itu dibuat selepas kenyataan Dr Adham mencetuskan kekeliruan dan kritikan daripada pelbagai pihak termasuk oleh pakar penyakit berjangkit seperti Profesor Dato Adeeba Kamarulzaman dan Master, Academy of Medicine Malaysia, Dato Profesor Dr Rosmawati Mohamed.
Selepas teruk dikritik, Dr Adham menambah lagi kekeliruan dengan menyatakan bahawa kuarantin tiga hari itu mungkin dibuka kepada ahli perniagaan dan orang awam tidak lama lagi.
Sehubungan itu, kesemua Ahli Parlimen berkenaan menuntut Menteri Kesihatan menjelaskan apakah rasional dan kriteria sebenar untuk rakyat Malaysia, tidak kira sama ada menteri atau rakyat biasa yang pulang dari luar negara berhubung isu kuarantin dan kawalan COVID-19?
Berikut senarai 34 Ahli Parlimen dari pembangkang yang menyeru supaya pihak kerajaan menarik balik perintah kuarantin tiga hari bagi menteri Kabinet:
1. Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang)
2. Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar)
3. Mohd Azis Jamman (Ahli Parlimen Sepanggar)
4. Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut)
5. Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Bakri)
6. Baru Bian (Ahli Parlimen Selangau)
7. Datuk Rozman Isli (Ahli Parlimen Labuan)
8. Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Pulai)
9. Amiruddin Hamzah (Ahli Parlimen Kubang Pasu)
10. Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai)
11. Isnaraissah Munirah Majilis (Ahli Parlimen Kota Belud)
12. Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena)
13. Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)
14. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Ahli Parlimen Raub)
15. Maria Chin Abdullah (Ahli Parlimen Petaling Jaya)
16. Wong Shu Qi (Ahli Parlimen Kluang)
17. Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh)
18. Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
19. Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng)
20. Kasthuriraani Patto (Ahli Parlimen Batu Kawan)
21. P. Prabakaran (Ahli Parlimen Batu)
22. M. Kulasegaran (Ahli Parlimen Ipoh Barat)
23. Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin)
24. Sivarasa Rasiah (Ahli Parlimen Sungai Buloh)
25. Chan Foong Hin (Ahli Parlimen Kota Kinabalu)
26. Steven Choong (Ahli Parlimen Tebrau)
27. Dr Maszlee Malik (Ahli Parlimen Simpang Renggam)
28. Chan Ming Kai (Ahli Parlimen Alor Setar)
29. Dr Azman Ismail (Ahli Parlimen Kuala Kedah)
30. Thomas Su (Ahli Parlimen Kampar)
31. Alice Lau (Ahli Parlimen Lanang)
32. Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru)
33. Datuk Christina Liew (Ahli Parlimen Tawau)
34. Nor Azrina Surip @ Nurin Aina (Ahli Parlimen Merbok)
Faris Danial Razi
Wed Feb 10 2021
![Tarik balik perintah kuarantin tiga hari pada menteri - 34 Ahli Parlimen pembangkang Tarik balik perintah kuarantin tiga hari pada menteri - 34 Ahli Parlimen pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61612959473_KitaUnitepembangk.jpg)
Seramai 34 Ahli Parlimen pembangkang gesa kerajaan segera mengadakan perbincangan segera dengan teliti berhubung isu kuarantin yang perlu dilalui oleh rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.
![Mohd Azmawi Fikri calon BN untuk PRK Nenggiri Mohd Azmawi Fikri calon BN untuk PRK Nenggiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721301845_TBMohdAzmawi.jpg)
Mohd Azmawi Fikri calon BN untuk PRK Nenggiri
Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.
Harungi bahaya jalan balak hanya untuk ke bandar Keningau
Penduduk mukim Tatalaan terpaksa bertarung nyawa di atas jalan raya yang teruk sejauh 106 kilometer demi mendapatkan akses perkhidmatan awam dan keperluan harian di bandar Keningau.
Teroka potensi batik motif suku kaum Murut
Komuniti di Kampung Pangaraan dan Kampung Binanun, Nabawan bangunkan perusahaan batik bermotif suku kaum Murut menerusi kursus anjuran Persatuan Usahawan Sosial Sabah (SOSEA).
RM731 juta disalur kepada usahawan, koperasi di Sarawak
Ewon berkata di bawah program Tunas Usahawan Belia pula, SME Corp menyalurkan pembiayaan geran sebanyak RM540,000 kepada 36 peserta pada 2023, manakala pada 2024 geran berjumlah RM1.27 juta diluluskan kepada 115 peserta usahawan belia di Sarawak.
![Pengurangan 10 peratus subsidi RON95 kecilkan defisit fiskal sebanyak 0.2 peratus - MARC Pengurangan 10 peratus subsidi RON95 kecilkan defisit fiskal sebanyak 0.2 peratus - MARC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721295033_RON.jpg)
Pengurangan 10 peratus subsidi RON95 kecilkan defisit fiskal sebanyak 0.2 peratus - MARC
MARC menganggarkan pengurangan 10 peratus subsidi bahan api RON95 boleh mengurangkan defisit fiskal sebanyak kira-kira 0.2 peratus daripada KDNK.
Lebih RM62 juta untuk projek pembangunan TVET di Sabah
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata peruntukan tersebut diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 di bawah Rolling Plan satu dan empat, dengan kos keseluruhan sebanyak RM197.32 juta.
Tender projek Jambatan Rambungan akan diserah bulan depan
Tender semula bagi penyambungan projek Jambatan Rambungan akan diserahkan bulan depan kepada kontraktor penyelamat untuk menyelesaikan sekitar 45 peratus baki kerja pembinaannya.
Jambatan Bintangor dijadual siap pada April 2025
Projek jambatan Bintangor di Perkampungan Nombor, Kuching kini dijadualkan siap pada April 2025 selepas kontrak dilanjutkan selama 819 hari susulan kerja-kerja mengalih fasiliti utiliti elektrik dan telekomunikasi oleh agensi bertanggungjawab selesai.
![Bekas CEO MARii dipenjara setahun, denda RM100,000 Bekas CEO MARii dipenjara setahun, denda RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706517466_MadaniSahari.jpg)
Bekas CEO MARii dipenjara setahun, denda RM100,000
Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara terhadap Datuk Mohamad Madani Sahari berjalan serentak bermula hari ini.
Acara sepak takraw regu berpasukan wanita diteruskan
Penganjuran acara sepak takraw berpasukan wanita pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 akan diteruskan mengikut jadual.
![Busana perarakan kontinjen Malaysia di Olimpik Paris elegan, diperkenal Rabu depan - Hannah Busana perarakan kontinjen Malaysia di Olimpik Paris elegan, diperkenal Rabu depan - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721290044_KBSHannahYeoh.jpg)
Busana perarakan kontinjen Malaysia di Olimpik Paris elegan, diperkenal Rabu depan - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pakaian yang dicipta khas untuk kontinjen Malaysia pada upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai rekaan yang elegan.
![Perbelanjaan Sukma wajar dikeluarkan untuk pembangunan atlet muda - Hannah Perbelanjaan Sukma wajar dikeluarkan untuk pembangunan atlet muda - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720993598_HannahYeoh.jpg)
Perbelanjaan Sukma wajar dikeluarkan untuk pembangunan atlet muda - Hannah
Hannah Yeoh berkata, temasya sukan itu merupakan satu keperluan dalam memastikan negara tidak ketandusan bakat muda.
![Emas Olimpik Paris: Lebih banyak ganjaran menanti atlet - Hannah Emas Olimpik Paris: Lebih banyak ganjaran menanti atlet - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720853939_HannahYeoh.jpg)
Emas Olimpik Paris: Lebih banyak ganjaran menanti atlet - Hannah
Ganjaran bagi atlet yang meraih emas pada Sukan Olimpik Paris 2024 dijangka bertambah apabila semakin ramai pihak tampil memberi sumbangan.
![10,000 sertai Community Safety Run PDRM 10,000 sertai Community Safety Run PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720408329_PDRMRun.jpg)
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
![Tiada bukti Hannah mahu jadikan Malaysia negara Kristian - Musa Hassan Tiada bukti Hannah mahu jadikan Malaysia negara Kristian - Musa Hassan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720174845_TanSriMusaHassan.jpg)
Tiada bukti Hannah mahu jadikan Malaysia negara Kristian - Musa Hassan
Tiada bukti Hannah mahu jadikan Malaysia negara Kristian - Musa Hassan
![Olimpik Paris: KBS salur dana RM300,000 untuk atlet profesional termasuk Zii Jia Olimpik Paris: KBS salur dana RM300,000 untuk atlet profesional termasuk Zii Jia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717392383_KBSHannahYeoh.jpg)
Olimpik Paris: KBS salur dana RM300,000 untuk atlet profesional termasuk Zii Jia
Empat atlet profesional negara yang akan beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 telah diberikan geran bantuan berjumlah RM300,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
![Pakaian diperkenalkan tidak digunakan untuk perbarisan Olimpik Paris - Hannah Pakaian diperkenalkan tidak digunakan untuk perbarisan Olimpik Paris - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719476786_HannahYeoh.jpg)
Pakaian diperkenalkan tidak digunakan untuk perbarisan Olimpik Paris - Hannah
Hannah berkata terdapat set pakaian rasmi lain bagi acara berkenaan selain menegaskan supaya tiada perbandingan dibuat berhubung kepimpinannya di KBS dengan bekas menteri Khairy Jamaluddin.
![KBS tubuh jawatankuasa pantau projek NTC FAM - Hannah KBS tubuh jawatankuasa pantau projek NTC FAM - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719383070_tbHannahYeoh.jpg)
KBS tubuh jawatankuasa pantau projek NTC FAM - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi memantau kemajuan projek pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) FAM.
![Pakaian rasmi kontinjen negara luar bidang kuasa KBS - Hannah Pakaian rasmi kontinjen negara luar bidang kuasa KBS - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719274104_tbOlimpik.jpg)
Pakaian rasmi kontinjen negara luar bidang kuasa KBS - Hannah
Pemilihan dibuat selepas MOM dan pihak penaja berbincang dan mempertimbangkan beberapa faktor antaranya kos yang perlu dikeluarkan.
![Program Senaman Warga Emas diperluas ke 120 lokasi seluruh negara Program Senaman Warga Emas diperluas ke 120 lokasi seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719030213_tbHannahYeoh.jpg)
Program Senaman Warga Emas diperluas ke 120 lokasi seluruh negara
Kementerian Belia dan Sukan bakal memperluaskan Program Senaman Warga Emas 2024 ke 120 lokasi seluruh negara.