Pihak berkuasa agama di negara ini perlu mengeluarkan butiran terperinci mengenai kumpulan tarekat yang dibenarkan dan tidak dibenarkan bagi mengelakkan timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata masyarakat juga boleh merujuk garis panduan yang telah dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung perkara itu.
"Telah ada fatwa yang diputuskan tentang tarekat yang dibenarkan dan tak dibenarkan. Tapi saya rasa elok kita buat perincian...supaya jangan dihukum semua tak boleh.
"Nanti akan timbul kekeliruan tentang kefahaman berkaitan tarekat. Majlis Fatwa pun sudah keluarkan batas-batas yang dibolehkan dalam amalan-amalan, jadi elok dirujuk terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama media yang turut dihadiri Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kebimbangan peningkatan ajaran kumpulan tarekat yang dikhuatiri menyeleweng daripada ajaran Islam.
Ditanya tentang kemunculan sebuah kumpulan tarekat baharu yang mirip sebuah tarekat yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa sebelum ini, Jamil Khir menyerahkan kepada Jakim dan Majlis Agama Islam di negeri-negeri untuk memutuskan perkara itu.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata jabatan itu sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Mufti di negeri-negeri bagi membuat pemantauan dan siasatan jika menerima aduan daripada mana-mana pihak.
"Kita (Jakim) juga ada panel pakar yang dilantik kerajaan untuk bantu dalam hal begini. Tarekat baharu yang disebut, jika ia adalah Naqsyabandiah, itu dah lama diputuskan dan kita masih kekal dengan keputusan itu," katanya.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Ke-48 pada April 2000 memutuskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim sebagai bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Terdahulu dalam ucapannya, Othman berharap media massa dapat menyiarkan lebih banyak program berbentuk ilmiah yang berteraskan syariat yang boleh menyumbang kepada pembentukan sahsiah masyarakat.
Katanya, amat merugikan jika cerita tahyul, aksi ganas, perbualan kosong, penulisan yang tidak bermanfaat dan sebagainya masih menjadi santapan minda masyarakat kini.
Bernama
Tue May 26 2015

JAMIL KHIR: Tarekat: Perlu perincian untuk elak kekeliruan - Gambar fail
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

MAINJ dijangka keluar fatwa berkaitan GISB dalam tempoh sebulan - Exco
MAINJ melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Mufti sedang meneliti keputusan MKI dengan melakukan proses semakan fatwa.

Tiada keperluan mendesak fatwakan GISB sesat di Terengganu - Mufti
Mohamad Sabri berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia terlebih dahulu mengenai isu tersebut.

Fatwa GISB menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar diwartakan - MAIS
Fahaman, ajaran, pegangan atau amalan ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan rangkaiannya yang difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar telah diwartakan dan disiarkan dalam Warta Kerajaan

Fatwa di bawah RUU Mufti (WP) 2024 hanya untuk orang Islam - Mohd Na'im
Fatwa yang diwartakan di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 adalah hanya mengikat orang Islam sahaja serta terhad di bawah bidang kuasa negeri, kata Menteri di Jabatan Per

Taksub pemimpin, seleweng akidah antara punca GISB akan difatwa sesat di Selangor
Khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini menekankan tentang kesesatan akidah dibawa GISB yang menyimpang daripada ajaran Islam.

Isu GISB: Jawatankusa Fatwa MKI hanya keluarkan pandangan hukum - Mohd Na'im
Mohd Na'im menjelaskan bahawa fatwa berkaitan GISBH akan diputuskan oleh setiap negeri di negeri masing-masing.

Mufti Kelantan belum putuskan fatwa tentang ajaran GISB
Jabatan Mufti Negeri Kelantan masih mengumpul bukti yang boleh mengaitkan GISB sebagai kumpulan ajaran sesat sebelum memutuskan sebarang fatwa tentangnya.

Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.

Haram, berdosa tunai haji tanpa visa haji
Islam menetapkan kepentingan untuk taat kepada Allah, Rasul dan pemimpin atau peraturan dalam melakukan sesuatu perkara.

Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA
MKI akan mengeluarkan fatwa berhubung status daging kultur selepas mengadakan perbincangan dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA).