BALING: Penapisan yang lebih teliti selain pemprofilan latar belakang harus dilaksanakan terhadap penghibur luar, sebelum mereka dibenarkan membuat persembahan di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata walaupun kerajaan mengamalkan pendekatan mesra dalam menerima mana-mana penghibur atau artis untuk melakukan persembahan, namun ia tidak boleh sesekali menggadaikan sistem nilai, budaya dan pertimbangan agama di negara ini.
"Dari sudut tanggungjawab penganjur, ambil pengajaran daripada peristiwa ini sebab sesuatu yang dikatakan baik dan bebas di negara luar tidak semestinya baik dan bebas di negara kita.
"Jadi tanggungjawab penganjur harus menilai sesuatu latar belakang sesebuah persembahan supaya bersesuaian dengan amalan budaya dan sensitiviti setempat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bicara ilmu pada Program Malaysia MADANI-Seminar Pembangunan Modal Insan dan Sahsiah Diri di Kuala Ketil di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai tindakan kumpulan The 1975 yang membuat aksi kurang sopan dalam konsertnya di Good Vibes Festival 2023 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor, malam tadi.
Saifuddin Nasution berkata walaupun hiburan adalah sesuatu yang biasa di negara ini, perlakuan yang ditunjukkan oleh kumpulan terbabit merupakan satu bentuk kehancuran nilai yang sama sekali tidak ada tempat di Malaysia.
Mengulas mengenai kata-kata vokalis kumpulan itu yang menyentuh mengenai undang-undang negara ini berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), Saifuddin Nasution berkata penghibur dari luar negara mempunyai tanggungjawab untuk belajar dan mengetahui mengenai undang-undang sesebuah negara.
"Peringatan kita adalah biarlah episod ini menjadi pengajaran semua. Saya tonton klip video itu yang dikirim kepada saya bertalu-talu, tak ada satu ayat yang dia sempurnakan melainkan dengan maki hamun dan mencarut. Kemudian secara terang-terangan menogok arak di khalayak dan melakukan perbuatan biadap yang langsung bercanggah dengan nilai dan budaya tempatan.
"Saya fikir mereka boleh menyampaikan atau menyuarakan mereka punya kekecewaan terhadap beberapa peraturan yang dianggap menyekat kebebasan dan sebagainya, tapi biar mereka tahu negara ini ada kedaulatan undang-undangnya," katanya yang turut menambah tidak ada mana-mana agama dalam negara ini dapat menerima perbuatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023

Penapisan yang lebih teliti selain pemprofilan latar belakang harus dilaksanakan terhadap penghibur luar, sebelum mereka dibenarkan membuat persembahan di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Tapisan teliti perlu dilakukan terhadap penghibur luar negara - Saifuddin Nasution
Penapisan yang lebih teliti selain pemprofilan latar belakang harus dilaksanakan terhadap penghibur luar, sebelum mereka dibenarkan membuat persembahan di negara ini.