Seekor tapir sesat berjaya diselamatkan selepas terjatuh ke dalam longkang dalam kejadian di Kampung Tegaru, Manir, Kuala Terengganu.
Haiwan itu dikatakan terkandas di dalam longkang tersebut kira-kira jam 10 malam Sabtu.
Bagaimanapun, tindakan pantas anggota bomba bersama penduduk kampung berjaya menaikkan haiwan yang dianggarkan seberat 200 kilogram itu.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Junaidi Mohd berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 11.49 malam.
Katanya masa lebih sejam diambil bagi menaikkan haiwan berkenaan.
Seramai enam anggota bomba bersama lebih dua puluh penduduk kampung beradu tenaga untuk menyelamatkan haiwan tersebut.
Sementara itu Pengerusi Majlis Keselamatan dan Komuniti Kampung Kubang Tepak, Usop Omar berkata ini merupakan insiden pertama tapir tersesat di kampung mereka.
Tapir itu berjaya melepaskan diri ke dalam semak berhampiran sejurus dinaikkan.
Penduduk kampung akan memanjangkan perkara tersebut kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu untuk tindakan lanjut.
Astro Awani
Sun Sep 15 2019

Seramai enam anggota bomba bersama lebih dua puluh penduduk kampung beradu tenaga untuk menyelamatkan haiwan tersebut. - Foto Astro AWANI

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

Ibu gajah setia tunggu anak jatuh longkang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam longkang di Batu 13, Jalan Raya Timur-Barat di sini pada Ahad.

Kanak-kanak lelaki dua tahun dipercayai jatuh longkang
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Goodwood, Bukit Palah pada petang Sabtu.

Pemuda maut, kereta terjunam dalam longkang depan IPG
Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang besar di hadapan pintu Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu, Jalan Durian Daun, di sini, pada Rabu malam.

Kanak-kanak 6 tahun maut jatuh longkang
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, yang dihanyutkan air deras selepas terjatuh ke dalam sebuah longkah di kawasan perumahan di Taman Pelangi, Rawang ditemukan kira-kira 7.45 malam.

Mayat kanak-kanak jatuh longkang ditemui selepas 4 kali laungan azan
Mayat kanak-kanak 10 tahun, yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Ukay Perdana, Ampang Sabtu lepas, ditemukan hari ini.

Jatuh longkang ketika panjat pokok mempelam
Mangsa berusia lingkungan 40-an itu terjatuh selepas salah satu dahan yang dipijak patah.

Bomba selamatkan anak kucing terjatuh longkang
Di Taman Botani, Ipoh, anggota bomba memberi khidmat khas menyelamatkan seekor anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang.

Jatuh longkang: Mayat kanak-kanak perempuan ditemukan pagi ini
Mayat mangsa ditemukan orang awam di dasar longkang dengan jarak 15 meter dari tempat dia dipercayai jatuh.

Wanita warga emas maut jatuh longkang
Difahamkan mangsa berjalan kaki seorang diri sebelum terjatuh ke dalam longkang tersebut.

Penunggang motosikal dikhuatiri dihanyutkan arus deras selepas terjatuh longkang
Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Amin Ismail, 58, dari Klebang Restu, Chemor itu dikatakan terjatuh ke dalam longkang ketika hujan lebat.