KULAI: Satu tangki bahan alkali dengan isi padu 1,000 liter tangki di sebuah stor di Jalan Besar, Kampung Baru, Sengkang, Kulai di sini, pecah menyebabkan bahan kimia berkenaan mengalir ke sungai berhampiran, pada jam 8.20 malam Sabtu.
Susulan itu, seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai dibantu satu unit Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dikejarkan ke tempat kejadian.
Komander Operasinya, Pegawai Bomba Tinggi II Bahtiar Selamat berkata, mereka turut dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perhidmatan Kecemasan (EMRS) dan satu Utiliti Hilux.
Katanya, siasatan mendapati, terdapat tumpahan bahan kimia iaitu methyltriocdylam monium chloride, hydrogen peroxide solution, n-methyl cyclohexylamine.
"Terdapat 30 tangki yang mengandungi bahan alkali dan satu daripada tangki itu pecah dan mengalir ke sungai berhampiran," katanya menerusi kenyataan media pada Ahad.
Menurut Bahtiar, isi padu setiap tangki lebih kurang 1,000 liter.
"Dua mangsa di lokasi berhampiran mengalami gejala peninga dan muntah. Bomba bertindak membuat tiga lapisan benteng bagi menghalang bahan buangan berkenaan daripada terus mengalir ke dalam sungai.
"Pengaliran bahan kimia berkenaan dapat dihentikan dan keadaan didapati selamat. Operasi ditamatkan pada 2.33 pagi," katanya.
Beliau berkata, pihaknya telah membuat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Artikel asal di Sinar Harian: Tangki bahan kimia pecah, mangsa pening, muntah
Sinar Harian
Sun Jul 04 2021

Anggota bomba memeriksa kandungan air sungai selepas tangki bahan kimia di sebuah stor simpanan dikesan pecah di Jalan Besar, Kampung Baru, Sengkang, Kulai, pada malam Sabtu. -Foto Sinar Harian

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Tangki bahan kimia pecah, mangsa pening dan muntah
Siasatan mendapati terdapat tumpahan bahan kimia iaitu methyltriocdylam monium chloride, hydrogen peroxide solution, n-methyl cyclohexylamine.