Ia merupakan peruntukan baharu dalam Akta SPRM 2009. Seksyen 17A Akta SPRM 2009 merupakan kesalahan rasuah oleh organisasi komersial yang diluluskan oleh Parlimen pada 5 April 2018.
Syarikat atau organisasi komersial dikenakan hukuman kerana membenarkan pegawai dan kakitangan mereka melakukan rasuah untuk memperoleh sesuatu projek (atau mendapat sesuatu faedah).
Objektif seksyen ini adalah menggalakkan aktiviti perniagaan dijalankan secara jujur dan bebas daripada rasuah, menggalakkan organisasi komersial melaksanakan langkah pencegahan rasuah dalam organisasi dan mempromosikan tadbir urus baik dan pematuhan undang-undang pencegahan rasuah.
Di dalam peruntukan ini sekiranya organisasi komersial didapati bersalah, siapa yang boleh dihukum?
Makna organisasi komersial itu sendiri ialah pihak Pengarah atau orang yang mempunyai kawalan (terhadap organisasi komersial), rakan kongsi atau pegawai atau sesiapa yang terlibat dalam pengurusan organisasi komersial berkenaan.
Melainkan, individu terbabit membuktikan yang kesalahan organisasi komersial dilakukan tanpa keizinannya atau penglibatannya serta dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan tersebut.
Jika didapati bersalah, pesalah akan didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai suapan, atau RM1 juta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi; atau tidak lebih 20 tahun; atau kedua-duanya sekali.
Berdasarkan tinjauan kajian penilaian yang dilakukan oleh MICG terhadap 100 syarikat tersenarai teratas di Malaysia, 13 aspek program antirasuah (misalnya, komitmen, latihan, pemberitahuan dan dasar) hanya 13 syarikat yang mencapai skor lebih daripada 90% pada tahun 2019.
Skor purata adalah 62%. Rata-rata keadaan penyelesaian untuk langkah-langkah yang mencukupi adalah 54%. Ini bermakna masih banyak lagi syarikat yang belum mampu melaksanakan tanggungjawab ini terutama sekali syarikat yang besar.
Apatah lagi apabila COVID-19 juga merupakan anatara halangan dalam pelaksanaan peruntukan ini di mana ia mempengaruhi dan menjejaskan aktiviti perniagaan untuk berhubung antara satu sama lain.
Selanjutnya, bagi syarikat-syarikat besar untuk agar sukar dan memakan masa untuk melaksanakan dan memenuhi kerangka kerja prosedur seperti yang ditetapkan oleh undang undang terutama sekali dari segi memenuhi adequate measures atau usaha yang mencukupi.
Banyak syarikat terjejas oleh COVID-19 dan ada yang telah ditutup dan tumpuan mereka lebih untuk survival atau untuk hidup.
Berdasarkan faktor di atas adalah dicadangkan agar:
- Tarikh penguatkuasaan CL17A perlu dipanjang lagi satu tahun lagi untuk memberi masa yang cukup syarikat bersedia
- Bagi SPRM peluang kaji balik peruntukan yang sedia ada untuk menambah baik dan seiring dengan amalan yang dipraktikan di negara laian terutama United Kingdom dan Singapura
- Antaranya perkataan gratification kepada “improper payment”. Ini adalah segala pembayaran yang dibuat tidak wajar oleh perniagaan komersial bagi tujuan mendapatkan kontrak atau kerja tidak dikekangan dengan niat untuk merasuah setengah pihak
- Memasukan klausa Deferred Prosecution Agreement (DPA) di dalam Seksyen 17A Akta SPRM seperti yang tedapat di dalam peruntukan akta sedai ada di UK dan Singapura yang lebih berkesan. DPA ini juga memberi peluang kepada syarikat untuk berunding dalam membayar denda.