Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa pihak polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) supaya menangani kes penderaan haiwan sama seperti menangani kes jenayah berkaitan manusia.
Presiden SAM SM Mohamed Idris berkata, jumlah aduan mengenai kes itu telah meningkat sejak lima tahun yang lalu sambil menambah bahawa JPV menerima 463 aduan kekejaman terhadap haiwan pada 2016, dan menerima 510 aduan pada tahun berikutnya.
Beliau juga berkata kekejaman terhadap haiwan bukanlah secara tidak sengaja dilakukan oleh individu tetapi perbuatan itu sengaja dilakukan terhadap haiwan yang hidup dan oleh itu ia harus ditangani sama seperti jenayah lain seperti kes kecurian.
"Desakan untuk mengenakan hukuman penjara adalah setimpal dengan kekejaman ke atas haiwan dengan desakan semakin meningkat supaya pelaku jenayah itu dikenakan hukuman punitif sebagai pengajaran kepada orang lain daripada melakukan perbuatan itu, " katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan mengenai kes kekejaman terhadap haiwan baru-baru ini, termasuk kejadian seekor anjing diseret oleh sebuah lori di Seberang Jaya dan satu kes melibatkan dua lelaki yang memasukkan seekor kucing yang bunting ke dalam mesin pengering dobi.
Di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2017, sesiapa yang didapati bersalah melakukan penderaan atau kekejaman ke ats haiwan boleh didenda maksimum RM100,000, atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 01 2018

Kekejaman terhadap haiwan bukan lagi satu perkara yang kita perlu diamkan! - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Tular: Kucing mati putus kaki, perut terbelah di UM bukan akibat didera
Kes dua ekor kucing ditemui mati dalam keadaan mengerikan di Universiti Malaya (UM) yang disangkakan dibunuh kejam oleh manusia, disahkan maut akibat serangan anjing liar.

Dera haiwan: Masyarakat semakin prihatin, aduan meningkat
Masyarakat kini semakin prihatin mengenai kes penderaan terhadap haiwan yang menyaksikan aduan berhubung kes itu meningkat.

Polis buru lelaki dipercayai pukul, bakar anjing hidup-hidup
Pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian itu yang didakwa berlaku di sebuah klinik haiwan di Taman Impian Emas, Skudai.

Lelaki sembur beruk dengan pewarna dicari
Satu lagi aksi penderaan ke atas haiwan telah tular dan menimbulkan kemarahan masyarakat umum.

Lelaki campak kucing bunting ke dalam mesin dobi dihukum penjara 34 bulan
Seorang pekerja kontrak yang videonya tular berhubung kejadian membunuh kucing bunting dalam pengering pakaian di sebuah dobi layan diri, dijatuhi hukuman 34 bulan penjara dan denda RM40,000.

Kes kekejaman ke atas haiwan di Malaysia catat peningkatan
Peningkatan jumlah kes penderaan haiwan yang dilapor kepada jabatan itu adalah disebabkan kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat.

Tangani kes kekejaman ke atas haiwan sebagai kesalahan berat - SAM
Jumlah aduan mengenai kes penderaan haiwan telah meningkat sejak lima tahun yang lalu.

Tikus dipaksa teguk wain, dibakar sampai mati kerana 'mencuri'
Seorang lelaki di China memaksa seekor tikus meneguk wain kemudian menyiramnya dengan alkohol dan dibakar kerana dipercayai 'mencuri' sekeping roti.