"Apa yang berlaku hanya salah faham."
Itu yang dinyatakan wakil sukarelawan merangkap wakil penaja sebuah projek menghasilkan tangan palsu, berikutan luahan tidak puas hati keluarga kanak-kanak berusia 8 tahun, Ainaa Amanda Shahzali.
Semalam, keluarga Ainaa memuat naik status ke Facebook, menyatakan rasa kesal mereka selepas tangan palsu yang dijanjikan belum dipenuhi pihak-pihak terbabit.
Ainaa merupakan kanak-kanak yang dilahirkan tanpa sebelah pergelangan tangan, dan mula dikenali setelah videonya tersebar di internet sekitar Januari tahun lalu.
BACA: Ibu tunggal tabah jaga anak OKU
Menurut sukarelawan tersebut yang enggan namanya didedahkan, pada awalnya dia mengusahakan tangan mekanikal untuk Ainaa pada Januari 2015 dan sudahpun diberikan kepada kanak-kanak itu.
“Tetapi, tangan mekanikal itu tidak dapat berfungsi sepenuhnya lalu pihak kami berhasrat untuk menghasilkan tangan palsu yang lebih baik untuk Ainaa,” jelasnya.
Kisah itu semakin mendapat perhatian umum, hinggakan sebuah institusi pendidikan mahu bekerjasama dengannya melalui Projek 20 Tangan 3D yang menaja tangan palsu untuk kanak-kanak istimewa terpilih.
Bagaimanapun, institusi pendidikan itu sudahpun mempunyai senarai 20 penerima tangan palsu dalam projek tersebut, sekali gus menjadikan Ainaa penerima yang ke-21.
Menurut sukarelawan itu, penyertaan nama Ainaa dalam projek tersebut dibuat sebagai tambahan dalam senarai sedia ada namun pihaknya belum berkesempatan memaklumkan kepada keluarga Ainaa.
"Mulanya kami merancang hanya mahu mengambil 20 orang kanak-kanak, tetapi kami sepakat untuk memasukkan nama Ainaa dan seorang lagi penerima sebagai nama yang ke-22," jelas sukarelawan itu.
Tambahnya, tangan-tangan palsu itu dijangka siap September tahun ini namun pihaknya bimbang kelancaran projek itu boleh terjejas berikutan isu ‘tidak puas hati’ tersebut menjadi viral.
Madiha Abdullah
Thu May 05 2016

Tangan yang dijanjikan masih dalam proses penyiapan kerana mahu memastikan ia lebih baik daripada tangan palsu yang diterima Ainaa sebelum ini.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

'Ainaa tetap akan terima tangan palsu'
Proses pembuatan tangan palsu Ainaa akan bermula Oktober ini selepas selesai projek 20 Tangan 3D bersama Kolej Komuniti Taiping.

Tangan palsu Ainaa: 'Apa yang berlaku hanya salah faham' - Wakil penaja
Penyenaraian nama Ainaa dibuat sebagai tambahan dalam senarai sedia ada dan pihak mereka belum berkesempatan memaklumkan kepada keluarga kanak-kanak berkenaan.

Janji tinggal janji, keluarga Ainaa Amanda kesal anak jadi bahan raih publisiti
Video adik Ainaa Amanda Shazali, mengadu kepada ibunya bagaimana dia diejek rakan-rakan kerana keadaan dirinya viral sekitar awal tahun lalu.

Ainaa Amanda teruja dapat tangan bionik
Jelas terpancar kegembiraan di wajah Ainaa Amanda Shahzali yang menerima set tangan bionik daripada seorang ahli perniagaan, baru-baru ini.