Generasi muda seharusnya menanam semangat terus berjuang dan memastikan keamanan negara terjamin untuk masa akan datang.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia platform bagi memastikan kejayaan negara dalam beberapa aspek dan terus mencatat peningkatan di mata dunia.
"Tanam semangat terus berjuang supaya generasi muda iaitu generasi TN50 dapat menjiwai semangat dan roh kepahlawanan yang dapat memperlihatkan generasi kepahlawanan sebelum ini.
"Mudah-mudahan ia dapat meletakkan Malaysia ke tahap lebih tinggi kerana kita bercita-cita agar Malaysia tersenarai antara 20 negara termaju di dunia, tetapi ingatlah asasnya jaga keselamatan negara," katanya semasa berucap pada Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2017 di Dataran Pahlawan Negara di sini hari ini.
Tarikh 31 Julai ditetapkan sebagai Hari Pahlawan pada setiap tahun bagi mengenang jasa perwira tanah air yang terkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Sejak 1968, acara ini dianjurkan secara bergilir antara ATM dan PDRM.
Setiap tahun Hari Pahlawan diadakan untuk mengenang jasa dan pengorbanan anggota-anggota keselamatan yang terkorban dan menderita semasa mempertahankan negara.
Dalam pada itu jelas Datuk Seri Najib, adalah wajib bagi rakyat negara ini untuk mengiktiraf dan mengenang jasa para pahlawan negara.
"Tanpa mereka, tidak mungkin ekonomi negara berkembang selain indeks keamanan negara meningkat.
"PDRM dan ATM merupakan aset negara walaupun ramai terkorban dalam memastikan keamanannya," ujarnya.
Kata Datuk Seri Najib lagi, kerajaan juga akan memastikan kebajikan warga keselamatan negara sama ada yang masih berkhidmat atau sudah veteran terjaga.
Kerajaan tidak pernah melupakan mereka malah menyediakan pelbagai inisiatif dalam menjamin kebajikan veteran ATM terus terbela selain menghargai pengorbanan dan jasa mereka selama ini.
Daatuk Seri Najib sebelum ini mengumumkan lima inisiatif baharu untuk golongan veteran ATM bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan hari ini.
Antaranya Bantuan Bakti Negara (BBN) dengan pemberian RM1,200 setahun, Skim Anuiti Veteran (SAVE) untuk pencen bulanan, menambah baik Skim Pencen Hilang Upaya dari RM65 kepada dari RM500 sehingga RM2,000, menambah baik Insentif Veteran Kelainan Upaya kepada RM1,000, menambah kouta tambahan khas haji dari 100 kepada 400 jemaah serta peruntukan RM5 juta bagi mengisi kutipan tabung Hari Pahlawan 2017.
Wan Syamsul Amly
Mon Oct 02 2017
PM Najib sewaktu upacara memeriksa perbarisan sempena sambutan Hari Pahlawan 2017 di Dataran Pahlawan Negara di sini hari ini. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Tanam semangat pahlawan negara pada generasi muda - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia platform bagi memastikan kejayaan negara dalam beberapa aspek dan terus mencatat peningkatan di mata dunia.