JITRA: Tanaman buah matoa yang mempunyai gabungan tiga rasa iaitu laici, rambutan dan durian mampu memberi pendapatan lumayan kepada mereka yang mengusahakannya.
Bekas pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Aziz Romli, 66, berkata beliau yang mengusahakan tanaman yang juga dikenali sebagai 'buah kristal' itu telah menikmati hasilnya walaupun diusahakan dalam skala kecil.
"Saya telah menanam enam pokok matoa sejak 10 tahun lepas dan semua pokok telah mengeluarkan hasil. Mulanya saya tidak mengetahui keunikan tumbuhan ini dan ditanam hanya suka-suka, bagi mengisi masa lapang.
"Pada usia tiga tahun pokok ni dah berbuah dan kalau saya tahu ia akan menjadi 'rebutan', saya dah tanam ratusan pokok di kebun 10 relong (tiga hektar) saya yang kini ditanam pokok getah," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Kubang Menerong, Padang Sera dekat sini hari ini.
Beliau berkata permintaan terhadap buah matoa adalah tinggi dan dijual sekitar RM30 hingga RM38 sekilogram, dan mengakui dapat menambah pendapatan setiap kali tiba musimnya.
"Kalau cuaca baik dan tak kemarau, setiap pokok dapat mengeluarkan buah lebih lebat, dan bagi saya cukup berbaloi untuk diusahakan... buah yang ada di pokok sekarang ini pun sudah ditempah walau belum masak," katanya.
Aziz berkata orang ramai terutama penduduk kampung digalakkan agar menanam pokok matoa bagi menambah pendapatan kerana pada seawal usia tiga tahun ia sudah berbuah.
"Pada usia tujuh tahun pokok menghasilkan buah yang lebih lebat dan mudah dijaga serta tahan serangan penyakit. Saya syorkan mulalah tanam banyak-banyak di rumah atau tanam secara komersial untuk dijual sendiri dan penuhi permintaan yang semakin meningkat," katanya.
Beliau berkata buah matoa juga dikatakan mempunyai pelbagai khasiat antaranya mengurangkan risiko kanser, meningkatkan daya tahan tubuh, mengurangkan risiko sakit jantung, menurunkan tekanan darah dan menjaga kesihatan kulit.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024

Permintaan terhadap buah matoa adalah tinggi dan dijual sekitar RM30 hingga RM38 sekilogram. - Gambar hiasan/Adobe Stock

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.

Kestabilan, misi jelas pacu sektor pertanian Johor
Ia juga dibantu beberapa faktor termasuk kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dan sokongan utuh di peringkat akar umbi.

Kehadiran haiwan liar ancam penduduk
Sebahagian penduduk terpaksa mengambil langkah sendiri dengan memasang perangkap seperti racun.

Tanam matoa mampu jana pendapatan lumayan
Permintaan terhadap buah matoa adalah tinggi dan dijual sekitar RM30 hingga RM38 sekilogram.

Cuaca panas jejas 8,900 hektar sawah, kerugian RM58 juta - KADA
Keluasan sawah yang terjejas itu membabitkan seramai 3,587 pesawah di jajahan Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat dan Kota Bharu.

Selangor cari teknologi terbaik bagi penanaman jagung
Malaysia perlukan empat juta tan jagung setahun untuk dijadikan makanan ayam dan setakat ini, tidak sampai lima peratus berjaya ditanam.

Teknologi satelit, AI bantu petani perkasa pertanian digital
Kerjasama ini akan membantu petani meningkatkan hasil mereka sambil mengurangkan kesan alam sekitar pertanian.

Pelbagaikan tanaman di bumi Lahad Datu, Tawau yang subur untuk manfaat ekonomi - Agong
Seri Paduka zahir rasa teruja apabila melihat sendiri keindahan pemandangan dan kepelbagaian tanaman di sepanjang jalan yang dilalui baginda.

Agihan peratusan sumber makanan bagi negeri ikut kawasan berpotensi
Kawasan pengeluaran makanan adalah kawasan jelapang padi dan luar jelapang padi, TKPM Tanaman, TKPM Penternakan, padang ragut dan Zon Industri Akuakultur (ZIA).

Perlis sasar bangunkan tanah seluas 500 hektar untuk jagung bijian menjelang 2025
Peningkatan harga jualan langsung jagung bijian mencecah RM1,800 bagi satu tan akibat faktor perubahan cuaca global.