LAHAD DATU: Lahad Datu dan Tawau merupakan bumi yang cukup subur, justeru kedua-dua daerah harus mempelbagaikan lagi tanaman bagi memberi manafaat kepada ekonomi, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Seri Paduka dalam titahnya menzahirkan rasa teruja apabila melihat sendiri keindahan pemandangan dan kepelbagaian tanaman di sepanjang jalan yang dilalui baginda dalam Kembara Kenali Borneo dari Tawau Ke Lahad Datu hari ini.
"Saya, tuan puan, dapat tengok tanaman selain kelapa sawit iaitu betik, ubi kayu, langsat, duku, durian dan rambutan, tanaman ini harus dipelbagaikan serta banyak hasil yang boleh dijual dengan harga berpatutan.
"Saya bersyukur dapat merasa makan durian kampung yang lagi sedap daripada Musang King, durian kampung ini patut dipasarkan ke luar negara," titah baginda pada Majlis Santapan Bersama Rakyat di Dewan Perdana hari ini.
Seri Paduka turut memohon maaf atas kelewatan baginda tiba ke majlis itu kerana terpaksa memandu perlahan bagi menyantuni rakyat yang menunggu di sepanjang jalan dari Tawau hingga ke Dewan Perdana di sini.
Baginda turut menzahirkan rasa gembira dengan sambutan cukup hebat penduduk Lahad Datu seperti di Tawau semalam.
"Ramai rakyat tunggu saya sepanjang jalan sehingga ke sini, saya begitu teruja, saya pandu perlahan, berhenti, kemudian pandu perlahan, berhenti lagi. Sambutan Lahad Datu dan sama juga di Tawau tidak boleh banding, kedua-duanya sama baik, doakan saya selamat sampai ke Sandakan malam ini," titah Seri Paduka.
Terdahulu, Seri Paduka berdua berlepas dalam Kembara Kenali Borneo pada 8.30 pagi di Tawau sebelum Al-Sultan Abdullah tiba di Ibu Pejabat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di sini pada 4.20 petang dan di Dewan Perdana pada 6.05 petang.
Turut berangkat mengikuti program Kembara Kenali Borneo sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo ialah paduka anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.
Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept yang bermula dari Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Kuching melibatkan perjalanan merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei itu memberi peluang keemasan kepada rakyat di kedua-dua negeri untuk beramah mesra dengan pasangan diraja serta delegasi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023

Yang di-Pertuan Agong berkenan melambaikan tangan sebelum berangkat pulang selepas Majlis Santapan Bersama Masyarakat Lahad Datu di Dewan Perdana pada malam Isnin. - Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Agong zahir takziah kepada keluarga ADUN Chini
Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham ke rahmatullah dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu.

Agong periksa dua kemalangan berlaku sekitar Putrajaya
Yang di-Pertuan Agong sekali lagi menunjukkan keprihatinan terhadap pengguna jalan raya apabila mencemar duli turun daripada kenderaan rasmi Seri Paduka untuk memeriksa dua kemalangan

Pengendali portal berita perlu bertanggungjawab ke atas komen pembaca
KKMM sedang mempertimbangkan keperluan untuk mengambil tindakan ke atas pengendali portal berita yang membiarkan pembacanya meninggalkan komen yang menyentuh sensitiviti.