Lost Paradise Resort di Jalan Batu Ferringhi masih dibenarkan beroperasi dengan pemantauan ketat daripada pihak berkuasa susulan kejadian tanah runtuh di tapak kerja pembinaan tembok penahan sehingga mengorbankan empat nyawa, Selasa lalu.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Yew Tung Seang berkata bagaimanapun, sekiranya hasil siasatan mendapati ada isu-isu melibatkan soal keselamatan, maka pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menjamin keselamatan orang ramai.
"Setakat ini, tiada keperluan untuk tindakan sebarang penutupan. Namun, kita akan terus memantau lokasi kejadian sehingga kerja-kerja pembaikan bagi menstabilkan serta menguatkan tanah di kawasan berkenaan selesai," katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor di George Town pada Khamis.
Menurutnya, walaupun tanah pusat peranginan itu adalah milik persendirian namun adalah penting untuk mana-mana individu mendapatkan kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlebih dahulu sebelum menjalankan kerja-kerja pembaikan tanah.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Negeri, Jagdeep Singh Deo memaklumkan pada masa ini, kerja-kerja untuk menstabil serta menguatkan tanah di kawasan berkenaan sedang dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sert PBT yang terlibat.
Katanya, kerja-kerja itu akan mengambil masa antara tiga dan empat minggu untuk disiapkan dan keutamaan adalah untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Jun 27 2019

Kerja-kerja pemasangan plastik bagi menutup kawasan tanah runtuh dilakukan oleh kontraktor di tapak binaan tembok penahan tanah, di Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bungah pada Rabu. - BERNAMA
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

32 gerai penjaja di Batu Ferringhi musnah dalam kebakaran
Sebanyak 32 gerai penjaja di Kompleks Huma House di Jalan Batu Ferringhi, musnah dalam kebakaran hari ini.

Suspek bawa dadah ditahan polis selepas dikejar 10 km
Polis berjaya menahan lelaki berusia 30 tahun itu apabila kenderaan terbabit tersekat dalam kesesakan jalan raya di hadapan sebuah restoran di Batu Ferringhi.

Wanita mengaku miliki wang palsu dipenjara 10 bulan
Seorang pekerja kedai pakaian dijatuhi hukuman penjara 10 bulan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki wang palsu minggu lepas.

Ops Ambang Tahun Baharu: 253 individu ditahan di P. Pinang atas pelbagai kesalahan
Biarpun telah diberi amaran keras oleh polis agar tidak menganjurkan sambutan Tahun Baharu 2022, namun masih ada pihak yang berani mengingkari arahan tersebut.

Pantai Batu Ferringhi, Bagan Ajam jadi tumpuan pelancong
Dua lokasi itu yang sebelum ini sepi berikutan PKP kini kembali meriah dengan kehadiran pelancong terutamanya dari luar Pulau Pinang.

13 motosikal, 1 kereta di ruang parkir terbakar
Kebakaran pada awal pagi itu berlaku di flat Pinang Emas, Batu Ferringhi, George Town.

Tanah runtuh: Lost Paradise Resort masih beroperasi dengan pemantauan MBPP
Bagaimanapun, pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya jika hasil siasatan mendapati ada isu-isu melibatkan soal keselamatan.

Mayat warga emas Kanada ditemui dalam keadaan berulat
Kebimbangan seorang anak apabila tidak menerima perkhabaran dari bapanya sejak empat hari lepas akhirnya terjawab apabila bapanya itu ditemukan meninggal dunia.

Ribut Pabuk: Bendera merah tanda amaran dipasang di Batu Ferringhi
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Pulau Pinang menaikkan bendera merah di persisiran pantai negeri itu sebagai tanda amaran kepada orang awam.

Polis rampas syabu bernilai RM400,000, lelaki Nigeria ditahan di Batu Ferringhi
Polis menahan seorang lelaki warga Nigeria dan merampas syabu bernilai RM400,000 yang disembunyikan dalam kotak berisi patung perhiasan dalam serbuan di sebuah unit kondominium di Batu Ferringhi.