KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya dekat Batang Kali yang memasuki hari kelima hari ini, dipergiatkan dengan anggota pasukan 'sweeper' ditingkatkan empat kali ganda kepada 28 orang berbanding hanya tujuh orang, semalam.
Pasukan sweeper itu terdiri daripada 14 pegawai dan anggota, masing-masing dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Cuaca baik sejak semalam membantu operasi SAR yang bermula kira-kira 8 pagi tadi, selain Jabatan Kerja Raya melaporkan tiada pergerakan tanah di kawasan pencarian berbanding semalam.
Namun setakat 8 malam tadi, tiada mangsa tragedi ditemui meskipun anggota penyelamat menemukan selimut, tong dan peralatan perkhemahan, ketika pencarian di sektor C (Riverside).
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Md Ismail berkata selain sektor C, pihaknya mengulangi pencarian di sektor A (Hill View) dan B (Farm View) bagi mengesan mangsa.
Ikuti perkembangan tragedi tanah runtuh Batang Kali DI SINI!
Anggota penyelamat juga terus bersemangat dan tidak berputus asa dalam menjalankan tugas pencarian, meskipun terdapat tiga pegawai dan anggota yang menerima rawatan selepas kurang sihat dan mengalami kecederaan ringan.
Malah Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Hafisham Mohd Noor berkata ada antara anggota penyelamat yang enggan keluar dari lokasi pencarian bagi mengesan baki mangsa yang masih hilang, walaupun dibenarkan untuk berehat.
Komitmen yang ditunjukkan anggota SAR turut mendapat perhatian Istana Selangor, apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini menzahirkan penghargaan kepada mereka.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata polis sudah merakam keterangan 53 individu, bagi membantu siasatan berhubung tragedi berkenaan termasuk pengusaha, dua pekerja tapak perkhemahan selain mangsa yang terselamat dan keluarga mereka.
Tragedi tanah runtuh pada 2.42 pagi Jumaat lepas di tapak perkhemahan itu, setakat ini menyaksikan 61 selamat, 24 nyawa terkorban dan sembilan lagi mangsa masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa yang terlibat.
Mengikut data dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), seramai 29 daripada keseluruhan mangsa yang terlibat dalam insiden tanah runtuh itu adalah kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022
![Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR masuk hari kelima Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR masuk hari kelima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671550637_UnitAnjingPengesa.jpg)
Pasukan sweeper itu terdiri daripada 14 pegawai dan anggota, masing-masing dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). - Gambar fail
![HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720587505_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
![Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720858652_tbKhaledNordin.jpg)
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
Ikuti siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17
Tanggal 20 Julai 2024 bakal terlakar dalam lipatan sejarah Malaysia dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam istiadat gilang-gemilang di Istana Negara. Ikuti siaran langsung istiadat bersejarah ini di saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Kenapa sebut nama Arau, Arau tak perlukan mereka..," - YB Arau
YB Arau kemuka 'point of order' berikutan ada yang menyebut namanya.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Saya baca tadi dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab - Dr Dzulkefly
"Saya sangat terkilan setelah berhempas pulas saya memberikan faham kepada Arau, rupa-rupanya tak faham," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Gejala Islamofobia perlu ditangani secara tuntas, berkesan - PM Anwar Gejala Islamofobia perlu ditangani secara tuntas, berkesan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721198691_AnwarIbrahim.jpg)
Gejala Islamofobia perlu ditangani secara tuntas, berkesan - PM Anwar
Gejala Islamofobia perlu ditangani secara tuntas dan berkesan dengan melibatkan usaha pelbagai pihak.
AWANI Ringkas: Jangan cemas tembakan meriam pada Jumaat dan Sabtu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pelakon tumbuk teman wanita: Kertas siasatan diserah ke TPR Pelakon tumbuk teman wanita: Kertas siasatan diserah ke TPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721197285_Pelakontumbuktema.jpg)
Pelakon tumbuk teman wanita: Kertas siasatan diserah ke TPR
Kertas siasatan kes pelakon tumbuk teman wanitanya dalam kejadian di Ara Damansara, di sini telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Elektrik terputus, banjir jejaskan 165,000 penduduk Toronto
Hujan lebat di Toronto, Kanada pada Selasa menyebabkan lebih 165,000 pengguna terputus bekalan elektrik, lapor Toronto Hydro.
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
23 terbunuh, 13 cedera dalam kemalangan bas di Peru
Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan 13 cedera di Peru pada Selasa selepas sebuah bas terbalik ketika dalam perjalanan melalui kawasan pergunungan.
Agensi berita Andina melaporkan Ketua Bahagian Perlindungan Lebuh Raya, Jhonny Rolando Valderrama memberitahu bas itu terbabas dari lebuh raya di wilayah Ayacucho andean peru pada waktu senja lalu terbalik dan terjunam ke bawah cerun kira-kira 200 meter.
Agensi berita Andina melaporkan Ketua Bahagian Perlindungan Lebuh Raya, Jhonny Rolando Valderrama memberitahu bas itu terbabas dari lebuh raya di wilayah Ayacucho andean peru pada waktu senja lalu terbalik dan terjunam ke bawah cerun kira-kira 200 meter.
![60 hilang 2 bas jatuh sungai akibat tanah runtuh 60 hilang 2 bas jatuh sungai akibat tanah runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720772112_Nepal.jpg)
60 hilang 2 bas jatuh sungai akibat tanah runtuh
Sekurang-kurangnya 60 orang dipercayai hilang di Nepal selepas dua bas dihanyutkan ke sungai susulan tanah runtuh di lebuh raya pada Jumaat.
![Tanah runtuh di lombong emas ragut 10 nyawa, 43 hilang Tanah runtuh di lombong emas ragut 10 nyawa, 43 hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720499997_lombongemastanah.jpg)
Tanah runtuh di lombong emas ragut 10 nyawa, 43 hilang
Tanah runtuh yang berlaku di sebuah lombong emas di Bone Bolango, wilayah Gorontalo, Sulawesi, Indonesia pada Ahad dilaporkan mengorbankan 10 nyawa, dengan 43 individu masih belum ditemui.
![6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas 6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720409323_tambangemas.jpg)
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
![Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720314538_Flood.jpg)
Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh
Keadaan banjir mungkin bertambah buruk di bahagian utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.
![Hujan lebat di China semakin memburuk Hujan lebat di China semakin memburuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720230373_FloadHebei.jpg)
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
![Banjir di Sabah semakin pulih, empat PPS ditutup Banjir di Sabah semakin pulih, empat PPS ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720003853_BanjirPenampang.jpg)
Banjir di Sabah semakin pulih, empat PPS ditutup
Banjir melanda Penampang, Putatan, Tuaran dan Tamparuli semakin pulih dengan semua empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi sejak Ahad ditutup petang ini.
![Jalan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula hari ini Jalan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719834563_JalanBatangKaliGe.jpg)
Jalan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula hari ini
Kerja pembaikan cerun di laluan itu sepatutnya siap pada Mac lepas namun berlaku sedikit kelewatan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
![Runtuhan susulan berlaku di kaki Gunung Kinabalu Runtuhan susulan berlaku di kaki Gunung Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719222076_Runtuhan.jpg)
Runtuhan susulan berlaku di kaki Gunung Kinabalu
Runtuhan kecil yang berlaku pada jam 8.50 pagi itu menyebabkan warna air berubah menjadi keruh di sungai tersebut.
![Tanah runtuh di Gunung Kinabalu Tanah runtuh di Gunung Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719207321_TanahruntuhGunung.jpg)
Tanah runtuh di Gunung Kinabalu
Kejadian dipercayai berlaku jam 1.20 pagi namun tidak melibatkan sebarang mangsa.
![Jutaan terperangkap banjir landa timur laut Bangladesh Jutaan terperangkap banjir landa timur laut Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718942794_downpour.jpg)
Jutaan terperangkap banjir landa timur laut Bangladesh
Sheikh Russel Hasan, Timbalan Pesuruhjaya dan Majistret daerah di Sylhet berkata, "sekitar 1 juta orang terjejas banjir hanya di daerah Sylhet".