BATANG KALI: "Saya faham dalam keadaan genting ini, apabila semua orang hanya memikirkan bahawa menyelamatkan nyawa dan menemukan mangsa sama ada hidup atau terkorban, adalah lebih penting, namun anjing peliharaan juga adalah ahli keluarga saya," demikian luahan Toni Wong.
Wanita berusia berusia 40 tahun, mangsa tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan Batang Kali, Jumaat lepas, adalah pemilik Sherlock, anjing kacukan Schnauzer, berwarna kelabu dengan bintik hitam, yang hilang dalam insiden itu.
Bercakap kepada Bernama, Toni berkata beliau bersama-sama rakannya Katherine Poh, 36, dan Eric Ng, 66, mendaftar masuk di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, tempat tragedi tersebut, pada jam 11 pagi, Rabu lalu, bersama anjing peliharaan masing-masing iaitu Sherlock, Bernice, dan Benji.
"Kami semua amat seronok dan meluangkan masa beramah mesra dalam perkhemahan pertama kami sehingga kejadian mengerikan berlaku pada jam 2 pagi, Jumaat lalu.
"Apabila kejadian berlaku...saya tertimbus. Nasib baik, peserta perkhemahan bersebelahan datang membantu dan menarik keluar kami (Toni dan Katherine).
"Saya amat berterima kasih dan menghargai bantuan mereka kerana akhirnya kami mampu melarikan diri daripada khemah yang musnah teruk itu," katanya menceritakan kisah mengerikan dalam satu-satunya pengalaman perkhemahan kali kedua buat dirinya.
Malangnya, katanya, ketika melarikan diri dari tapak perkhemahan, bimbang tentang satu lagi siri tanah runtuh yang boleh berlaku dalam sekelip mata, Eric, yang dia dakwa masih hilang, dilihat tertimbus dalam lumpur, yang menyebabkan mereka tidak dapat membantu dan mengaksesnya.
Pada mulanya, Toni, dari Petaling Jaya, berkata ketiga-tiga anjing itu selamat di sisi mereka semasa mereka bergegas ke tempat yang mungkin lebih selamat di bahagian air terjun di kawasan bawah.
"Kami bersama-sama dengan peserta khemah berjiran...macam sebuah keluarga besar yang kebetulan mempunyai seorang anak bersama mereka. Tetapi, semasa kami berkumpul di sana, kami mendengar bunyi yang sangat kuat dan ketika itu kami tahu tanah runtuh kedua sedang berlaku.
"Keletihan, kami berlari lebih jauh, ketakutan. Katherine membawa Benji, dan itulah kali terakhir kami lihat Bernice melarikan diri dan Sherlock tidak ditemui di mana-mana. Pada masa kami berhenti berlari apabila runtuhan tanah dipercayai berhenti ...kami tidak dapat menjumpai dua anjing itu lagi," katanya.
Tidak berputus asa, mereka terus menjerit memanggil nama Sherlock dan Bernice, kacukan pudel keputihan berkrim, tetapi usaha itu sia-sia kerana suasana terlalu huru-hara dengan keadaan bunyi air terjun.
"Kemudian, seorang lelaki meminta kami perlu terus bergerak kerana lebih banyak tanah runtuh dijangka berlaku. Akhirnya, kami bertemu pasukan penyelamat dan kami dibawa ke tempat yang lebih selamat.
"Bagi anjing pula, kami sangat merindui mereka. Kami mahu membawa mereka pulang. Mereka sama pentingnya kepada kami. Mereka adalah sebahagian daripada ahli keluarga kami dan saya bertanggungjawab untuk membawa mereka pulang. Saya bertanggungjawab menjaga mereka," katanya.
Yakin bahawa anjing kesayangan mereka itu masih hidup dan selamat, Toni berharap anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) dapat memberi perhatian terhadap keberadaan anjing tersebut dalam misi mengesan sembilan lagi mangsa yang masih hilang.
Katanya, mereka menggunakan cara tersendiri untuk mengesan anjing kesayangan mereka termasuk mengiklankan dalam talian maklumat haiwan peliharaan yang hilang dan gambar serta nombor mereka untuk dihubungi.
"Saya harap pihak berkuasa atau sesiapa sahaja dapat membantu kami mencari penyelesaian untuk membawa anjing kami pulang ke rumah. Saya tahu adalah mustahil untuk mengakses tapak kejadian pada masa ini. Tetapi, jika seseorang boleh memberitahu kami cara terbaik, kami pasti akan memberi perhatian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 18 2022
Mereka menggunakan cara tersendiri untuk mengesan anjing kesayangan termasuk mengiklankan dalam talian maklumat haiwan peliharaan yang hilang dan gambar serta nombor mereka untuk dihubungi. - Foto media sosial
Pesawat Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan, 25 penumpang selamat
Pasukan penyiasat berkata mereka sedang meneliti punca kejadian dan tidak menolak sebarang kemungkinan, termasuk masalah teknikal.
[TERKINI] Pesawat bawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan, 12 terselamat
Sebuah pesawat Azerbaijan Airlines membawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Tulang paha Uwais pecah, perlu dibedah petang ini juga' - Exco
Pembedahan terhadap Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akan dijalankan petang ini.
Peluru berpandu dari Yaman berjaya dipintas tentera Zionis
Tentera Israel mendakwa berjaya memintas sebuah peluru berpandu yang dilepaskan dari Yaman pada awal Rabu.
Warga Gaza berharap kerakusan Zionis berakhir
Di sebalik konflik yang berterusan, penduduk Gaza yang beragama Kristian tidak ketinggalan menyertai upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Krismas.
Warga Palestin tidak boleh putus harapan untuk terus hidup
Bercakap semasa sambutan perayaan Krismas, Datuk Bandar Betlehem, Anton Salman berkata, tanpa harapan, sudah pasti sukar untuk meneruskan kehidupan di sebalik kezaliman yang didepani mereka.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.
Nahas Ayer Keroh: Tujuh masih dirawat, dua ditempatkan di ICU
Tujuh mangsa kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di unit rawatab rapi (ICU).
Nahas Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Polis telah merakam keterangan pemandu lori yang terlibat dengan nahas ngeri mengorbankan tujuh individu di kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, pada Selasa.
Penumpang wanita kehilangan anjing di lapangan terbang tersibuk dunia
Anjing kesayangan Paula Rodriguez bernama Maia yang berusia enam tahun didakwa dihilangkan oleh kakitangan penerbangan semasa transit.
Tanah runtuh Batang Kali: Mangsa berdoa dapat disatukan dengan anjing kesayangan
Wanita berusia berusia 40 tahun itu adalah pemilik Sherlock, anjing kacukan Schnauzer, berwarna kelabu dengan bintik hitam.