KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali dekat sini pada 16 Dis lepas merupakan kejadian kedua terbesar melibatkan jumlah mangsa maut selepas runtuhan Kondominium Highland Towers pada 1992 yang mengorbankan 48 nyawa.
Tragedi pada kira-kira pukul 2.30 pagi 16 Dis itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan.
Kejadian menyayat hati itu meragut 18 nyawa individu dewasa dan 13 kanak-kanak, dengan 20 mayat ditemukan di sektor A, satu sektor B dan 10 lagi di sektor C di kawasan perkhemahan tersebut.
Menurut Komander Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Mohd Khairul Jamil ketika menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan, pihaknya agak terkejut apabila diberitahu jumlah mangsa yang terlibat adalah 100 orang.
"Kebiasaannya sebelum ini kejadian runtuhan hanya melibatkan seramai tiga atau empat orang mangsa, bila diberitahu 100 orang mangsa terlibat dalam kejadian pada hari itu ia amat mengejutkan saya.
LAMAN MIKRO TRAGEDI TANAH RUNTUH BATANG KALI DI SINI
"Kemudian saya mengarahkan satu pasukan 10 anggota yang diketuai oleh Ketua Sektor Heavy USAR SMART, Mohamad Hafiezul Abdul Halim ke lokasi kejadian. Kejadian di Batang Kali ini merupakan kejadian kedua terbesar melibatkan mangsa yang terkorban selepas Highland Towers," katanya dalam "Rancangan Apa Khabar Malaysia" terbitan Bernama TV hari ini.
Dalam pada itu Mohamad Hafiezul berkata peranan pasukan beliau di lokasi kejadian adalah untuk memberi bantuan dari segi kepakaran dan khidmat nasihat agar kerja-kerja mencari dan menyelamat dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Beliau berkata antara alatan yang dibawa oleh pasukannya pada hari pertama kejadian adalah "structural movement sensor" yang mengawasi pergerakan tanah yang boleh membahayakan pasukan penyelamat.
"Antara lain pasukan kami juga yang memberi nasihat agar jentera berat digunakan dalam kerja mencari susulan ketebalan tanah yang dianggarkan sehingga 20 meter," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2022

Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia menggunakan perkhidmatan anjing pengesan untuk mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang tertimbus di lokasi tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm. - fotoBERNAMA
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Tanah runtuh Batang Kali: Kejadian kedua terbesar libatkan jumlah mangsa maut
Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di pada 16 Dis lepas merupakan kejadian kedua terbesar melibatkan jumlah mangsa maut selepas runtuhan Kondominium Highland Towers.