KUALA LUMPUR:Sebelas penghuni di sebuah pangsapuri tiga tingkat di Persiaran Syed Putra di sini, berdepan detik cemas apabila tebing tanah berhampiran kediaman mereka runtuh akibat hujan lebat, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira 10 malam dan seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.
“Sejurus menerima panggilan, bomba mengerahkan 17 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Seputeh untuk melihat kejadian tebing runtuh itu.
“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat hakisan tanah tebing menyebabkan bahagian bawah bangunan pangsapuri itu yang mempunyai keseluruhan enam unit rumah terjejas akibat hakisan tanah,” katanya ketika dihubungi.
Ekoran itu, beliau berkata kesemua 11 penghuni rumah terlibat dinasihatkan keluar atas faktor keselamatan selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat penilaian bahawa kediaman berkenaan tidak selamat diduduki buat sementara.
BACA: Tanah runtuh di Jalan Tapah-Ringlet
BACA: Tanah runtuh di tiga lokasi Jalan Tapah - Cameron Highlands
Jurucakap bomba itu berkata pemeriksaan di sekitar lokasi mendapati sebuah rumah kongsi dibina di atas tebing bukit itu yang didiami tujuh penghuni terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita dewasa warga asing.
“Mereka (penghuni warga asing) juga diarahkan keluar dan kes ini diserahkan kepada DBKL untuk tindakan selanjutnya,” katanya dan menambah operasi itu tamat kira-kira 11.45 malam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 02 2020
Bomba mengerahkan 17 anggota dari BBP Hang Tuah dan BBP Seputeh untuk melihat kejadian tebing runtuh itu.
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
60 hilang 2 bas jatuh sungai akibat tanah runtuh
Sekurang-kurangnya 60 orang dipercayai hilang di Nepal selepas dua bas dihanyutkan ke sungai susulan tanah runtuh di lebuh raya pada Jumaat.
Tanah runtuh di lombong emas ragut 10 nyawa, 43 hilang
Tanah runtuh yang berlaku di sebuah lombong emas di Bone Bolango, wilayah Gorontalo, Sulawesi, Indonesia pada Ahad dilaporkan mengorbankan 10 nyawa, dengan 43 individu masih belum ditemui.
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh
Keadaan banjir mungkin bertambah buruk di bahagian utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
Banjir di Sabah semakin pulih, empat PPS ditutup
Banjir melanda Penampang, Putatan, Tuaran dan Tamparuli semakin pulih dengan semua empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi sejak Ahad ditutup petang ini.
Jalan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula hari ini
Kerja pembaikan cerun di laluan itu sepatutnya siap pada Mac lepas namun berlaku sedikit kelewatan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
Runtuhan susulan berlaku di kaki Gunung Kinabalu
Runtuhan kecil yang berlaku pada jam 8.50 pagi itu menyebabkan warna air berubah menjadi keruh di sungai tersebut.
Tanah runtuh di Gunung Kinabalu
Kejadian dipercayai berlaku jam 1.20 pagi namun tidak melibatkan sebarang mangsa.
Jutaan terperangkap banjir landa timur laut Bangladesh
Sheikh Russel Hasan, Timbalan Pesuruhjaya dan Majistret daerah di Sylhet berkata, "sekitar 1 juta orang terjejas banjir hanya di daerah Sylhet".