Lebih 60 penduduk Taman Kledang Utama Fasa Satu di Sungai Siput, Perak dihantui kebimbangan berikutan kejadian tanah mendap berhampiran kediaman mereka.

Dakwa penduduk, tanah mendap menyebabkan dinding rumah retak dan sehingga kini, semua aduan tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Penduduk mendakwa, menghadapi masalah itu sejak mendiami rumah di situ tujuh tahun lalu.

Penduduk mendakwa, dua tahun lalu, pemaju mengambil tindakan dengan hanya menampal dan menutup kesan retak.

Bagi penduduk, ia bukan penyelesaian jangka panjang bagi menangani masalah tanah mendap.

Justeru kerajaan negeri diminta campur tangan untuk menyelesaikan masalah ini.

Penduduk berkata, harapan mereka hanya satu, iaitu tinggal di persekitaran yang selamat.