LANGKAWI: Polis Kedah memerlukan tambahan bilangan Unit Anjing Pengesan (K9) di Langkawi bagi mengukuhkan lagi penjagaan dan kawalan laluan masuk di pulau peranginan itu dalam usaha mengekang sebarang aktiviti jenayah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah Datuk G Suresh Kumar berkata pada masa ini terdapat empat ekor anjing pengesan ditempatkan di Seksyen K9 Langkawi.
"Di Seksyen K9 Langkawi, kita ada 10 kandang tetapi hanya ada empat ekor anjing pengesan iaitu seekor ditugaskan mengesan bahan letupan, seekor bagi kes berkaitan dadah manakala dua lagi bagi siasatan kes jenayah lain melibatkan JSJ.
"Jadi, pucuk pimpinan mempunyai pandangan untuk menambah anjing K9 di sini dan penambahan disarankan adalah untuk menambah anjing K9 pengesan bahan letupan dan dadah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Seksyen K9 Langkawi dekat sini hari ini.
Beliau berkata Langkawi adalah pusat pelancongan melibatkan pergerakan keluar masuk pelancong yang sangat pesat dan keberkesanan untuk menjalankan tugas sangat terhad sekiranya hanya seekor anjing pengesan menjalankan tugas.
"Keberkesanan K9 di Langkawi ini dilihat amat berkesan sejak ditubuhkan pada April 2021 dengan banyak kejayaan melibatkan kes dadah berjaya diselesaikan. Jadi, penambahan itu perlu tambahan pula sekiranya berlaku sesuatu kes, agak sukar untuk mendapat bantuan daripada darat berikutan masalah logistik," katanya.
Katanya, terdapat 11 ekor anjing K9 di seluruh Kedah yang ditempatkan di penempatan Langkawi, Kuala Muda dan Bukit Kayu Hitam.
Terdahulu, beliau telah menyampaikan pingat penghargaan kepada anjing K9 bernama Black atas kejayaannya menyelesaikan dua kes dadah pada tahun lepas dan turut mendapat sijil penghargaan ialah pengendali Black, Lans Koperal Johan Anak Jame.
Turut mendapat sijil penghargaan ialah tiga lagi pengendali anjing K9 iaitu Sarjan S.Pubalan, Koperal Suriya Eng Chuan dan Lans Koperal Folinton Olinggang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2023
Pada masa ini terdapat empat ekor anjing pengesan ditempatkan di Seksyen K9 Langkawi. - Gambar fail
Remaja bunuh tiga kanak-kanak di Southport didakwa
Remaja lelaki didakwa membunuh tiga kanak-kanak dalam serangan pada Isnin di Southport didakwa pada Khamis.
Tiga suspek serangan WTC New York, Pentagon mengaku bersalah
Tiga lelaki yang dituduh merancang melakukan serangan pada 11 September bersetuju untuk mengaku bersalah lapor New York Times yang memetik pegawai Pentagon.
Cuaca panas di Shanghai, suhu cecah 40 darjah celsius
Biro meteorologi Shanghai mengeluarkan amaran merah pertamanya untuk gelombang haba pada Khamis apabila suhu di hab kewangan China itu meningkat kepada 40 darjah celsius.
Anggota tentera giat bina jambatan besi di Wayanad
Anggota tentera India bertungkus lumus menyegerakan pembinaan jambatan besi bagi menghubungkan kawasan yang terjejas teruk akibat tanah runtuh di Wayanad, Kerala India.
Malaysia antara 10 destinasi mesra kripto
Ini susulan pembentukan bakat tempatan, serta kos untuk mengambil pekerja tempatan adalah lebih kompetitif berbanding dengan negara jiran.
Malaysia perkenal sistem pemberitahuan pelanggaran data cegah penipuan
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, pemberitahuan itu mesti dikemukakan oleh pengguna data yang mengalami insiden kebocoran data peribadi, termasuk ancaman penggodaman.
Pindaan tidak beri kuasa mutlak kepada pegawai AADK
Ujian dan perakuan daripada pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar masih diperlukan dalam proses mendapatkan perintah rawatan serta pemulihan ke atas penagih dadah di bawah pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
Ketua sayap tentera Hamas terbunuh di Gaza
Ketua sayap tentera Hamas, Mohammed Deif, terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza bulan lalu, kata tentera Israel hari ini, sehari selepas pemimpin politik kumpulan itu dibunuh di Tehran.
Kerajaan setuju buka semula kertas siasatan kematian Teoh Beng Hock
Kerajaan bersetuju untuk pihak polis membuka semula kertas siasatan terkait kematian mendiang Teoh Beng Hock.
Zii Jia mara ke suku akhir, benam cabaran Popov
Pilihan ketujuh kejohanan itu menewaskan pemain tuan rumah, Toma Junior Popov dengan keputusan ‘straight set’, 21-13 dan 24-22.
Polis Chile latih anjing kenal pasti pesakit COVID-19
Pihak berkuasa melatih anjing untuk mengesan jangkitan menerusi peluh dan bau badan manusia yang dijangkiti virus itu pada peringkat awal.