Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan terdapat perubahan waktu solat Subuh bagi seluruh kawasan di negeri ini mulai esok dengan tambahan lapan minit daripada waktu asal semasa.
JAIS dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, perubahan waktu solat subuh itu dibuat hasil kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan penyelidik daripada Universiti Malaya (UM) berdasarkan kepada kecerahan langit pada tempoh masa berkenaan.
Menurut kenyataan itu lagi, perubahan waktu solat subuh itu juga telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MZI) kali ke-116.
“Perubahan waktu solat subuh itu telah diperkenankan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini untuk dikuatkuasakan di negeri ini,” kata kenyataan itu.
Mengikut laman web JAIS, waktu solat subuh hari ini bagi kawasan Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Rawang dan Shah Alam adalah pada 5.43 pagi; Kuala Selangor dan Sabak Bernam (5.46 pagi); manakala Klang dan Kuala Langat (5.43 pagi).
Bernama
Thu Nov 28 2019

perubahan waktu solat subuh itu juga telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MZI) kali ke-116. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Bau busuk bawa kepada penemuan mayat wanita
Wanita tersebut dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi jantung, kanser, dan kencing manis.

Pembunuhan Nur Farah Kartini: Polis selesai ambil keterangan pekerja sebuah kebun ubi
Soal siasat polis mendapati, suspek telah pergi ke kebun itu dan beberapa lokasi lain sebelum kejadian.

Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.

'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.

PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Geng Ayoi tumpas, tiga lelaki ditahan
Ketiga-tiga suspek yang berumur 23 hingga 32 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kuang pada 3 pagi.

Polis tumpas sindiket dadah bernilai lebih RM43,000, empat ditahan
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif di sekitar Hulu Selangor selepas menahan empat lelaki dan merampas 15.28 kilogram ganja.

Ajal selepas berbuka puasa
Setibanya di lokasi, penunggang motosikal Yamaha Y15ZR itu dipercayai terbabas sendiri di garisan tengah.

Ahmad Faizal kini Ketua Polis Daerah Hulu Selangor
Supt Pengajian Sains Kepolisan Pusat Pengajian Sains Pengurusan Maktab PDRM Supt Ahmad Faizal Tahrim dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Hulu Selangor yang baharu.

PRU15: Calon BN tawar 11 aspirasi untuk penduduk Hulu Selangor
Calon Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor, Datuk T. Mohan menawarkan 11 aspirasi untuk penduduk di parlimen itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).