Kerajaan sedang menambah aset bagi meningkatkan kawalan keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Selain aset, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pertambahan komitmen anggota penguatkuasa dan meningkatkan 'omni presence' di sepanjang 1,700 kilomter Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) penting bagi mempertahankan kedaulatan negara, khususnya di kawasan persisiran Sabah.
Antara aset yang ditambah termasuk radar yang lebih canggih dengan liputan lebih luas, helikopter tempur dan dron, katanya.
"Kesiapsiagaan tidak hanya boleh dibuat melalui retorik dan komitmen di atas kertas sahaja. Kita mesti memenuhi keperluan pemantauan dan kesiapsiagaan anggota penguatkuasa," katanya pada sidang media mengenai ESSCom di sini hari ini.
Sebelum itu, beliau mempengerusikan mesyuarat peringkat tertinggi mengenai projek pembangunan serta perolehan bagi kegunaan ESSCom di ESSZone di Kementerian Dalam Negeri di sini.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
ESSCom merupakan 'ejen penguatkuasaan keselamatan' bagi Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) merangkumi 10 daerah dan diwujudkan khusus bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu ekoran insiden pencerobohan di Lahad Datu.
ESSZone meliputi kawasan sejauh 1,733.7 kilometer membabitkan daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Ahmad Zahid berkata ESSZone menerima ancaman berterusan daripada penceroboh yang menunggu masa sesuai untuk menerobos masuk.
Justeru, beliau berkata aspek penyelarasan dan kefahaman semua agensi penguatkuasaan yang terlibat, harus diberi penekanan supaya ruang kosong pencerobohan dapat ditutup sepenuhnya.
"Negara kuasa besar pernah gagal dalam menangkis taktik perang gerila, kita tidak harus terperangkap dalam kaedah yang dilakukan mereka," katanya.
Ditanya mengenai kawalan keselamatan di ESSZone ketika ini, Ahmad Zahid berkata kawalan cukup baik dari segi semangat anggota.
"Dulu ESSCom diwujudkan bagi mendepani permasalahan (pencerobohan). Semua kemudahan dibuat dalam bentuk sementara. Oleh kerana, kita serius menyelesaikan masalah ini, keputusan dibuat agar bangunan dijadikan aset kekal," katanya.
Ahmad Zahid dalam sidang media itu turut memperkenalkan Komander ESSCom baharu iaitu SAC Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid bagi menggantikan DCP Abdul Rashid Harun yang dinaikkan pangkat menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah, berkuat kuasa 23 Dis.
Selain itu, Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu ESSCom menggantikan Ruji Ubi yang dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Negeri Sabah, berkuat kuasa 16 Dis.
Bari yang sebelum ini sebagai Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Kuala Lumpur berkata beliau akan menggalas tanggungjawab yang diamanahkan kepada dengan baik.
"Saya terpaksa belajar sebab ini adalah senario berbeza kerana saya bertugas di Kuala Lumpur dan bakal berkhidmat di Sabah," katanya.
Sementara itu, Noor Alam Khan berkata pelantikannya sebagai CEO baharu ESSCom adalah cabaran terbesar dalam kerjayanya yang sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Jabatan Imigresen Sabah.
"Saya perlu masa sedikit untuk melihat dahulu apa bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dan saya akan cuba untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin," katanya.
Bernama
Thu Dec 17 2015
Menurut Ahmad Zahid, antara aset yang ditambah termasuk radar yang lebih canggih dengan liputan lebih luas, helikopter tempur dan dron. - Foto Bernama
AWANI Tonight: Addressing Malaysia’s literacy, numeracy gaps
As of October, nearly 74,000 Year 1 pupils have yet to master basic literacy and numeracy skills. Chan Soon Seng from Teach For Malaysia highlights the contributing factors and emphasises the need for more tailored approaches to support students.
479 mangsa terjejas, 113 rumah rosak, roboh akibat ribut
Ribut yang melanda empat perkampungan atas air di sini semalam mengakibatkan 497 orang terjejas dengan 113 kediaman rosak serta roboh.
Consider This: Teens, Tech & Trust (Part 2) — Building Digital Resilience
In Malaysia, 75% of teenagers use social media daily—but with this constant connection comes a growing number of risks. A new report by the think tank SERI titled ‘Teens, Tech, and Trust’ reveals that fewer than half of Malaysian teens feel safe online— with cyberbullying, scams, and hacking being everyday realities. Meanwhile, questions are being raised about whether schools, parents, and even social media platforms are doing enough to protect our young digital citizens. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Dr Benjamin Loh, senior lecturer at Taylor’s University School of Media and Communication and director of the Impact Lab for Peace, Justice and Strong Institutions.
AWANI Tonight 23 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt's,PM's approval ratings improve - Merdeka Center
2. Honda & Nissan begin merger talks, expected to form world's third largest carmaker
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt's,PM's approval ratings improve - Merdeka Center
2. Honda & Nissan begin merger talks, expected to form world's third largest carmaker
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Teens, Tech & Trust (Part 1) — Building Digital Resilience
In Malaysia, 75% of teenagers use social media daily—but with this constant connection comes a growing number of risks. A new report by the think tank SERI titled ‘Teens, Tech, and Trust’ reveals that fewer than half of Malaysian teens feel safe online— with cyberbullying, scams, and hacking being everyday realities. Meanwhile, questions are being raised about whether schools, parents, and even social media platforms are doing enough to protect our young digital citizens. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Vyshnavi Charrlotte, Researcher at the Social & Economic Research Initiative (SERI).
Polis tahan 10 pendatang Myanmar di Tumpat
Polis menahan 10 warga Myanmar termasuk tujuh lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak di Tumpat semalam.
Tahun kedua pentadbiran: Rating kelulusan PM Anwar meningkat kepada 54 peratus
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas.
KPDN Perak rekod 13 kes tidak patuhi SHMMP sepanjang tahun ini
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merekodkan 13 kes pelanggaran di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sepanjang tahun ini.
AIR 2040 perkukuh pengurusan air negara, transformasi sektor air lebih mampan
Empat fasa dalam pelaksanaan agenda AIR 2040 berpandukan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) hingga Rancangan Malaysia Kelima Belas (RMK15).
AWANI Ringkas: Gangguan Seksual | Mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada pesilat Thamaraj raih juara dunia
Beliau berkata Thamaraj mencipta sejarah tersendiri menewaskan pesilat Uzbekistan untuk bawa pulang pingat emas dan muncul juara dunia.
UMNO dan BN akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16 - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan juga berpeluang terus mengekalkan kemenangan jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyantuni rakyat terus diberi keutamaan.
RISDA diminta memperbanyak pusat pengumpulan getah - Ahmad Zahid
RISDA telah diminta untuk memperbanyak pusat pengumpulan getah di seluruh negara antara lain bagi menambah pendapatan pekebun kecil.
Hormati keputusan mahkamah bebas Rosmah - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Khamis.
'Lebih baik Tengku Zafrul sertai PKR daripada pilih pembangkang' - MB Selangor
Reaksi Tengku Zafrul yang didakwa menunjukkan minat untuk menyertai PKR disifatkan lebih baik berbanding beliau memilih untuk menyertai pembangkang.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.