KUALA LUMPUR: Mulai Rabu ini, harga ayam kembali dipulangkan kepada pasaran selepas kawalan harga dan subsidi diumumkan tamat oleh kerajaan semalam sebagai langkah mengurangkan ketirisan yang turut dinikmati warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.
Penamatan harga kawalan ayam itu yang menyokong kemampanan industri pengeluaran ayam tempatan juga membolehkan kerajaan meningkatkan pelbagai inisiatif sosioekonomi dan kebajikan rakyat termasuk bantuan tunai.
Pengumuman itu meskipun melegakan para peniaga, namun beberapa daripadanya yang ditemui menegaskan ia bukanlah lesen untuk mereka menaikkan harga sewenang-wenangnya selain tidak mahu membebankan pengguna yang turut terkesan dengan kos sara hidup.
Di Perlis, dua peniaga ayam, Mohammad Hafiz Zamri, 21, dan Mardiana Mohd, 37, masing-masing sependapat bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) perlu terus melakukan pemantauan bagi memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan mengenakan harga melampau.
"Saya faham dan setuju dengan langkah kerajaan ini untuk elak ketirisan subsidi tetapi pada masa sama KPDN perlu teruskan pemantauan dengan lebih kerap selepas ini untuk pastikan harga tidak membebankan pengguna," kata Mohammad Hafiz.
Di Selangor, peniaga ayam di Pasar Seksyen 16 Shah Alam, Sazali Ramli, 44, berkata penamatan subsidi dan kawalan harga ayam dijangka tidak akan memberi kenaikan harga yang signifikan kepada pengguna dan ketika ini peniaga menjual ayam di bawah paras kawalan harga yang ditetapkan iaitu RM9.40 untuk sekilogram.
"Ketika ini penjual atau peniaga lebih selesa untuk menjual di bawah paras harga kawalan kerana harga ayam sudah stabil dan kuantiti ayam juga banyak. Kesan penamatan subsidi ini juga tidak akan dirasai dalam tempoh jangka masa terdekat tapi sekiranya ada kenaikan harga, ia mungkin tidak akan mencapai lebih RM10 untuk sekilogram ayam," katanya.
Di Terengganu, pemborong ayam Mohammad Shafiq Fikri Rosli, 30, dari Syarikat Sapik Poultry Trading di Kuala Terengganu, berkata berdasarkan pengalaman lepas, harga ayam dijangka tidak mengalami kenaikan yang ketara dengan jangkaan sekitar RM0.20 hingga RM0.30 sekilogram.
"Kerajaan masih boleh membuat kawalan bagi harga apungan bagi menghalang ia naik sangat tinggi," katanya.
Di Pahang, peniaga ayam Nik Azwar Nik Dea, 35, dari Kuantan, berkata beliau tidak berdepan masalah untuk mengekalkan harga RM9.40 sekiranya pemborong tidak menaikkan harga terlalu drastik yang akhirnya akan menyebabkan kos perniagaannya turut meningkat.
"Kalau pemborong naikkan harga, kami perlu menaikkan sedikit harga untuk menampung kos kedai kerana saya tidak mengambil kos upah potong. Jika harga dapat dikekalkan, saya tiada masalah untuk menjual pada harga sama," katanya.
Di Perak, pembekal ayam segar P. Vikram, 33, berkongsi pandangan sama dengan Nik Azwar, menyifatkan pengumuman kerajaan itu memberikan kelegaan buat peniaga.
Di Negeri Sembilan, penternak ayam di Kota, Rembau, Saiful Azman Mohd Zin, 47, yang menyambut baik langkah kerajaan itu turut mencadangkan supaya harga makanan jagung untuk ternakan ayam dapat diturunkan bagi memastikan harga ayam akan dapat terus kekal rendah sekali gus tidak membebankan pengguna.
Di Kelantan, Pengerusi Peniaga Kecil Bumiputera Pasar Siti Khadijah Ahmad Nazri Che Omar, 54, berharap kementerian berkaitan meneruskan penguatkuasaan bagi memastikan pengguna tidak terbeban dengan langkah menamatkan kawalan harga dan subsidi ayam.
Berkongsi pandangan sama, peniaga makanan, Samiha Abdul Hadi, 35, juga mengharapkan peniaga ayam tidak menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.
Di Kedah, peniaga roti jala dan pulut kuning, Nurzaila Abd Nasir, 40, dan peniaga sate, NurHazwani Ahmad, 28, yang memerlukan ayam dalam kuantiti banyak bagi perniagaan mereka mengharapkan agar Jualan Rahmah diperbanyakkan bagi membolehkan peniaga dan rakyat terus menikmati harga ayam pada kadar rendah.
Peniaga ayam di Pulau Pinang, Mohd Shafri Mazlan, 42, berkata pengapungan harga ayam bukanlah tiket untuk peniaga menaikkan harga sesuka hati sebaliknya langkah itu dilihat dapat membantu peniaga menampung pelbagai kos jualan ayam yang dihadapi ketika ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu semalam berkata kerajaan bersetuju subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan berkuat kuasa Rabu (esok) ini selain bersetuju untuk bagi subsidi telur gred A, B, C diteruskan mengikut mekanisme sedia ada.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023

Peniaga, Mohd Fadlysam Daud, menyusun ayam proses segar yang dijual pada harga RM8.29 sekilogram bagi pembelian secara borong dan RM9 (runcit) semasa tinjauan di Gong Pauh, Kuala Terengganu, 30 Okt. -- fotoBERNAMA

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Api kuali musnahkan khemah peniaga bazar Ramadan
Individu tersebut sedang merakam video di gerai jualan itu, tiba-tiba berlaku percikan api dari kuali memasak menyebabkan dia terkejut.

60 tan bekalan kelapa untuk Terengganu sempena Ramadan, Syawal
Sebanyak 10 tan kelapa tua yang diimport dari Indonesia telah diterima untuk kegunaan sepanjang minggu pertama puasa.

PM Anwar buat 'kejutan' turun padang tinjau harga bazar Ramadan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melakukan lawatan 'mengejut' di Bazar Ramadan Jalan Kuching, Taman City, di sini.

DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), kata Datuk Bandar.

Peniaga bazar Ramadan seluruh negara siap sedia sambut pengunjung
Sehari menjelang 1 Ramadan, peniaga bazar Ramadan di seluruh negara giat membuat persiapan akhir, termasuk pemasangan kanopi dan susun atur gerai.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.

Pasaran getah KL ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh isyarat lemah daripada pasaran niaga hadapan serantau.

Pasukan inspektorat Imigresen periksa bazar Ramadan pastikan tiada peniaga pindah lesen
Pasukan itu akan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh di bazar seluruh negara bagi mengekang aktiviti berkenaan.

Kelantan tetapkan kadar sewa tapak bazar Ramadan mengikut kawasan jajahan bermula RM200
Harga ditawarkan itu adalah sangat rendah berbanding harga sewaan tapak bazar Ramadan yang dikenakan oleh pihak swasta.

Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin
Keadaan itu akan membebankan peniaga sekali gus memberi kesan terhadap harga jualan yang mungkin terpaksa ditanggung pembeli.