PORT DICKSON: Taman Laut Melaka berkeluasan 26.97 kilometer persegi dan Taman Laut Gugusan Pulau Lima Johor berkeluasan 299.0 kilometer persegi diwartakan di bawah Seksyen 41 Bahagian IX, Akta Perikanan 1985 pada tahun ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin berkata setakat ini 52 taman laut kawasan perairan negara yang diwartakan telah mencapai 25,358.39 kilometer persegi atau 5.35 peratus daripada keseluruhan perairan keluasan Zon Ekonomi Eksklusif negara seluas 473,952 kilometer persegi.
"Ini menunjukkan kekayaan sumber alam (perikanan) yang melimpah di perairan negara.
"Usaha ini akan berterusan dengan penambahan kawasan Santuari Dugong berkeluasan 1,508.1 kilometer persegi dan perairan Pulau Layang-layang dengan keluasan 40.27 kilometer persegi yang dijangka diwartakan sebagai kawasn perlindungan marin menjelang 2025," katanya ketika berucap pada sambutan Hari Laut Sedunia 2023 bertemakan 'Satu Lautan, Satu Iklim, Satu Masa Depan Bersama' di sini pada Khamis.
Beliau berkata kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan komited dalam memperluas kawasan perlindungan marin bagi memulihara spesies yang terancam dan menghargai khazanah kepelbagaian biologi marin negara.
Chan berharap agar aktiviti dan program pemuliharaan seumpama itu akan diteruskan bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam penjagaan alam sekitar.
Katanya didikan awal dalam kalangan generasi muda dan peringkat sekolah adalah inisiatif terbaik bagi menyemai semangat cintakan alam sekitar.
Pada majlis itu, 30 penyelam sukarela yang diketuai Mohamad Izam Md Yamin telah melakukan selaman di dasar laut bagi aktiviti menyelam dan pembersihan pukat terbiar.
Selain itu, tiga penyu karah dan tiga penyu agar berusia empat tahun telah dilepaskan oleh Pusat Ikan Hiasan Port Dickson (PIH PD) ke laut sempena sambutan berkenaan.
Pusat tersebut turut menyerahkan tiga penyu agar berusia tiga tahun kepada Glory Beach Resort iaitu premis swasta tunggal di negeri ini yang mempunyai lesen memiliki penyu secara bersyarat yang dikeluarkan oleh Pejabat Perikanan Negeri Sembilan melalui Kaedah-Kaedah Perikanan (Penyu dan Telur Penyu) 1976.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 08 2023

Chan berharap agar aktiviti dan program pemuliharaan seumpama itu akan diteruskan bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam penjagaan alam sekitar. - Foto BERNAMA

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Taman Laut Melaka, Gugusan Pulau Lima Johor diwartakan
Taman Laut Melaka berkeluasan 26.97 kilometer persegi dan Taman Laut Gugusan Pulau Lima Johor berkeluasan 299.0 kilometer persegi diwartakan di bawah Seksyen 41 Bahagian IX, Akta Perikanan 1985.