Taman Botani Negara di Bukit Cerakah di sini, yang ditutup sejak awal Mac lalu, dibuka semula kepada orang ramai hari ini.
Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehhudin Hassan berkata pembukaan semula taman botani itu lebih awal adalah bertujuan membolehkan orang ramai melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.
"Taman botani ini, sebelum ini ditutup kerana kerja pembersihan dan pemulihan akibat kejadian ribut yang melanda awal Mac lalu.
"Namun hari ini kita nak menguar-uarkan kepada orang ramai bahawa kita buka kembali operasi taman ini tetapi terhad kepada laluan A sahaja, berikutan kawasan ini menjadi tarikan kepada orang ramai untuk aktiviti riadah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Fun Run sempena pembukaan semula taman botani itu, di sini.
Beliau berkata kawasan yang dibuka kepada orang ramai itu antaranya laman padi, taman rempah ratus, taman haiwan dan dewan keraian.
Katanya, walaupun kawasan berkenaan masih dalam kerja baik pulih, tetapi orang ramai masih boleh melakukan aktiviti riadah selain melakukan lawatan untuk tujuan pendidikan.
"Di laluan A ini ada sedikit kemudahan yang perlu di baik pulih lagi ini termasuklah di taman haiwan yang mana berlaku kerosakan di kandang haiwan kerana dihempap pokok akibat ribut.
"Kawasan lain seperti taman rempah ratus dan laman padi tidak terjejas, kita harap laman padi juga akan dapat menghasilkan padi dalam tempoh terdekat ini yang mana pengunjung berpeluang untuk turun ke bendang melihat sendiri proses menuai padi," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Sallehhudin berkata pihaknya berharap menjelang Jan tahun depan, kesemua fasiliti di taman botani itu dapat dibuka sepenuhnya kepada pengunjung.
Beliau berkata buat masa ini kawasan yang masih belum dapat beroperasi ialah tapak fasiliti membabitkan aktiviti sukan lasak.
"Kawasan yang masih diselenggara ialah dilaluan B dan C yang membabitkan kawasan pengembaraan seperti laluan merentas hutan, berbasikal dan aktiviti sukan lasak yang lain," katanya.--BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2019

Pembukaan semula taman botani itu lebih awal adalah bertujuan membolehkan orang ramai melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. - Bernama
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.

PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Kerajaan telah memperuntukkan RM185 juta untuk projek baik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.

RM40 juta diperuntuk baik pulih tabika, taska Kemas - KP
Kira-kira 60 peratus daripada 10,600 kelas tabika dan taska diberikan keutamaan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dengan segera.

Baik pulih runtuhan tebing Sungai Kelantan perlu disegerakan
Kerja-kerja baik pulih runtuhan tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah kondominium dan hotel perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan masalah itu merebak ke kawasan lain.

JKR siapkan 59 projek pulih bangunan warisan tahun ini
Sebanyak 59 projek pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan selesai dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya sepanjang tahun ini, kata Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Johor peruntuk RM63.5 juta baik pulih PPR, RSK
Johor memperuntukkan sebanyak RM63.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih PPR dan Rumah Sewa Kerajaan di seluruh negeri.

91 klinik daif siap dibaik pulih, naik taraf - Dr Zaliha
Sebanyak 91 klinik di seluruh negara yang dikategorikan sebagai daif telah siap dibaik pulih sepenuhnya, manakala 341 klinik dijadualkan siap menjelang akhir tahun ini.

Peruntukan baik pulih bangunan sekolah daif diagihkan minggu ini
Datuk Pkharuddin Ghazali berkata peruntukan itu termasuk perbelanjaan membaiki kemudahan tandas yang sentiasa menjadi keutamaan.

Kos lebih RM4 juta baiki kerosakan akibat ribut - Nanta
Kerajaan menganggarkan kos bagi membaiki kerosakan di 29 buah sekolah di Kuala Lumpur yang mengalami kerosakan akibat ribut pada Jumaat lepas mencecah RM3 juta.