Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan akan membuat laporan polis berhubung insiden itu.
Jelasnya, ia bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Beliau turut memohon maaf kepada semua pihak yang cuba berkomunikasi dengannya menerusi talian telefon bimbit berkenaan.
Difahamkan, ini merupakan kali pertama talian telefon bimbit miliknya digodam pihak tidak bertanggungjawab.
Sumber Facebook wanrosdyOfficial