Gara-gara terlalu takut ditangkap berkhalwat dengan teman lelakinya, seorang remaja perempuan sanggup bersembunyi di dalam tandas di sebuah hotel murah, di bandaraya di sini.
Bagaimanapun, kehadiran remaja berusia 19 tahun itu berjaya 'dihidu' sebelum dia bersama pasangannya,19, dikenakan denda RM2,400 oleh Mahkamah Syariah Kuala Terengganu hari ini.
Tidak cukup dengan itu, pasangan remaja tersebut turut diarahkan dipenjara dua minggu sekiranya gagal menjelaskan denda.
Hakim Syarie membuat keputusan itu selepas mereka mengaku salah berkhalwat di sebuah hotel murah, di sini, kira-kira jam 10 pagi, pada 11 Disember lalu.
Mengikut fakta kes, serbuan dijalankan di sebuah hotel selepas menerima maklumat ada aktiviti tidak bermoral di hotel berkenaan.
Semasa tiba di lokasi, didapati pintu tertutup rapat dan berkunci sebelum memberi salam, dua minit kemudian pintu dibuka oleh seorang lelaki.
Pemeriksaan selanjutnya menemukan seorang perempuan yang sedang bersembunyi di dalam tandas dalam ketakutan.
Siasatan mendapati mereka tiada hubungan suami isteri ataupun mahram.
Sementara itu, di mahkamah sama, sepasang remaja dikenakan denda RM2,400 atau dua minggu penjara sekiranya gagal menjelaskan denda selepas mengaku salah berkhalwat.
Pasangan yang baru berusia 19 tahun itu mengaku berkhalwat di sebuah rumah tumpangan di Kuala Nerus, kira-kira jam 12.15 tengah hari, pada 11 November lalu.
Berdasarkan fakta kes, serbuan dilakukan selepas menerima aduan terdapat aktiviti tidak sihat oleh pasangan kekasih di rumah tumpangan yang disewa oleh si lelaki.
Semasa tiba di lokasi, didapati keadaan pintu bilik tertutup rapat dan belum sempat pintu diketuk, pintu dibuka oleh seorang perempuan.
Hasil pemeriksaan menemukan seorang lelaki sedang tidur di atas katil dan siasatan selanjutnya mendapati mereka tiada hubungan suami isteri ataupun mahram.
Kedua-dua pasangan itu didapati melakukan kesalahan dibawah seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat
Bagi kesalahan itu, kedua-duanya boleh dihukum denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Nurul Hajja Mustafa.
Sinar Harian
Thu Mar 29 2018
Pemeriksaan selanjutnya menemukan seorang perempuan yang sedang bersembunyi di dalam tandas dalam ketakutan. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Rayu anak kena tangkap khalwat dilepaskan
Gadis berusia 20-an itu ditemui berdua-duaan bersama kekasihnya ketika serbuan dijalankan pasukan sukarelawan dikenali sebagai Skuad Badar.
Takut ditangkap khalwat, remaja perempuan sembunyi dalam tandas
Gara-gara terlalu takut ditangkap berkhalwat dengan teman lelakinya, seorang remaja perempuan sanggup bersembunyi di dalam tandas di sebuah hotel murah, di bandaraya di sini.