KUALA LUMPUR: Taktik licik satu sindiket pengedaran dadah menjadikan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Dagang, Ampang di sini, yang diubah suai menjadi taska sebagai stor simpanan bekalan dadah terbongkar, selepas polis menahan seorang lelaki di Cheras di sini, Selasa lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai berperanan sebagai pengedar kepada pelanggan dengan upah RM20,000 berdasarkan penghantaran yang dibuat.
"Sindiket ini menjalankan kegiatan mereka dengan menjadikan premis yang diubah suai sebagai pusat penjagaan kanak-kanak atau taska dengan lukisan kartun sebagai stor simpanan bekalan dadah untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
"Siasatan awal mendapati sindiket telah menyewa premis terbabit sejak lima bulan lepas pada kadar RM3,000 sebulan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Beliau berkata hasil pemeriksaan di premis itu pada hari sama, pihaknya merampas 213 kilogram (kg) dadah jenis syabu, 90 kg pil eramin 5 dan tiga kg heroin base bernilai RM10.8 juta.
Bekalan dadah itu, katanya dipercayai diperoleh dari negara jiran untuk diedarkan bagi pasaran tempatan sekitar Lembah Klang.
"Polis kini giat mengesan ahli sindiket yang masih bebas," katanya.
Beliau berkata lelaki itu direman hingga Selasa ini bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024

Allaudeen berkata lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai berperanan sebagai pengedar kepada pelanggan dengan upah RM20,000 berdasarkan penghantaran yang dibuat. - Gambar fail/Bernama

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Taktik licik jadikan 'taska' stor simpanan dadah terbongkar
Taktik licik satu sindiket pengedaran dadah menjadikan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Dagang, Ampang yang diubah suai menjadi taska sebagai stor simpanan bekalan dadah terbongkar.

Polis tumpaskan 'one stop centre' dadah di Johor
Polis Johor menumpaskan sindiket sindiket pengedaran dadah yang bertindak sebagai 'one stop centre' dengan membekalkan pelbagai jenis dadah utama dalam pasaran sejak Disember tahun lepas.

Deretan empat rumah teres dua tingkat terbakar
Deretan empat rumah teres dua tingkat di Taman Kemacahaya dekat sini musnah dalam kebakaran pada Jumaat.

Perda lancar dua projek dengan nilai GDV RM1 bilion
Perda melalui anak syarikatnya PVISB melancarkan dua projek pembangunan bercampur di Tasek Gelugor dengan GDV hampir RM1 bilion.

Wanita cedera tong gas LPG meletup dalam rumah
Kejadian kira-kira jam 8 pagi itu turut menyebabkan hampir keseluruhan struktur bangunan rumah teres dua tingkat itu mengalami kerosakan.

Melaka kekalkan harga rumah paling rendah di Malaysia
Melaka masih mengekalkan harga rumah paling rendah di negara ini dengan indeks harga purata RM181,203 seunit pada suku pertama tahun 2022 berbanding negeri-negeri lain.

Tiga beranak melecur dalam kebakaran empat rumah sederet
Anggota menggunakan dua aliran hos 100 kaki dengan empat pancutan dan bersumberkan air dari pili bomba untuk memadamkan kebakaran.

19 rumah teres dua tingkat terjejas tanah runtuh - Bomba
Sebanyak 19 rumah teres dua tingkat membabitkan 28 keluarga terjejas akibat insiden tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights malam ini.

SPNB komited tingkatkan peluang pemilikan kediaman mampu milik
Jumlah keseluruhan kediaman yang telah siap dibina syarikat setakat ini mencapai angka 133,238 unit.

Lima sekeluarga nyaris rentung, rumah terbakar
Kejadian jam 8 malam pada Khamis itu berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat.