ALOR SETAR: Seorang lelaki tidak menyangka dua mangsa maut adalah isterinya yang hamil lima bulan dan ibu mentua dalam kejadian di Jalan Kolon, Pokok Sena pada pagi Ahad.
Ismail Mohamad, 28, yang bekerja sebagai penghantar barang di sebuah syarikat kurier berkata, dia bergegas ke lokasi kemalangan yang terletak hanya kira-kira satu kilometer dari tempat kerjanya selepas menerima klip video mengenai kejadian.
Menurutnya, isteri, Nadzifah Abu Seman, 28, dan ibu mentuanya, Romadiah Ismail, 65, dalam perjalanan ke sebuah hospital swasta untuk menjaga kakak iparnya yang dirawat akibat masalah kesihatan.
"Saya menerima klip video di WhatsApp yang menunjukkan sebuah kereta berwarna biru kemalangan.
“Saya tergerak hati untuk telefon isteri tapi tiga kali panggilan tak dijawab dan kakak pula maklumkan mereka belum sampai.
"Disebabkan tak sedap hati, saya ke tempat kejadian sebelum mendapati isteri dan ibu yang terlibat dalam kemalangan itu,” katanya semasa ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini pada Ahad.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan dua wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Kolon, Pokok Sena.
Dua mangsa itu meninggal dunia selepas kereta Perodua Bezza yang dinaiki mereka dipercayai dirempuh sebuah lori tanah.
Hasrat pasangan tersebut untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulung pada April tidak kesampaian dan Ismail reda dengan pemergian isterinya itu.
Menurutnya, mereka teruja menunggu kehadiran cahaya mata selepas isterinya keguguran semasa kandungan pertamanya berusia dua bulan tahun lalu.
“Kami belum beli kelengkapan lagi kerana belum tahu jantina anak tetapi kami berdua memang teruja, namun segala-galanya tak kesampaian kerana takdir menentukan mereka pergi dahulu,” katanya yang sepatutnya menyambut ulang tahun perkahwinan yang kedua pada 11 Disember ini.
Jelas Ismail, mereka juga merancang untuk bercuti di ibu negara kerana isteri mahu melihat Menara Berkembar Petronas (KLCC).
"Semalam ketika kami pergi makan kenduri di Perlis, saya ajak dia bergambar dan tak sangka itu yang terakhir walaupun pada awalnya dia tak mahu kerana susah nak panjat batu,” ujar beliau.
Tambahnya, jenazah isteri dan ibu mertuanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lala di Pokok Sena setelah proses bedah siasat selesai. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 04 2023
Kiri, foto kenangan terakhir Ismail dan isterinya, Nadzifah yang diambil pada Sabtu di Kuala Perlis. Kanan, ibu mentua Ismail, Romaidah yang turut maut dalam kemalangan. - Foto Sinar Harian
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
40 peratus Ahli Dewan Rakyat baharu Britain diwakili wanita
Jumlah ahli parlimen wanita yang bakal menghiasi kerusi di dewan rakyat Britain mencatatkan rekod baharu susulan keputusan pilihan raya umum United Kingdom, UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
UK Memilih: Parlimen UK dihiasi lebih banyak kepelbagaian etnik
Perdana Menteri Britain yang baharu, Keir Starmer akan menyelia sebuah parlimen yang mempunyai lebih banyak pelbagai etnik dan lebih wanita berbanding sebelum ini selepas memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada Khamis, yang menamatkan pemerintahan Konservatif selama 14 tahun.
Pemilik bengkel dikenakan tindakan, gagal kemuka senarai harga baik pulih kenderaan
Tindakan itu adalah hasil aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan setelah kenderaan tersebut selesai dibaiki.
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
Transformasi PMKS tahun ini buka tirai di Johor Bahru
Wartawan Astro AWANI, Nabilah Khaleeda berlintas langsung dari Johor Bahru untuk liputan Jiwa SME di mana ia adalah sebuah platform bagi memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui peluang perkongsian pengetahuan serta strategi, yang membuka tirainya pada Sabtu.
AWANI Pagi: Suhu politik hangat, apa nasib Sungai Bakap?
Pemerhatian dan analisis awal Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Awani Pagi 8.30 nanti, sempena PRK DUN Sungai Bakap Memilih hari ini.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
Lelaki jatuh motosikal maut tertusuk sabit pemotong sawit
Seorang lelaki maut selepas tertusuk sabit pemotong sawit dalam kemalangan motosikal di Parit Sulaiman, Kampung Matang Gerdu, Bagan Serai, petang semalam.
Dua maut motosikal terbabas langgar tiang papan tanda
Dua maut selepas motosikal ditunggangi dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang papan tanda jalan di Jalan Besar Kluang, di sini pada kira-kira jam 3 pagi, Selasa.
Seorang maut, tujuh cedera nahas dua kenderaan
Seorang lelaki maut manakala tujuh lagi cedera dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 71, Jalan Batu PahatMersing di sini pada Sabtu.
'Tangguh sementara perjalanan ke Genting Highlands'
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kesesakan teruk lebih satu jam dilaporkan berlaku dari Tol Gombak ke lokasi kejadian.
Empat 'sahabat syurga' ajal bersama
Menurut kakak Ahmad Manan, mereka berempat berkawan baik sejak kecil hingga membina kerjaya masing-masing.
Pegawai, anggota tentera didakwa sembunyi bukti kemalangan maut
Pegawai dan anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan menyembunyikan bukti berkaitan kes kemalangan maut di Tawau pada Januari tahun lepas.
Wanita maut, X50 terbabas langgar pembahagi jalan di WCE
Mangsa berusia 50 tahun yang memandu berseorangan, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak perubatan.
Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.
Lelaki warga Thailand maut, van rempuh belakang treler di WCE
Mangsa menaiki van itu bersama seorang lagi lelaki yang cedera ringan dan berjaya keluar sendiri sebelum bomba tiba.
Warga emas maut langgar papan tanda
Ketika mangsa sedang membelok ke kanan, kereta dipandu hilang kawalan dan terbabas melanggar papan tanda isyarat lalu lintas.