SHAH ALAM: Penarikan balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi Syarikat Alagappa Flour Mills Sdn Bhd disebabkan ketidakpatuhan pihak syarikat terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020.
Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan berkata, status halal produk yang dikilangkan oleh syarikat sebelum 12 Mac 2024 tidak terjejas.
“Suka untuk diingatkan bahawa sesuatu produk yang tidak dipersijilkan halal atau tidak mempunyai SPHM bukan membawa maksud produk tersebut haram.
“Sekiranya satu-satu produk tersebut menerima SPHM maka ia pastinya telah memenuhi keperluan digariskan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 dan standard halal serta peraturan yang berkuat kuasa,” kata kenyataan itu pada Khamis.
Menurut kenyataan itu, amalan terbaik perlu dipraktikkan secara berterusan dalam membuat pemilihan produk atau perkhidmatan yang dipersjilkan halal kerana produk dan perkhidmatan dengan SPHM pasti halal, selamat serta lebih baik.
Susulan penarikan SPHM itu, Syarikat Alagappa Flour Mills menerusi laman sosial Facebook memuat naik satu hantaran yang memperjelaskan isu berkenaan.
Alagappa Flour Mills berkata, hal tersebut tiada sebarang kaitan dengan penggunaan mana-mana bahan mentah atau ramuan yang tercemar dengan bahan haram mahupun isu kebersihan.
“Pada peringkat awalnya, syarikat hanya dikenakan tindakan penggantungan sijil halal sahaja. Hal ini disebabkan oleh beberapa kesalahan teknikal yang tidak kritikal. Pihak syarikat diberi masa untuk melakukan penambahbaikan terhadap ketidakakuran tersebut.
“Bagaimanapun, disebabkan beberapa kekangan berkenaan tenaga kerja menyebabkan penambahbaikan dan penutupan laporan ketidakakuran tersebut tidak dapat ditutup dengan sempurna pada masa yang telah diperuntukkan sehingga menyebabkan sijil halal kami ditarik balik,” jelas kenyataan.
Susulan itu, Alagappa Flour Mills secara drastik telah memperkasa tenaga kerja syarikat khusus terhadap bahagian Eksekutif Halal, Jawatankuasa Halal Dalaman dan menubuhkan Alagappa’s Halal Department untuk menerajui segala hal ehwal berkaitan pengurusan halal syarikat.
Tambahnya, pihak syarikat juga telah melakukan permohonan semula untuk mendapatkan pensijilan halal syarikat daripada pihak Jakim.
“Sekiranya tiada halangan, syarikat kami akan melalui proses audit semula selewat-lewatnya pada bulan Mac 2024 ini,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 23 2024
Alagappa Flour Mills telah melakukan permohonan semula untuk mendapatkan pensijilan halal syarikat daripada pihak Jakim. - Gambar hiasan
Biskut beracun: Pekebun dipanggil beri keterangan, bantu siasatan - Polis
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata pihaknya akan memanggil warga emas yang berusia 70 tahun itu untuk siasatan lanjut.
Stoking kalimah Allah: Pengasas KK Supermart, isteri, tiga pengarah bebas
Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Pengasas Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, daripada semua pertuduhan melukakan perasaan dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia
Kerajaan telah membuktikan tawaran diberikan kepada pelabur berjaya menarik minat syarikat gergasi seperti Google dan Microsoft.
Tiada perancangan kembalikan Program Tanam Semula Sawit secara geran
Berdasarkan kemampuan kewangan semasa, kerajaan tiada perancangan untuk menguatkuasakan semula Program Tanam Semula Sawit secara geran buat masa ini.
Kerajaan akan segerakan cadangan Akta Saraan Hakim Syarie - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi komitmen bahawa kerajaan akan menyegerakan cadangan pelaksanaan Akta Saraan Hakim Syarie bagi memartabatkan status hakim Mahkamah Syariah di n
AWANI Ringkas: Ahli Parlimen Pendang digantung tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia
Bursa Malaysia Bhd dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) telah melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) hari ini.
Ibu tunggal terima 20 jahitan, rumah dihempap pokok kekabu
Seorang ibu tunggal menerima 20 jahitan pada bahagian kepala dan telinga selepas rumahnya dihempap pokok kekabu akibat ribut di Kampung Bedal Hilir di sini pada Ahad.
Kerana kelapa, dua lelaki dipenjara 2 minggu
Dua lelaki dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Isnin atas pertuduhan gagal memberi penjelasan berhubung pemilikan 40 biji kelapa, minggu lalu.
Dewan Rakyat: Tuduh RSN Rayer 'anti-Islam', MP Pendang digantung tiga hari
Tindakan tersebut menyebabkan Ahli Parlimen daripada blok pembangkang itu digantung selama tiga hari daripada menghadiri sesi Dewan Rakyat.
Tak patuh manual prosedur punca sijil halal Alagappa Flour Mills ditarik - Jakim
Jakim berkata, status halal produk yang dikilangkan oleh syarikat sebelum 12 Mac 2024 tidak terjejas.