ALOR SETAR: Pasangan tular membawa bayi lelaki berusia 11 bulan memakai alat bantuan pernafasan menaiki motosikal baru-baru ini mengakui tertekan dengan dakwaan sesetengah pihak bahawa mereka telah menghilangkan diri.
Mohd Azlan Ishak, 36, ketika dihubungi Sinar Harian menjelaskan, dia sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
Menurutnya, pada Ahad, dia telah ke Masjid Al-Makrufi di Alor Setar, Kedah untuk memohon bantuan mengisi borang nikah dan pada Isnin pula ke klinik untuk buat ujian HIV dan ujian darah.
"Jika semua selesai hari ini (Isnin), esok saya akan akad nikah dengan pasangan.
"Pihak masjid cakap jika urusan semua selesai awal, urusan akad nikah dapat disegerakan, alhamdulilah,” katanya pada Isnin.
Jelasnya, ramai pihak tampil untuk membantu memudahkan urusan pernikahan bersama pasangannya, Nor Hidayu Halim, 34, dan kini berada pada fasa akhir.
Mengulas lanjut, dia mengakui walaupun telah melakukan kesilapan, namun berharap agar masyarakat tidak menghakimi dan memberikan pandangan negatif kepada mereka sekeluarga termasuk anaknya yang turut menghidap penyakit kronik.
Mohd Azlan turut menegaskan bahawa dia tidak meninggalkan ibunya sendirian sebagaimana dakwaan segelintir pihak.
“Pada satu tahap memang saya rasa nak ‘down’ tapi saya perlu terima dan gagahkan diri.
"Benda yang tidak berlaku mereka (segelintir pihak) buat anggapan yang bukan-bukan.
“Datang jumpa sendiri kami dan tengok keadaan sebenar.
"Saya tidak marah jika orang tanya dan saya akan berterus-terang. Jangan buat anggapan sendiri.
"Ada yang kata saya tinggalkan ibu yang sedang sakit, walaupun saya tidak belajar pandai tapi saya masih ada akal dan tidak akan tinggalkan ibu saya.
”Saya perlu sabar demi anak saya kerana sebelum ini saya sangat susah.
"Sebelum ini saya tidak ada apa-apa selain zuriat saya yang berada di hadapan mata ini,” katanya pada Isnin.
Dalam pada itu, Azlan berkata, Nor Hidayu sudah pun bercerai dengan bekas suaminya pada Ogos 2023 dan selesai menamatkan tempoh idah.
Jelasnya, mereka sudah pergi ke pejabat agama untuk failkan penceraian, namun proses tergantung kerana tidak mampu membayar RM60 bagi melengkapkan borang cerai akibat kesempitan hidup.
Menjawab tentang dakwaan Nor Hidayu telah membeli barangan kemas dengan harga mencecah RM20,000, Azlan menafikan perkara berkenaan.
“Saya tidak tahu dari mana mereka dapat info sedemikian kerana Nor Hidayu hanya beli sebentuk cincin RM800 sahaja bagi tujuan kahwin dan bakal emak mentua yang belikan dan ada resit.
"Mereka juga dakwa anak kami telah terima sumbangan sehingga RM200,000.
"Saya pun tidak tahu jumlah itu datang dari mana sebab saya tak periksa bank lagi.
"Sekarang kami masih guna duit sumbangan orang yang datang beri di rumah sahaja,” jelasnya lagi.
Pada Ahad, pasangan tular yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan memakai alat bantuan pernafasan menaiki motosikal baru-baru ini akan dinikahkan dalam masa terdekat.
Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Muhammad Hazamer Mualim berkata, lelaki berusia 36 tahun itu hadir ke pejabatnya di masjid berkenaan pada 3 petang untuk menyerahkan dokumen berkaitan pernikahannya.
Menurutnya, beberapa dokumen diserahkan lelaki tersebut bagi mengisi borang pernikahan bersama pasangannya yang berusia 35 tahun. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 27 2024
Mohd Azlan (dua dari kiri) dan Norhidayu ketika ditemui di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah pada Selasa. - Gambar/ Sinar Harian
Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.
Kes buli UPNM: Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
Kaitkan dengan GISB, Mufti Perlis saman pemilik akaun Facebook
Pengurusan kes saman itu ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ong Yen Li pada 11 Nov ini secara e-review.
Agenda AWANI: E-Mobility Asia 2024: Building the future of green mobility in ASEAN
With rapid adoption of electric vehicles(EV) around the world and approximately 32,500 EVs on the road in Malaysia, how policy makers, businesses and consumers supporting the shift to greener transportation? What are the latest innovation and trends to make the switch?
Azrul Reza Aziz shares insights of the 2nd E-Mobility Asia (EMA) 2024 event and conference on Agenda AWANI 9 PM tonight.
Azrul Reza Aziz shares insights of the 2nd E-Mobility Asia (EMA) 2024 event and conference on Agenda AWANI 9 PM tonight.
Tiga suspek pengganas ditahan di Jawa Tengah - Polis Indonesia
Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan bahawa unit antikeganasan Polis Nasional, Detasemen Khusus 88 (Densus 88), telah menahan tiga suspek pengganas di lokasi berbeza di Jawa Tengah pada Isnin.
Tujuh modul dibangunkan untuk pulih akidah pengikut GISB - Mohd Na'im
Sebanyak tujuh modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sedang dibangunkan oleh jawatankuasa khas yang kini berada di peringkat akhir.
Bursa Malaysia ditutup tinggi menjelang keputusan menyuarat MPC
Bursa Malaysia mengakhiri penyusutan awal dengan ditutup tinggi hari ini.
Tiada harapan besar untuk presiden baharu - Penduduk Gaza
Bagaimanapun, Nadia berharap usaha dapat digerakkan AS untuk sekurang-kurangnya mencapai gencatan senjata.
Pengundi Islam mahu Asia Barat jadi prioriti presiden baharu
Tumpuan dunia termasuk di Malaysia, kini terarah kepada perebutan jawatan presiden antara Naib Presiden Kamala Harris dan bekas presiden Donald Trump.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.