KANGAR: Peniaga di premis makanan di Perlis perlu menitikberatkan aspek kebersihan bagi meyakinkan pelanggan, sekali gus menerima kehadiran pelancong ke negeri itu bagi menjayakan Tahun Melawat Perlis 2024-2025.
Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata oleh itu, peniaga dan pelayan di kedai makan perlu memakai pelitup muka dan sarung tangan bagi memastikan hidangan yang dipesan pelanggan selamat dan tidak tercemar.
"Dalam pertemuan bersama pihak peniaga sebelum ini, kebanyakan mereka telah menyatakan kesediaan masing-masing untuk menjayakan Tahun Melawat Perlis. Peniaga juga akan ikut saranan kita supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga.
"Kebanyakan peniaga juga mahukan logo Tahun Melawat Perlis untuk mempromosikan program itu, saya telah berbincang dengan BPEN (Bahagian Perancang Ekonomi Negeri) supaya membuat persediaan (menyediakan logo) atau mungkin boleh buatkan apron yang ada logo untuk peniaga," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menggulung perbahasan Belanjawan Perlis 2024 di Kompleks DUN di sini pada Khamis. Terdahulu, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis sebulat suara meluluskan belanjawan itu.
Sementara itu, beliau berkata sambutan ambang tahun baharu di Perlis pada 31 Dis nanti akan diisi dengan program berbentuk Islamik dan kemanusiaan untuk Palestin.
"Mereka (yang bukan beragama Islam pula) boleh buat program hiburan dan nyanyian secara tertutup ataupun program tertentu yang dibuat di rumah ibadat masing-masing," katanya.
Dalam pada itu, sidang DUN Perlis ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023

Mohd Shukri berkata, peniaga dan pelayan di kedai makan perlu memakai pelitup muka dan sarung tangan bagi memastikan hidangan yang dipesan pelanggan selamat dan tidak tercemar. - Foto fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tahun Melawat Perlis: Peniaga kedai makan perlu utamakan aspek kebersihan
Peniaga di premis makanan di Perlis perlu menitikberatkan aspek kebersihan bagi meyakinkan pelanggan bagi menjayakan Tahun Melawat Perlis 2024-2025.