IPOH: Dikelilingi teman rapat dan rakan kerja beragama Islam membuka ruang buat Stanley Nelson, 51, untuk sama merasai nikmat Ramadan dan Syawal.
Stanley yang dibesarkan dalam keluarga besar pelbagai agama dan bangsa antaranya Hindu dan Punjabi langsung tidak kekok untuk berpuasa sama seperti umat Islam lain sejak 12 tahun lalu.
Malah, anak ke-14 daripada 16 beradik itu juga tidak lupa untuk menyediakan sepersalinan baju Melayu setiap tahun untuk dipakai pada hari raya.
"Sejak kecil lagi saya dikelilingi kawan-kawan Melayu dan beragama Islam.
"Apabila memasuki alam pekerjaan, situasi sama juga berlaku, sebab itu tidak ada masalah untuk saya berpuasa.
"Lebih membuatkan saya semangat kerana saya dapat bekerja dengan mereka sepanjang hari dan apabila tiba waktu berbuka, kami berkongsi rasa gembira berbuka bersama-sama," katanya kepada Sinar Harian.
Stanley yang berkhidmat sebagai jurukamera Astro AWANI Perak sejak 2013 mengakui, amalan berpuasa pada awalnya datang atas rasa menghormati agama masyarakat lain.
Ketika itu dia malu untuk makan atau minum pada siang hari kerana memikirkan rakan-rakan kerja yang berpuasa terpaksa menahan diri daripada lapar dan dahaga.
"Lama-kelamaan saya terbiasa ikut berpuasa. Saya amalkan makan kurma tujuh biji dan minum segelas susu sebelum tidur untuk pastikan dapat bertahan sepanjang hari berpuasa.
"Pernah beberapa ketika, disebabkan sibuk dengan tugasan, saya hanya sempat berbuka dengan buah kurma dan sebotol air mineral di dalam kereta," katanya yang turut aktif dalam Persatuan Kebajikan Sehati Warga Perak.
Bercerita mengenai hari raya, Stanley berkata, seperti umat Islam lain, dia juga menjadikan baju Melayu, samping serta songkok sebagai keperluan wajib yang akan dibeli.
Ujarnya, selain sebagai penghargaan kerana berpuasa, baju Melayu yang dibeli boleh dipakai ketika menjalankan tugasan media terutama melibatkan program Sultan dan Istana serta di masjid.
"Ramai kenalan dan keluarga menyangka saya sudah masuk Islam, sebenarnya keluarga tidak menghalang pun jika benar saya mahu mendalami Islam.
"Bagi saya aktiviti berbuka puasa dan meraikan perayaan adalah usaha yang dapat menyuburkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa, agama dan kepercayaan di negara ini," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 14 2023
Stanley tidak lupa untuk menyediakan sepersalinan baju Melayu setiap tahun untuk dipakai pada hari raya. - Gambar SINAR HARIAN
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Adab di pagi 1 Syawal
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin...
Teh panas jadi hidangan tradisi selepas Tarawih di Pakistan
Tradisi berkumpul untuk "chai dan gup shup" bukan sahaja terhad di Quetta tetapi kelaziman di kebanyakan bandar utama di Pakistan.
Ramadan dan Syawal menggamit rindu perantau
Bulan Ramadan di perantauan mempunyai cabaran tersendiri terutamanya perlu berpuasa untuk tempoh yang panjang.
Empat beranak tinggal dalam bangsal, tiada persiapan Aidilfitri
Sebelum ini mereka sekeluarga menyewa di Seberang Perai Utara, namun disebabkan masalah kewangan, mereka tidak dapat melunaskan sewa rumah.
Agong berkenan menerima menghadap, berbuka puasa bersama PM
Mesyuarat yang bermula pada 6 petang itu berlangsung selama kira-kira sejam, sebelum disusuli dengan majlis berbuka puasa.
Baju raya mahal: Keperluan atau kehendak nafsu?
Murah tidak semestinya tidak berkualiti dan mahal tidak semestinya berkualiti tinggi.
Kuota internet tambahan percuma sempena Aidilfitri
Pengguna pakej prabayar akan menikmati kuota Internet tambahan percuma dan pulangan tunai sempena Aidilfitri bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Aidilfitri: Lebih 3 juta kenderaan dijangka masuk Perak
Lebih tiga juta kenderaan dijangka memasuki Perak melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) menjelang sambutan Aidilfitri.
Jordan Mintah bawa anak yatim beli baju raya
Perbezaan agama tidak jadi halangan bagi pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Jordan Mintah untuk membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan membuat persiapan hari raya.
PDRM beri diskaun khas semua saman, hanya bayar RM50 - PM Anwar
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Kadar Khas Bayaran Saman yang hanya berjumlah RM50 bagi semua saman trafik, bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023.