KUALA LUMPUR: Sambutan Tahun Baharu Cina di seluruh negara diraikan secara sederhana dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha membendung penularan COVID-19.
Setelah sambutan tahun lepas tidak begitu dirasai kerana situasi COVID-19 ketika itu sangat membimbangkan, ternyata rata-rata masyarakat Cina menggunakan kesempatan pada tahun ini untuk memeriahkan suasana perayaan kali ini.
Di SABAH, sambutan Tahun Baharu Cina berlangsung secara sederhana mengikut pematuhan SOP yang digariskan oleh kerajaan dengan persembahan tarian Singa dan Naga memeriahkan suasana setelah mendapat kebenaran untuk kembali beraksi.
Upacara sembahyang untuk penganut Buddha turut diadakan dengan kapasiti 50 peratus di tokong-tokong di negeri itu seperti Tokong Kuan Loon Tien, manakala aktiviti kunjung-mengunjung antara sanak saudara dilihat kembali memeriahkan sambutan kali ini.
Di SELANGOR, kedatangan Tahun Baharu Cina disambut dalam keadaan sederhana ekoran cuaca yang tidak menentu, terutamanya bencana banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.
Tinjauan di Tokong Kwan Imm, Jalan Bandar Raya, Klang mendapati orang ramai mula mengunjungi rumah ibadat itu sekitar 7 pagi dan kehadiran anggota Rela yang bertugas memastikan upacara keagamaan berjalan lancar dan terkawal.
Di NEGERI SEMBILAN, tinjauan Bernama di Tokong San Kau Tong, Seremban mendapati sambutan diraikan secara sederhana dengan kehadiran penganut Budhha sejak awal pagi yang mematuhi SOP termasuk memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan fizikal.
Pengerusi Pertubuhan Penganut Dewa San Kau Tong, Mah Kin Hock berkata hanya seramai 250 pengunjung dihadkan berada di kuil pada satu-satu masa, bermula 8 pagi hingga 12.30 tengah hari ini dan kuil turut dipantau anggota Rela dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan.
Sementara itu, pekerja kilang besi warga China, Chen Ling Bin, 54, yang sudah tiga tahun tidak dapat pulang beraya ke kampung halaman di Xinjiang, China susulan COVID-19 menyifatkan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini sangat bermakna buat dirinya meskipun berjauhan dengan keluarga.
Di MELAKA, sambutan Tahun Baharu Cina disambut secara sederhana tetapi meriah, dengan masih terdapat beberapa kekangan melibatkan SOP yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.
Exco Perpaduan, Penerangan, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem berkata, walaupun sambutan perayaan itu hanya diraikan dalam kalangan ahli keluarga terdekat tetapi mereka sentiasa diingatkan agar tidak leka dalam mematuhi SOP yang ditetapkan.
Di PULAU PINANG, masyarakat Cina mengambil peluang untuk menyambut Tahun Baharu Cina dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Lam Chong Sun, 54, berkata selepas dua tahun pandemik COVID-19 melanda negara, sambutan Tahun Baharu Cina kali ini sangat bermakna kerana beliau sekeluarga dapat berkumpul untuk menikmati makan besar dan meraikan perayaan ini dengan meriah.
"Tahun ini ramai ahli keluarga saya termasuk dari jauh pulang untuk beraya di di Pulau Pinang, anak menantu dan cucu yang tinggal di Selangor pun balik sejak dua hari lepas untuk bersama meraikannya," katanya.
Di KEDAH, tinjauan Bernama di beberapa tokong di Alor Setar mendapati upacara sembahyang berjalan lancar dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi perayaan Tahun Baharu Cina.
Ahmad Ibrahim, 52, yang ditemui di luar kawasan Tokong Kong Hock Keong di Simpang Empat di sini berkata beliau datang ke tokong tersebut untuk menghantar saudaranya Hong Lim, 60, yang tidak mempunyai kenderaan untuk pergi menunaikan upacara sembahyang di tokong.
"Arwah ibu mualaf, jadi saya memang ada ramai saudara Cina. Kebetulan hari ini, tiada urusan jadi saya tolong hantarkan dia dan selepas ini mungkin kami akan berkunjung ke rumah saudara lain sekitar Alor Setar untuk turut sama meraikan perayaan ini," katanya.
Di JOHOR, tinjauan Bernama di Kuil Kuno yang terletak di tengah bandar raya Johor Bahru mendapati masyarakat Tionghua hadir seawal 8 pagi untuk melakukan upacara sembahyang sempena perayaan Tahun Baharu Cina mengikut SOP yang ditetapkan.
Pengerusi Kuil Kuno Johor Lee Poo Sin berkata kapasiti yang dibenarkan hanya 50 peratus daripada keseluruhan keluasan kuil itu yang ditubuhkan sejak 1870.
"Kita ikut SOP yang dikeluarkan Kementerian Perpaduan Negara dengan keluasan 50 peratus sahaja dibenarkan. Bagaimanapun pagi ini sahaja kita tengok tidak sampai 30 peratus orang datang untuk upacara sembahyang," katanya ketika ditemui di kuil berkenaan.
Di PERLIS, rata-rata masyarakat Cina berdoa agar Malaysia bebas daripada COVID-19 dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Chan Michael, 60 berkata beliau berharap rakyat negara ini terus bersemangat dan tidak putus asa untuk melawan virus COVID-19 dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan demi kebaikan semua.
Di PERAK, tinjauan di tokong Nam Thean Tong, Ipoh mendapati penganut Buddha mula hadir ke rumah ibadat itu seawal 8 pagi bagi melakukan upacara sembahyang sempena Tahun Baharu Cina.
Bendahari tokong, Loh Kam Mui, 60, berkata orang ramai boleh menunjungi tokong itu sehingga 5 petang dengan pematuhan SOP yang ketat seperti diwajibkan memakai pelitup muka, imbas kod Mysejahtera dan menjaga penjarakan fizikal bagi mengelakkan penularan COVID-19.
Di SARAWAK, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mengadakan sambutan Tahun Baharu Cina secara maya yang disiarkan siaran langsung menerusi aplikasi Facebook parti itu dengan dihadiri barisan menteri Kabinet yang diketuai Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta pimpinan tertinggi parti itu.
Semua hadirin yang menyertai sesi siaran langsung itu turut berkesempatan menyertai upacara menggaul 'Yee Sang' bersama-sama yang merupakan tradisi masyarakat Cina menyambut tahun baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 01 2022
Ahli Persatuan Tarian Singa dan Naga Kin Cho Hong membuat persembahan tarian singa di Tokong Toh Guan Tien, Kuantan sempena sambutan Tahun Baharu Cina hari ini. - Bernama
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
[TERKINI] Pesta Demokrasi Indonesia: Pilkada Serentak Selepas Pemilu
Selepas Prabowo memenangi jawatan Presiden dalam Pemilu, rakyat Indonesia kini bersiap sedia untuk Pilkada serentak. Pada 27 November, 207 juta pengundi akan memilih Gabenor, Walikota, dan Bupati di 37 provinsi, 415 kabupaten, dan 93 kota. Saksikan perbincangan mengenai proses ini dan kepentingannya bagi masa depan Indonesia.
Selepas Lubnan, Amerika akan tingkat usaha gencatan senjata di Palestin pula
"Rakyat Gaza juga berhak menamatkan pertempuran dan perpindahan. Rakyat Gaza telah melalui kesengsaraaan," kata Presiden Joe Biden.
Gencatan senjata hanya lemahkan Israel - Gantz
Pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraannya, dakwa Gantz.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
JPJ Terengganu terima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya
JPJ Terengganu menerima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Lebih 17,000 saman dikeluarkan kepada pemandu warga asing sepanjang Februari - JPJ
Sebanyak 17,762 saman dikeluarkan terhadap pemandu warga asing ketika pelaksanaan Ops Khas sempena Tahun Baharu Cina, sepanjang bulan ini.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Filem 'Money Not Enough 3' kaut RM13.86 juta penangan Tahun Baharu Cina
Money Not Enough 3 menampilkan gandingan tiga sahabat, Mark Lee, Henry Thia dan Jack Neo sendiri di samping penampilan Patricia Mok dan Xiang Yun.
Konsep mesra penjaja meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Melaka
Ab Rauf berkata sambutan CNY malam tadi merupakan manifestasi kepada nilai kesepaduan dan kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.
14 pemandu bas gagal ujian air kencing Op Khas musim perayaan
JPJ mengesan 14 pemandu bas terlibat dalam penggunaan bahan terlarang pada Op Khas Kenderaan Awam bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.
JPJ keluar 781 notis kepada warga asing dalam Op Khas
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 781 notis saman atas pelbagai kesalahan terhadap warga asing di seluruh negara sepanjang 20 hari Op Khas Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 peringkat negeri di Dataran Warisan Taiping di sini hari ini.