KUALA LUMPUR: Tahap pendidikan yang rendah dalam kalangan mangsa merupakan antara cabaran yang dihadapi oleh Jabatan Peguam Negara dalam menyelesaikan kes melibatkan pemerdagangan orang.
"(Oleh itu), mereka senang jadi mangsa penipuan seperti kandungan kontrak yang diterima atau penjanjian dengan majikan seperti gaji dan seumpamanya. Malahan ada mangsa yang tidak tahu sama ada mereka memasuki negara ini secara sah atau tidak," kata Ketua Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam, Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Datuk Yusaini Amer Abdul Karim.
Dalam temu bual 'Cabaran Pendakwaan Terhadap Pesalah dan Sokongan Kepada Mangsa Pemerdagangan Orang' oleh Bernama Radio semalam, beliau berkata tindakan undang-undang terhadap tertuduh dalam kes sedemikian menemui jalan buntu apabila mangsa enggan memberi keterangan atau keterangan itu bercanggah.
"Ini terjadi kerana mangsa selalunya dipengaruhi untuk tidak menaruh kepercayaan terhadap pihak berkuasa selain diancam dengan pelbagai ugutan ke atas diri, keluarga atau orang yang rapat (dengan mereka)," katanya.
Bagi mengatasi pengaruh luar ini, mangsa pemerdagangan orang diberi perintah perlindungan yang dibiaya kerajaan atau badan bukan kerajaan dengan kebajikan mereka terjaga sepanjang tempoh memberi keterangan di mahkamah sebelum dihantar pulang ke negara asal.
Mangsa juga boleh dilindungi di bawah Program Perlindungan Saksi jika terdapat ancaman nyawa atau kes mereka melibatkan kegiatan jenayah oleh sindiket.
Yusaini Amer berkata program di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 yang menyaksikan mereka diletak di bawah jagaan pihak berkuasa kebiasaannya melibatkan warga tempatan.
"Ada juga keadaan identiti mereka akan diubah supaya mereka tidak boleh dikesan oleh sindiket yang mencari mereka bagi menggagalkan satu-satu kes pendakwaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 29 2021
![Tahap pendidikan rendah antara cabaran Jabatan Peguam Negara tangani kes pemerdagangan orang Tahap pendidikan rendah antara cabaran Jabatan Peguam Negara tangani kes pemerdagangan orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-05/61496239127_MangsaPemerdagangan.jpg)
Mangsa pemerdagangan orang diberi perintah perlindungan yang dibiaya kerajaan atau badan bukan kerajaan. - Foto fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Tahap pendidikan rendah antara cabaran Jabatan Peguam Negara tangani kes pemerdagangan orang Tahap pendidikan rendah antara cabaran Jabatan Peguam Negara tangani kes pemerdagangan orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-05/61496239127_MangsaPemerdagangan.jpg)
Tahap pendidikan rendah antara cabaran Jabatan Peguam Negara tangani kes pemerdagangan orang
Tahap pendidikan yang rendah dalam kalangan mangsa merupakan antara cabaran yang dihadapi oleh Jabatan Peguam Negara dalam menyelesaikan kes melibatkan pemerdagangan orang.
![Perkahwinan bawah umur dalam kalangan kanak-kanak lelaki berleluasa di seluruh dunia - PBB Perkahwinan bawah umur dalam kalangan kanak-kanak lelaki berleluasa di seluruh dunia - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/51560010438_UNICEFexecutivedir.jpg)
Perkahwinan bawah umur dalam kalangan kanak-kanak lelaki berleluasa di seluruh dunia - PBB
Kajian itu menyebut seorang daripada lima kanak-kanak lelaki, atau 23 juta orang, telah berkahwin sebelum berusia 15 tahun.