Tahap pencemaran sungai di Bandaraya Alor Setar kini berada pada Kelas Tiga, yang memerlukan rawatan intensif segera kerana tidak lagi boleh digunakan untuk bekalan air kepada penduduk.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga, Zamri Yusuf berkata pencemaran berlaku akibat sikap penduduk yang berterusan membuang sampah ke dalam sungai terutama yang menetap berhampiran sungai.
"Tahap kebersihan sungai dibahagikan hingga Kelas Lima, Kelas Tiga inilah yang kotor dan tidak sesuai digunakan untuk aktiviti seharian manakala Kelas Dua masih boleh digunakan.
"Kita boleh tukar sungai kita dari Kelas Tiga ke Kelas Dua dengan menjaga kebersihan sungai, namun apa yang merisaukan apabila Kelas Dua bertukar kepada Kelas Tiga dan inilah yang kita perlu beri perhatian," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Mengenai MoU itu katanya, UKM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dari empat daerah iaitu Padang Terap, Pendang, Kubang Pasu dan Alor Setar menjalankan kajian di sungai di setiap daerah berkenaan mengikut tiga fasa untuk tempoh enam bulan.
Zamri berkata, menerusi kajian UKM itu, pelbagai data akan dikumpul dan dianalisis untuk dijadikan asas kepada penulisan Pelan Tindakan Komuniti Lestari Lembangan Sungai Kedah 2020-2030 yang akan menjadi teras kepada pengukuhan aspek governan dan pengurusan Lembangan Sungai Kedah.
"Penyelidikan UKM bersama kerajaan negeri akan memperincikan sehingga kepada hidupan belakang batu dalam sungai untuk menentukan sungai terbabit berada di kelas berapa yang turut membabitkan kerjasama penduduk dan peniaga berdekatan sungai, pelajar sekolah serta PBT," katanya.
Sementara itu, katanya kerajaan turut merancang untuk melantik 1,500 penduduk untuk menjadi sukarelawan perkongsian air yang menjadi mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan mengenai kegiatan pencemaran sungai berhampiran kediaman masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2019
Pencemaran berlaku akibat sikap penduduk yang berterusan membuang sampah ke dalam sungai terutama yang menetap berhampiran sungai. - Foto: Facebook @ItsAseanSkyline
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Persatuan teksi setuju kerajaan haram kenderaan NGV, yakin dapat subsidi petrol khas
Gabungan Teksi Malaysia (GTM) menyokong keputusan kerajaan untuk mengharamkan kenderaan gas asli (NGV) berkuat kuasa 1 Julai 2025.
Lee Lam Thye terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah OUM
Tan Sri Lee Lam Thye dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan oleh Open University Malaysia (OUM) pada majlis konvokesyen ke-38 di sini hari ini.
Analisis lanjut bagi ketahui punca pencemaran Pantai Esen - Exco
Bendasing yang menyebabkan pencemaran Pantai Esen di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas dekat sini masih belum diketahui.
Selangor muktamadkan mekanisme mampan untuk meningkatkan amalan kitar semula - Amirudin
Kerajaan Selangor sedang memuktamadkan mekanisme mampan bagi meningkatkan amalan kitar semula di setiap kawasan kejiranan di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
EU tetapkan had pencemaran udara yang lebih ketat mulai 2030
Kira-kira 300,000 kematian setiap tahun di EU boleh dikaitkan akibat kesihatan pencemaran udara.
Sasar Sarawak Delta Geopark dapat pengiktirafan UNESCO menjelang 2026 - Abang Johari
Pengiktirafan Sarawak Delta Geopark kelak akan memberikan kesan positif kepada kualiti industri pelancongan Sarawak.
Sisa vape ancaman terbaharu kepada pantai - Aktivis
Bahan buangan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) termasuk peranti dan aksesori vape menjadi ancaman terbaharu kepada pantai.
Indonesia-UAE kerjasama memerangi pencemaran plastik di sungai
Kerjasama antara kerajaan pusat dan tempatan serta aktivis alam sekitar dan masyarakat juga amat penting.
Kemelut perubahan iklim tidak akan selesai jika dunia bersikap 'egosentrik' - Jokowi
Perubahan iklim memerlukan penyelesaian melalui usaha kerjasama yang melibatkan semua pihak di peringkat global.