Tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan pengusaha industri pelancongan termasuk operator bot di seluruh negara adalah baik, kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof.
Beliau berkata pengusaha industri pelancongan turut berperanan mengingatkan pengunjung di premis masing-masing supaya tidak mengabaikan SOP.
"Pematuhan SOP pengusaha industri pelancongan dipantau oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dan pihak berwajib yang lain. Pada masa yang sama Tourism Malaysia sentiasa memberikan peringatan mengenai SOP kepada semua pengusaha pelancongan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran MyCar sebagai e-hailing rasmi Langkawi Great Sale 2020 di pusat beli-belah IOI City Mall, di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Dr Hezri Adnan berkata tahap pematuhan SOP dalam kalangan pengusaha industri pelancongan di Langkawi adalah baik.
"Pemain industri pelancongan di Langkawi sangat memahami kepentingan SOP. Sebagai contoh untuk kereta kabel sebelum ini enam orang ditetapkan bagi setiap gondola. Namun kini jumlahnya dikurangkan kepada empat orang bagi membolehkan penjarakan fizikal," katanya lagi.
Kata Hezri, penandaan turut dibuat di banyak tempat bagi mengingatkan pengunjung di Langkawi tentang penjarakan fizikal.
Ditanya mengenai kedatangan pelancong ke pulau bebas cukai itu, Hezri berkata jumlah pelancong meningkat setiap bulan selepas perjalanan rentas negeri dibenarkan bermula Jun lepas.
"Pada Jun, kira-kira 82,000 orang mengunjungi Langkawi sementara pada Julai jumlahnya meningkat kepada 189,000 pengunjung.
"Jumlah ini dijangka meningkat bagi bulan Ogos namun angka tersebut masih belum dimuktamadkan pada waktu ini," katanya lagi.
Hezri berkata antara faktor peningkatan pengunjung ke Langkawi ialah pertambahan jumlah penerbangan yang kini mencecah 77 penerbangan setiap minggu dan peningkatan kekerapan perkhidmatan feri dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah pada hujung minggu.
Mengenai MyCar sebagai e-hailing rasmi Langkawi Great Sale, beliau berkata pengguna boleh menikmati kadar rata menerusi kod promosi khas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 06 2020
MUSA: Pengusaha industri pelancongan turut berperanan mengingatkan pengunjung di premis masing-masing supaya tidak mengabaikan SOP. - Bernama
AWANI Review: Power of Vulnerability - Why Openness Makes Better Leaders
Nick Jonsson, co-founder of Executives’ Global Network Malaysia and author of Executive Loneliness, explores the hidden struggles of leadership - loneliness and mental health. In conversation with Cynthia Ng, he reveals how embracing vulnerability and openness can transform leaders and organisations for the better.
2TM: Lebih 200,000 pengunjung direkodkan dalam dua hari
Lebih 200,000 pengunjung direkodkan menghadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.
Polis tahan enam lelaki disyaki terbabit sindiket jual air ketum
Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.
KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi
KPDN Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi.
Seorang lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel di Gaza, angka korban meningkat kepada 189
Mangsa, Wael Ibrahim Abu Quffa merupakan seorang wartawan dan pensyarah di Jabatan Kewartawanan dan Media, Universiti Islam Gaza.
Pahang berjaya peroleh kutipan hasil RM1.144 bilion
Ia membuktikan prestasi kepimpinan kerajaan negeri ini sangat cemerlang untuk setanding dengan negeri maju lain seperti Selangor dan Johor.
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Pendidikan | Pencemaran | Ekonomi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel lakukan serangan udara di Beirut
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk.
Tahap pematuhan SOP pengusaha industri pelancongan adalah baik - Tourism Malaysia
Pengusaha industri pelancongan turut berperanan mengingatkan pengunjung di premis masing-masing supaya tidak mengabaikan SOP.
Pelancongan jana RM41.69 bln kepada ekonomi negara
Malaysia mencatatkan pertumbuhan 6.8 peratus dalam pendapatan pelancongan kepada RM41.69 bilion bagi enam bulan pertama tahun ini berbanding RM39 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.