PUTRAJAYA: Kesejahteraan rakyat Malaysia meningkat 2.5 peratus pada 2022 apabila prestasi Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) mencatatkan 121.2 mata berbanding 118.3 mata pada 2021, yang disumbangkan oleh pertumbuhan positif dalam kesejahteraan ekonomi dan sosial, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, peralihan negara ke fasa endemik yang bermula April 2022 dengan pembukaan semula ekonomi secara berperingkat telah memberi impak positif kepada kedua-dua subkomposit itu.
Subkomposit kesejahteraan ekonomi merekodkan peningkatan 3.6 peratus pada 2022 kepada 130 mata berbanding 125.5 mata pada 2021, manakala subkomposit kesejahteraan sosial pula meningkat 1.8 peratus kepada 116.4 mata berbanding 114.3 mata pada 2021.
"Kesejahteraan rakyat Malaysia pada 2022 berada dalam fasa endemik dan pemulihan COVID-19," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mohd Uzir berkata pertumbuhan positif kesejahteraan rakyat Malaysia disumbangkan oleh peningkatan 11 daripada 14 komponen ekonomi dan sosial pada 2022.
Tiga komponen tertinggi yang menyumbang kepada peningkatan IKRM adalah hiburan dan rekreasi iaitu 20.8 peratus, pengangkutan (lapan peratus) dan kebudayaan 6.5 peratus, katanya.
Tiga komponen IKRM menunjukkan penurunan pula ialah keselamatan awam, tadbir urus dan penyertaan sosial, katanya.
Indeks Keselamatan Awam menurun disebabkan oleh peningkatan bilangan kemalangan jalan raya berikutan pembukaan semula sempadan serta aktiviti ekonomi, manakala tadbir urus menurun disebabkan oleh penurunan peratusan kes rasuah didakwa, peratus pengguna e-filing dan peratus kes yang diselesaikan oleh Biro Pengaduan Awam.
Komponen penyertaan sosial merekodkan penyusutan susulan daripada penurunan keahlian Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan bilangan pertubuhan bukan bermotif keuntungan berdaftar.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata secara keseluruhan prestasi Indeks Kesejahteraan Rakyat Negeri (IKRN) bagi kesemua negeri mencatatkan kenaikan mata indeks pada 2022.
Tiga negeri mencatatkan mata indeks tertinggi ialah Perlis dengan 2.9 mata indeks kepada 115.2 mata pada 2022 berbanding 112.3 mata pada 2021, diikuti Sarawak 2.8 mata indeks kepada 119.5 mata pada 2022 berbanding 116.7 mata pada 2021, dan Perak 2.4 mata indeks kepada 118.5 mata berbanding 116.1 mata pada 2021. - BERNAMA
Bernama
Sat Dec 02 2023

Mohd Uzir berkata, pertumbuhan positif kesejahteraan rakyat Malaysia disumbangkan oleh peningkatan 11 daripada 14 komponen ekonomi dan sosial pada 2022. - Gambar fail/Bernama

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Tahap kesejahteraan rakyat Malaysia meningkat 2.5 peratus pada 2022
Kesejahteraan rakyat Malaysia meningkat 2.5 peratus pada 2022 apabila prestasi IKRM mencatatkan 121.2 mata berbanding 118.3 mata pada 2021.