KUALA LUMPUR: Pembebasan dua rakyat Malaysia yang ditahan di kem tahanan Teluk Guantanamo sudah sekian lama tertangguh selepas dipenjarakan selama 21 tahun berhubung kejadian pengeboman Bali pada 2002 yang meragut 202 nyawa.
Bagaimanapun, peluang bagi mendapatkan tarikh kepulangan awal kini bergantung kepada komunikasi diplomatik di antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).
Kedua-dua rakyat Malaysia iaitu Mohamad Farik Amin, 48, dan Mohammed Nazir Lep, 47, telah ditahan di Thailand pada tahun 2003 tetapi tidak pernah menjalani perbicaraan sehingga 2024.
Pada penghujung Jan 2024 di bawah "plea bargain" atau tawaran terhadap pengakuan bersalah, kedua-duanya mencapai persetujuan dengan pendakwa raya di Teluk Guantanamo atas tuduhan menjadi "aksesori" kepada serangan pengganas di Bali dan hakim tentera AS Lt. Kol. Wesley A. Braun menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas mereka selepas perbicaraan singkat.
Selain itu, di bawah rundingan terbabit, kedua-dua mereka perlu memberi keterangan terhadap Encep Nurjaman yang juga dikenali sebagai Hambali dari Indonesia, bekas ketua gerakan Jemaah Islamiyah - sekutu Al-Qaeda - dan dalang pengeboman Bali.
Bernama memperoleh maklum balas eksklusif menerusi e-mel daripada seorang daripada peguam bela utama Christine Funk yang berkongsi pandangan mengenai kes itu serta menceritakan pengalaman pahit yang telah dilalui anak guamnya.
Funk mewakili Mohamad Farik yang juga dikenali sebagai "banduan no 21" di kem tahanan yang terletak di Pangkalan Tentera Laut Teluk Guantanamo di tenggara Cuba.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan Mohamad Farik pulang ke tanah air, beliau menyatakan bahawa anak guamnya menyedari komunikasi berterusan antara pasukan guamannya dan kerajaan Malaysia berhubung potensi penghantaran pulang awal.
Beliau berkata Mohamad Farik tidak sabar untuk menamatkan babak kehidupan yang mencabar ini secepat mungkin.
Funk juga berharap untuk melihat pengakhiran pengalaman pahit dan trauma yang dialami anak guamnya sejak ditahan.
Selepas ditahan, dia terpaksa melalui pelbagai penyeksaan, termasuk dipukul, ditahan tanpa dibenar melakukan sebarang komunikasi dengan keluarganya atau kerajaan Malaysia selama bertahun-tahun.
Mohamad Farik dibawa ke lokasi rahsia CIA, tempat dia telah menerima layanan kejam yang menggunakan teknik soal siasat yang amat keras dan kasar.
Menurut Funk pelbagai penderitaan dan keadaan mengerikan yang terpaksa dilalui anak guamnya, dengan menyatakan bahawa anak guamnya menjadi mangsa tindakan yang telah dikutuk oleh komuniti undang-undang antarabangsa sebagai kejam, menjatuhkan maruah dan tidak berperikemanusiaan.
Beliau berkata Mohamad Farik mengharungi keadaan yang amat teruk seperti dipaksa bersandar pada dinding dengan hanya dahi menyentuh dinding untuk tempoh yang lama atau mencangkung dengan batang penyapu di belakang lututnya.
"Didedahkan kepada cahaya terang dan bunyi secara berterusan untuk mewujudkan persekitaran tidak selesa dan digari, tangan dirantai di atas kepala menyebabkan dia tidak boleh berdiri tegak dan terpaksa membongkok.
"Ditinggalkan bersendirian, tanpa kemudahan tandas, dibiarkan dalam kegelapan selama berhari-hari," kata Funk.
Banyak lagi layanan tidak berperikemanusiaan terpaksa dilalui Mohamad Farik, termasuk dibogelkan untuk tempoh yang lama dan adakala langsung tidak dibenarkan mandi atau memberus gigi.
"Kadangkala dia diletakkan di atas tarp sebelum disiram dengan air sejuk pada badan dan hidung serta mulutnya menyebabkan dia hampir lemas - satu perbuatan yang digelar waterboarding.
Selama beberapa tahun kebelakangan ini, Mohamad Farik juga tidak diberikan hak komunikasi yang sepatutnya.
Sekarang hanya dibenarkan membuat empat panggilan telefon dalam setahun untuk menghubungi keluarganya dan setiap panggilan hanya diberikan selama 30 minit.
Kedua-dua tahanan Malaysia masih ditahan berasingan daripada banduan lain sejak mereka mula menjalani hukuman.
Apabila kembali kelak, mereka mungkin perlu menjalani rehabilitasi seperti yang dilaporkan oleh beberapa media AS.
Bernama turut menghubungi peguam Mohammed Nazir, Brian Bouffard, namun belum menerima sebarang maklum balas mengenai anak guamnya di Guantanamo Bay.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 25 2024
Mohamad Farik (kanan) dan Mohammed Nazir (kiri) telah ditahan di Thailand pada tahun 2003 tetapi tidak pernah menjalani perbicaraan sehingga 2024. -Foto Sinar Harian
[TERKINI] Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - Polis
Polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia hingga menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera selepas ditembak pasukan penguatkuasaan negara di perairan Tanjung Rhu, Banting.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Protes di kedutaan Malaysia susulan pekerja Indonesia ditembak mati
Bantahan di hadapan kedutaan malaysia di indonesia itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa Indonesia di wilayah Riau menerima mayat seorang pekerja asing berusia 50 tahun yang maut ditembak oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana didakwa menceroboh.
Metro Riyadh beri penyelesaian isu kesesakan trafik
Sistem Metro baharu Riyadh menyediakan alternatif yang lebih pantas dan berpatutan selain memandu melalui jalan raya yang sesak di bandar itu.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Operasi mencari pemandu jatuh ke dalam lubang tanah jerlus diteruskan
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, langkah keselamatan yang ketat turut diambil kira bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin semasa operasi dijalankan.
Bintang Smallville ditahan memandu dalam keadaan mabuk
Tom Welling ditahan polis hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
Hamas bebaskan askar wanita Israel
Agam Berger diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di kawasan Al-Razan di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza.
[TERKINI] Lebih 60 penumpang dikhuatiri maut nahas Black Hawk-American Airlines
Menurut Ketua Bomba Washington, John Donnelly menerusi sebuah sidang media pada Khamis, setakat ini, setakat ini hanya 28 mayat berjaya ditemui
Mangsa di Sarawak Sabah meningkat
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk dengan keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu meningkat kepada 11,886 orang setakat Khamis malam.
Nurin Hannani ditemukan selamat
Pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun yang dilaporkan hilang telah ditemukan selamat dan dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
Tahanan Teluk Guantanamo: '24 tahun tidak bertemu, tak sabar tunggu Nazir pulang' - Abang
Keluarga Mohammed Nazir Lep, 48 yang ditahan di Kem Guantanamo di Cuba dan sudah dihantar pulang ke Malaysia tidak sabar untuk bertemunya.
Amerika Syarikat serah 2 rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo
Amerika Syarikat (AS) telah menyerahkan dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba, sejak 2006.
Tahanan Malaysia di Teluk Guantanamo hitung hari untuk pulang, menanti usaha diplomatik
Apabila kembali kelak, mereka mungkin perlu menjalani rehabilitasi seperti yang dilaporkan oleh beberapa media AS.
Sedih, reda keputusan mahkamah - Najib Lep
Harapan masih disandarkan agar adiknya dan Mohammed Farik dapat menjalani hukuman di Malaysia dengan perbincangan masih dilakukan.
2 rakyat Malaysia dikaitkan pengeboman di Bali dipenjara 5 tahun lagi di Guantanamo
Juri tentera di Guantanamo Bay menjatuhkan hukuman penjara tambahan lima tahun ke atas dua rakyat Malaysia kerana bersubahat dalam pengeboman pengganas yang mengorbankan 202 orang di Bali.
Belum ada ketetapan bawa pulang 2 rakyat ditahan di Teluk Guantanamo - Saifuddin
Kerajaan masih belum membuat sebarang ketetapan untuk membawa pulang dua rakyat Malaysia yang ditahan di Penjara Teluk Guantanamo, Cuba.
AS perlu mohon maaf kepada tahanan Teluk Guantanamo
Layanan terhadap tahanan disifatkan sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan di bawah undang-undang antarabangsa.
Lebih 150 pertubuhan gesa Biden tutup Guantanamo
Lebih 150 pertubuhan mengutus surat kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menggesa beliau untuk "mengutamakan mengenai penutupan kem tahanan di Teluk Guantanamo, Cuba".
Malaysia pantau perbicaraan di Teluk Guantanamo - Saifuddin
Kerajaan memantau perbicaraan kes membabitkan dua rakyat Malaysia di Mahkamah Pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Teluk Guantanamo, Cuba, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Serangan bom: Dua rakyat Malaysia didakwa di Teluk Guantanamo
Nazir dan Farik antara ahli Jemaah Islamiyah yang ditahan di kem berkenaan sejak tahun 2006 bersama dalang tragedi pengeboman itu.