GEORGE TOWN: Seramai 528 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depoh Tahanan Sementara Relau, Bandar Baharu Kedah tidak mempunyai arah tujuan sewaktu melarikan diri dari pusat tahanan itu pagi tadi.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata kumpulan tersebut telah bergerak sejauh kira-kira 10 kilometer (km) dari pusat tahanan sebelum ditahan di (KM) 168 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan.
Mohd Shuhaily berkata, sebahagian besar mereka berjalan dalam keadaan berkaki ayam dengan ada yang mengendong bayi berusia kira-kira setahun selain terdapat warga emas.
Katanya, dengan tempoh kejadian yang sudah melebihi 12 jam, tahanan yang masih bebas dipercayai semakin keletihan dan berkemungkinan akan mendapatkan bantuan daripada awam.
"Mereka yang melarikan diri ini telah berjalan 10km sebelum mereka ditangkap, dan sekiranya saki baki yg kita kesan ini, mereka mungkin menuju ke arah selatan.
"Mereka bergerak dalam satu kumpulan besar (sebelum ini). Ada juga yang terlepas masuk balik dalam hutan, sebab itu kita ada jumpa enam lagi di Sungai Kerian hampir 12 jam dari tempoh kejadian," katanya di sini, hari ini.
BACA: 528 tahanan depoh imigresen lolos, 205 masih diburu, 6 maut nahas lebuh raya
BACA: Tahanan imigresen lolos: Penduduk terkejut bunyi bising, lihat tahanan keluar beramai-ramai
Beliau berkata, pihaknya turut meminta kerjasama daripada polis kontinjen Perak untuk mengesan saki baki tahanan masih bebas.
Dalam pada itu Mohd Shuhaily berkata, enam tahanan yang maut dirempuh kenderaan ketika cuba melintas lebuh raya dipercayai bergerak dalam satu kumpulan.
Ujarnya, mereka dilanggar sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 50-an yang tidak mengalami kecederaan namun masih terkejut dengan kejadian tersebut.
Ditanya sama ada keenam-enam mangsa sebuah keluarga, Mohd Shuhaily berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan polis juga sudah mendapatkan keterangan daripada salah seorang waris mangsa yang ditahan semula.
Dalam pada itu beliau berkata, kesemua tahanan itu sedang menunggu tempoh untuk dihantar pulang ke negara asal dan polis yakin mereka tidak akan bertindak agresif.
Sehubungan itu, pihaknya meminta kerjasama orang ramai supaya memujuk mereka menyerah diri atau segera menghubugi mana-mana balai polis berdekatan, jika terserempak dengan kumpulan terbabit.
Dalam pada itu, beliau berkata polis Pulau Pinang turut mengadakan tiga sekatan jalan raya bagi mengesan tahanan yang masih bebas iaitu masing-masing di Jalan Sungai Baung, Sungai Bakap; Jalan Tasek Valdor, Simpang Empat dan Jalan Kerian-Kedah.
Selain itu, polis juga tubuh menubuhkan sebanyak 17 pasukan tangkapan terdiri daripada empat pegawai dan 80 anggota selain bekerjasama dengan pihak berkuasa lain dalam mengesan tahanan yang masih bebas.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Apr 20 2022
![Tahanan imigresen lolos lari berkaki ayam 10km tanpa arah tujuan - Polis Tahanan imigresen lolos lari berkaki ayam 10km tanpa arah tujuan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650457973_PATIDepotImigres.jpg)
Polis berkata, sebahagian besar mereka berjalan dalam keadaan berkaki ayam dengan ada yang mengendong bayi berusia kira-kira setahun selain terdapat warga emas. - Gambar/ Sinar Harian
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
Pangkat atau jawatan tidak penting
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi anggotanya yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Pemilik sebuah rumah kebajikan didenda RM100
Individu didakwa di dua mahkamah Kuala Lumpur berkait kematian seorang pempengaruh TikTok dikenali Rajeswary atau Esha yang ditemukan meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa buli siber, 5 Julai lalu.
TERKINI] Timbalan Ketua Polis Perak dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu bermula hari ini.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
![Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.
![[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 [TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692062485_TBAstro.jpg)
[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
![Tujuh lagi pendatang tanpa izin lolos ditahan, 98 berjaya diberkas setakat ini Tujuh lagi pendatang tanpa izin lolos ditahan, 98 berjaya diberkas setakat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704537963_TBYUSRIHASSAN.jpg)
Tujuh lagi pendatang tanpa izin lolos ditahan, 98 berjaya diberkas setakat ini
Kesemua tangkapan itu dibuat oleh Pasukan Khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah bersama Pasukan Gerakan Am Briged Utara pada kira-kira 3 petang.
![Tahanan lolos di Bidor: 83 diberkas, 46 masih diburu setakat pagi Selasa Tahanan lolos di Bidor: 83 diberkas, 46 masih diburu setakat pagi Selasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707183266_TBTAHANANIMIGRESE.jpg)
Tahanan lolos di Bidor: 83 diberkas, 46 masih diburu setakat pagi Selasa
Daripada jumlah itu, 61 orang diberkas pihak polis manakala 22 lagi oleh pihak imigresen.
![Tahanan lolos di Bidor: Seorang maut kemalangan, tiga lagi diberkas Tahanan lolos di Bidor: Seorang maut kemalangan, tiga lagi diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706334701_MohdYusriHassanBa.jpg)
Tahanan lolos di Bidor: Seorang maut kemalangan, tiga lagi diberkas
Kejadian berlaku di Kilometer 332.5, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah.
![Tahanan lolos minta makanan, mahu pinjam telefon, wang penduduk Tahanan lolos minta makanan, mahu pinjam telefon, wang penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707081278_Tahananlolos.jpg)
Tahanan lolos minta makanan, mahu pinjam telefon, wang penduduk
Kehadiran tahanan disedari penduduk apabila mereka mahu pinjam telefon bimbit, makanan selain wang.
![Tahanan lolos di Bidor: 10 lagi ditahan semula setakat 5 petang Sabtu Tahanan lolos di Bidor: 10 lagi ditahan semula setakat 5 petang Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707045768_MohdYusribinHassa.jpg)
Tahanan lolos di Bidor: 10 lagi ditahan semula setakat 5 petang Sabtu
Seramai 10 lagi tahanan yang meloloskan diri dari Depot Sementara Imigresen Bidor pada Khamis, berjaya diberkas semula setakat pukul 5 petang Sabtu.
![Pendatang lolos di Bidor: 39 ditahan setakat 8 malam ini - Polis Pendatang lolos di Bidor: 39 ditahan setakat 8 malam ini - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71706978553_PolisDaerahTapah.jpg)
Pendatang lolos di Bidor: 39 ditahan setakat 8 malam ini - Polis
Sebanyak 39 daripada 131 pendatang asing tanpa izin yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis lepas, telah ditahan setakat 8 malam ini.
![Operasi kesan tahanan lolos di Bidor diteruskan malam ini Operasi kesan tahanan lolos di Bidor diteruskan malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51706885429_YusriHassanBasri.jpg)
Operasi kesan tahanan lolos di Bidor diteruskan malam ini
Mereka dibahagi kepada dua kumpulan dan laluan agak mencabar dengan keadaan tanah yang becak dan licin serta gelap.
![Tahanan penjara lolos ketika dapatkan rawatan di hospital Tahanan penjara lolos ketika dapatkan rawatan di hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689607922_tahananlolostahan.jpg)
Tahanan penjara lolos ketika dapatkan rawatan di hospital
Seorang tahanan penjara dilaporkan melarikan diri sewaktu mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap (HSB), Pulau Pinang pada petang Isnin.
![Polis sahkan ada tahanan lolos di lokap IPD Dang Wangi Polis sahkan ada tahanan lolos di lokap IPD Dang Wangi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688369337_DatukMohdShuhaily.jpg)
Polis sahkan ada tahanan lolos di lokap IPD Dang Wangi
Polis mengesahkan seorang tahanan telah meloloskan diri dari lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
![Tahanan lolos dari lokap balai berjaya ditahan semula Tahanan lolos dari lokap balai berjaya ditahan semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684490629_HANDCUFF.jpg)
Tahanan lolos dari lokap balai berjaya ditahan semula
Seorang daripada dua suspek warga asing yang melarikan diri dari lokap Balai Polis Tapah dekat sini Isnin lepas berjaya ditahan semula di sebuah kawasan kolam pancing di Jalan Kuching-Serian, 9 pagi t