KUALA LUMPUR : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengarahkan polis dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian tahanan etnik Rohingya melarikan diri pada Rabu.
Mengenai kejadian membabitkan 528 tahanan di Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap di Seberang Perai, Hamzah berkata, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil kepada mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara ini.
"Dalam hal ini, saya menegaskan bahawa Malaysia adalah negara yang tidak mengiktiraf status pelarian dan keberadaan pelarian dalam negara adalah hanya atas dasar kemanusiaan.
"Sehubungan itu, semua pihak termasuk warga asing yang berada di dalam Malaysia mesti mematuhi undang-undang negara ini," katanya dalam satu kenyataan Rabu malam.
Jelas beliau, semua agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah dikerahkan dalam operasi bersepadu bagi menahan semula kesemua tahanan yang melarikan diri.
"Kesemua 528 orang tahanan yang melarikan diri adalah merupakan pelarian etnik Rohingya yang telah dipindahkan dari Kem Wawasan Langkawi setelah ditangkap mencerobohi perairan negara dan melanggar Akta Imigresen pada tahun 2020 lalu," ujar beliau.
Terdahulu, seramai 382 daripada 528 tahanan yang melarikan diri telah ditahan semula oleh PDRM.
Polis masih giat mengesan baki tahanan dengan mengaktifkan beberapa sekatan jalan raya melibatkan Jalan Sungai Baung, Sungai Bakap; Jalan Tasek Valdor, Simpang Empat dan Jalan Krian-Kedah.
Nickyson Nyambar
Wed Apr 20 2022
Hamzah berkata, semua agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah dikerahkan dalam operasi bersepadu bagi menahan semula kesemua tahanan yang melarikan diri. - Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
KDN pertahan guna SOSMA dalam siasatan kes GISB
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertahan penggunaan SOSMA, dalam siasatan melibatkan GISB.
KDN cadang RUU tahanan rumah untuk individu direman
Rang undang-undang baharu berkaitan tahanan rumah hanya terpakai kepada individu yang dikenakan perintah tahanan reman, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Pembekuan permohonan kuota pekerja asing diteruskan - Saifuddin Nasution
Pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing diteruskan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Imigresen serbu pusat karaoke, 39 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
Siasatan kes GISB komprehensif, libatkan pelbagai peruntukan undang-undang
Siasatan polis terhadap kes GISB dijalankan secara komprehensif dari pelbagai sudut peruntukan undang-undang.
KDN sahkan seorang anggota polis ditahan kes tembakan di Song
Saifuddin Nasution dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengenai penglibatan anggota polis dalam insiden tersebut semasa lawatannya ke Sarawak.
KDN terima maklum balas berkaitan penggunaan kamera badan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima maklum balas baik berhubung projek rintis penggunaan kamera badan terhadap sebilangan pegawai dan anggota dalam pasukan keselamatan itu.
KDN lupus 5.8 tan metrik alat mainan seks bernilai RM1.3 juta
Proses sitaan dan pelupusan diputuskan melalui perintah mahkamah di bawah Seksyen 19(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.
Kecekapan, kredibiliti PDRM dapat selesaikan isu GISB - Saifuddin
Beliau berkata sekiranya jelas berlaku ekploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak, kesalahan seksual kanak-kanak mahu pun pemerdagangan manusia, tindakan perlu diambil.
Tujuh tahun ulang-alik JPN, wanita lega anak angkat dapat dokumen pengenalan diri
Selepas tujuh tahun berusaha mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk anak angkat perempuannya, seorang wanita menarik nafas lega apabila berjaya memperoleh kad pengenalan hari ini.