BANDAR BAHARU: Dua daripada keseluruhan empat dalang utama yang menyebabkan rusuhan sebelum berlakunya insiden 528 tahanan melarikan diri daripada Depot Imigresen Sementara Relau, pada Rabu berjaya ditahan pihak polis malam tadi.
Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, penahanan dua lelaki berusia 34 dan 30 tahun itu dibuat di kawasan pencarian sekitar depot tahanan berkenaan.
Tambahnya, dua lagi dalang berusia 21 dan 44 tahun yang masih lagi bebas kini diburu pihak polis bersama 86 lagi tahanan yang lain.
Beliau memaklumkan, kedua-dua dalang yang telah ditahan, disiasat di bawah Seksyen 147 dan Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.
“Siasatan sedang berjalan, Insya-Allah kita akan siapkan seberapa segera dan pada masa sama proses (mencari mereka yang bebas) ini (diteruskan),
"Suspek utama ini berumur 34 tahun dipercayai telah tiga tahun ditahun ditahan, (proses) pemindahan… dia yang akhir sekali adalah dari Semenyih pindah ke sini (Relau) dan sudah dipindahkan ke tempat tertentu (bagi proses penahanan dan soal siasat) dan kita akan usahakan yang terbaik supaya mereka yang terlibat dapat dituduh dan dipenjarakan," kata Wan Hassan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengikuti operasi pencarian baki tahanan Rohingya di Bukit Tok Non di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Wan Hassan memaklumkan, hasil soal siasat terhadap ketua dalang atau suspek utama mendapati mereka dipercayai melakukan rusuhan berkenaan kerana ditahan begitu lama di dalam ruangan atau tempat yang tidak selesa.
Tambahnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan isu kematian seorang banduan sehari sebelum kejadian berlaku menjadi titik permulaan atau pencetus pada kejadian rusuhan dan lolos yang berlaku pada 4.30 pagi, Rabu lalu.
"Secara tidak langsung, (berdasarkan soal siasat) mereka ini cakap mereka ditahan terlalu lama dan tempat (tahanan) itu agak sesak tetapi dia (suspek utama) tidak mahu cakap secara terperinci, tetapi kalau ikut kenyataan (tahanan) lain, mereka mengikut sahaja.
“Tetapi suspek utama yang menghasut supaya yang lain ikut sama (ini mungkin) adalah mungkin kerana ketidakselesaan,” kata beliau lagi.
Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G. Suresh Kumar berkata, polis telah mengenal pasti seorang lelaki etnik Rohingya berusia 30-an yang dipercayai menjadi dalang kepada insiden rusuhan yang berlaku di Depot Imigresen Sementara Relau pada Rabu.
Kata Suresh, rusuhan berkenaan berlaku sebelum kejadian 528 tahanan melarikan diri atau lolos dari depot berkenaan.
Abd Hadi Che Awang
Fri Apr 22 2022
Dua daripada keseluruhan empat dalang utama yang menyebabkan rusuhan sebelum berlakunya insiden 528 tahanan melarikan diri daripada Depot Imigresen Sementara Relau, pada Rabu berjaya ditahan pihak polis malam tadi, kata Wan Hassan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 tahanan etnik Rohingya lolos belum ditemukan
Seramai 61 tahanan etnik Rohingya yang lolos dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu pada 20 April lepas masih lagi belum ditemukan setakat 3 petang tadi.
Tahanan Imigresen lolos: RSM nasihat tahanan Rohingya yang masih bebas serah diri
Wakil RSM berkata, jika masih bebas, mereka akan terus berada di bawah pengawasan pihak berkuasa.
Tahanan Imigresen lolos: Pelarian Rohingya dilayan dengan baik - Hamzah
Kehadiran pelarian etnik Rohingya dilayan dengan baik walaupun Malaysia bukan negara yang menandatangani Konvensyen 1951 berkenaan Status Pelarian ataupun Protokol 1967.
MB Kedah anggap tahanan Rohingya lolos tidak ancam keselamatan penduduk
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menganggap tahanan etnik Rohingya yang masih bebas setelah melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen, tidak akan mengancam keselamatan penduduk.
Tahanan Imigresen lolos: Polis P. Pinang guna khidmat unit udara kesan pelarian
Polis Pulau Pinang percaya saki baki tahanan Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau, masih berada dalam kawasan di sekitar Seberang Perai Selatan.
Tahanan Imigresen lolos: Polis kenal pasti dalang rusuhan
PDRM telah mengenal pasti seorang lelaki etnik Rohingya berusia 30-an yang dipercayai menjadi dalang rusuhan di Depot Imigresen Sementara Relau.
Tahanan imigresen lolos: 'Penduduk sudah beri amaran jangan lintas lebuh raya'
Penduduk kampung yang terserempak dengan kumpulan tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Depoh Sementara Sungai Bakap di sini, sempat memberi amaran supaya mereka tidak melintas lebuh raya.
Tahanan imigresen lolos: Polis tubuh Pasukan Cantas, buru baki 171 PATI
Pihak IPK Kedah dan Pulau Pinang, masing-masing menubuhkan enam 'Pasukan Cantas' bagi memburu baki 171 tahanan yang masih lagi bebas.
Tahanan pecah pintu blok, gril penghadang sebelum melarikan diri - KP Imigresen
Gerakan mencari dan menangkap tahanan yang lari sedang giat dijalankan dengan kerjasama PDRM, RELA dan orang ramai.