Tabung Haji akan menanggung kos subsidi jemaah haji sebanyak RM200 juta pada tahun depan berbanding RM160 juta tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri menyifatkan kos tanggungan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memelihara dan terus menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia selain membantu umat Islam menyempurnakan Rukun Islam yang kelima itu.
"Meskipun kos pengurusan Haji meningkat saban tahun, sepertimana pada tahun hadapan yang meningkat kepada RM19,550 seorang, kadar bayaran Haji buat jemaah tidak berubah sejak 2009, masih kekal RM9,980 seorang.
"Malah, lebih daripada itu, Tabung Haji turut memberikan subsidi buat jemaah haji bagi membantu memudahkan lagi urusan mereka dalam menyempurnakan ibadah haji yang mabrur," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog rasmi beliau, najibrazak.com, hari ini.
Menurutnya urusan jemaah haji juga jauh lebih mudah dan ringkas melalui Tabung Haji, yang memberikan ruang buat umat Islam menyimpan wang secara beransur-ansur untuk melengkapkan perbelanjaan ke Tanah Suci Mekah.
Najib berkata Tabung Haji turut berperanan mengatur dan menguruskan pemergian jemaah haji ke Kota Mekah selain memastikan keselamatan, keselesaan dan kebajikan mereka terpelihara ketika menunaikan fardhu Haji.
"Menunaikan haji adalah sebahagian daripada rukun Islam dan kerajaan amat prihatin dan sedar bahawa umat Islam di Malaysia menyimpan hasrat mengunjungi tanah suci sebagai tetamu Allah SWT suatu hari nanti.
"Dahulu, umat Islam di Malaysia terpaksa menyimpan berpuluh tahun lamanya, ada yang terpaksa menjual barangan kemas, harta benda dan haiwan ternakan untuk mengumpul wang simpanan bagi menziarah tanah suci Mekah," kata beliau. -- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 28 2016
![Tabung Haji tanggung kos subsidi jemaah RM200 juta tahun depan - PM Najib Tabung Haji tanggung kos subsidi jemaah RM200 juta tahun depan - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479817647_TabungHaji.jpg)
Tabung Haji akan menanggung kos subsidi jemaah haji sebanyak RM200 juta pada tahun depan berbanding RM160 juta tahun ini. -Gambar fail
![116 terbunuh dalam rempuhan perhimpunan agama di India 116 terbunuh dalam rempuhan perhimpunan agama di India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719956228_victimsstampede.jpg)
116 terbunuh dalam rempuhan perhimpunan agama di India
"Orang ramai keluar berpusu-pusu dari tempat perhimpunan apabila ribut debu mengaburkan penglihatan mereka menyebabkan berlaku huru-hara dan insiden tragis itu."
![Semua penaja pendidikan Sabah digabungkan dalam portal PTPS - Hajiji Semua penaja pendidikan Sabah digabungkan dalam portal PTPS - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719920529_TBhajiji.jpg)
Semua penaja pendidikan Sabah digabungkan dalam portal PTPS - Hajiji
Sabah melakar sejarah apabila menggabungkan semua penaja utama dalam pendidikan di negeri itu di bawah satu platform dikenali Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS).
![Aktiviti jenayah siber di Telegram naik sebanyak 53 peratus pada Mei dan Jun 2024 Aktiviti jenayah siber di Telegram naik sebanyak 53 peratus pada Mei dan Jun 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713405340_telegramjpg.jpg)
Aktiviti jenayah siber di Telegram naik sebanyak 53 peratus pada Mei dan Jun 2024
Aktiviti jenayah siber di Telegram meningkat sebanyak 53 peratus pada Mei hingga Jun 2024 berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut data Perisikan Jejak Digital Kaspersky.
![Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716284352_AmirudinShari.jpg)
Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin
Kejayaan Selangor dalam menerajui sumbangan KDNK negara sebanyak 25.9 peratus, bukti keyakinan komuniti perniagaan serta rakyat terhadap pentadbiran negeri yang selari dengan kerajaan Persekutuan.
![Pusat Kecemerlangan Industri GiatMARA lahir pelatih mahir teknologi motosikal Pusat Kecemerlangan Industri GiatMARA lahir pelatih mahir teknologi motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719917654_TBGiatMara.jpg)
Pusat Kecemerlangan Industri GiatMARA lahir pelatih mahir teknologi motosikal
Pusat itu bakal menyediakan pelatih yang berkemahiran tinggi dalam teknologi motosikal berkuasa tinggi bagi memenuhi keperluan industri.
![PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719919203_TBSelasiah.jpg)
PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi
Dia suka mendengar perkataan 'turun mengundi' kerana itulah masa terbaik untuk dirinya bersiap ibarat mahu menyambut Hari Raya.
![Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719919577_TBAbRaufYusoh.jpg)
Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE
Kerajaan negeri menyasarkan 400 syarikat pengeksport di Melaka berdaftar dengan MATRADE bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan syarikat berkenaan.
![Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716281553_ManivananGowin.jpg)
Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca
Ia bagi mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.
![Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716397986_TBRISHIUK.jpg)
Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK
Tumpuan antarabangsa kali ini kepada pilihan raya umum United Kingdom (UK) yang dijadualkan esok (4 Julai).
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
![Tabung Haji tanggung kos subsidi jemaah RM200 juta tahun depan - PM Najib Tabung Haji tanggung kos subsidi jemaah RM200 juta tahun depan - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479817647_TabungHaji.jpg)
Tabung Haji tanggung kos subsidi jemaah RM200 juta tahun depan - PM Najib
Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan menanggung kos subsidi jemaah haji sebanyak RM200 juta pada tahun depan berbanding RM160 juta tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.