Memiliki kemudahan dan perkhidmatan pengurusan haji antara yang terbaik berbanding badan pengurusan haji yang lain dan diperakui oleh kerajaan Arab Saudi tidak membuatkan Tabung Haji (TH) berhenti 'menimba ilmu' daripada negara lain.
Ketua Pasukan Peneraju Kualiti (PPK) TH di Tanah Suci bagi musim haji 1439H, Mohd Rizzal Khalid berkata walaupun memiliki antara sistem pengurusan jemaah haji yang terkini, PPK masih berkunjung ke pusat-pusat pengurusan haji negara lain bagi tujuan penambahbaikan pengurusan haji bagi jemaah Malaysia.
"Kita percaya semua rombongan haji rasmi (negara) yang berada di Tanah Suci ini sentiasa melakukan penambahbaikkan untuk memastikan jemaah haji selesa ke arah mendapatkan haji yang mabrur. Jadi, kami selalu melakukan lawatan ke badan pengurusan haji negara lain seperti Indonesia, Turki dan India.
"Walaupun kita sudah memiliki sistem yang terkini, kita masih belajar lagi, kerana kita percaya setiap badan pengurusan haji mempunyai kekuatan mereka tersendiri. Walaupun kita sendiri didatangi untuk dipelajari, kita masih mempelajari insiatif negara lain yang berguna," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata kunjungan itu bertujuan melihat sekiranya ada elemen dan cara pengurusan jemaah haji negara lain yang boleh dijadikan contoh seterusnya dan diaplikasikan ke atas pengurusan jemaah Malaysia pada masa akan datang.
Katanya, PPK sentiasa melakukan penambahbaikkan kepada pengurusan jemaah haji Malaysia setiap tahun dalam memastikan jemaah menerima perkhidmatan yang selesa dan berkualiti daripada pengurusan TH.
"Selepas tragedi kren tumbang (di Masjidil Haram) pada 2015, kita telah membangunkan Pelan Pengurusan Bencana Operasi Haji sebagai satu penambahbaikan. Kita ada ERT (Pasukan Tindakan Kecemasan) peringkat pengurusan maktab.
"Kami juga memastikan bahawa pelan yang telah dibangunkan ini difahami di keseluruhan peringkat keselamatan sama ada daripada peringkat pengurusan maktab, petugas rombongan perubatan dan pembantu petugas haji.
Pada tahun ini, Mohd Rizzal berkata PPK telah melaksanakan projek perintis e-Borang Soal Selidik (eBSS) dengan kerjasama Pusat Operasi Teknologi Maklumat yang akan melibatkan kira-kira 100 responden yang terdiri daripada jemaah muassasah Malaysia.
"Jemaah yang terlibat akan mengisi borang itu secara elektronik. Kita akan tempatkan notebook di Pusat Perkhidmatan Pelanggan. Sebelum ini, kita hanya mengedarkan borang secara 'hard copy' kepada jemaah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 26 2018
PPK sentiasa melakukan penambahbaikan kepada pengurusan jemaah haji Malaysia setiap tahun dalam memastikan jemaah menerima perkhidmatan yang selesa dan berkualiti daripada pengurusan TH. - Gambar fail
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
[LAPOR LANGSUNG] Pengganti Hassan Nasrallah, Hashem Safieddine sasaran terbaharu Israel
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menjadikan Hashem Safieddine iaitu pengganti pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah sebagai sasaran baharu.
Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah rotan kanak kanak
Mohd Syahid Hanapiah mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
Impian penduduk Selangau miliki sekolah menengah baharu jadi kenyataan
Sekolah itu akan dibina di tanah berkeluasan 8.9 hektar, 79km dari Sibu dan dapat menempatkan 400 pelajar.
LHDN galak pembayar cukai manfaat sistem e-Perkhidmatan
Penggunaan e-Perkhidmatan bantu kurangkan masa dan kos perjalanan, selain menawarkan kemudahan akses kepada rekod dan dokumen pada bila-bila masa.
Kemudahan pendidikan bertaraf dunia mampu tingkatkan usaha Sarawak guna teknologi baharu
Rakyat Sarawak digesa meneroka dan melengkapkan diri dengan perkembangan global semasa bagi merealisasikan agenda itu.
Arab Saudi sedia perkhidmatan Wi-Fi untuk jemaah haji
Wi-Fi berkelajuan tinggi itu membolehkan jemaah melayari perkhidmatan elektronik kementerian dan memuat turunnya terus ke peranti pintar mereka.
Isu gangguan bekalan air, elektrik di Labuan berkurangan - Dr Zaliha
Namun begitu, perlu ada penambahbaikan yang berterusan bagi memastikan penduduk Labuan terus menikmati kemudahan asas ini dengan lebih baik.
Ketua WHO gesa perlindungan kemudahan penjagaan kesihatan semasa konflik
Ghebreyesus berkata kerosakan kemudahan penjagaan kesihatan dan kakitangan WHO telah menjadi norma, seperti yang dilihat di Gaza, Sudan dan Ethiopia.
Imigresen Johor cari pendekatan, formula tambah baik sistem CIQ BSI dan KSAB
Tindakan itu selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang dizahirkan baginda menerusi satu perbincangan pada Selasa.
Kolam terjun sekadar hiasan, bekas atlet tak minat turun padang
Hanya tiga negeri memenuhi keperluan sukan terjun antaranya Perak, Sarawak dan Kuala Lumpur.
PPR daya huni, KPKT laksana pelbagai penambahbaikan
Benarkah penghuni di situ dibelenggu pelbagai masalah sosial, jenayah, kebersihan mahupun kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak?
Pasar berusia lebih 50 tahun diutamakan untuk bina semula, naik taraf - Nga
Bangunan pasar yang melebihi tempoh berkenaan sudah usang dan perlu diberi perhatian bagi memastikan keselesaan peniaga dan orang awam.