SHAH ALAM: Pembentukan satu jawatankuasa kabinet atau jawatankuasa khusus perlu dipertimbangkan untuk meneliti proses menambah baik keseluruhan aset pertahanan negara.
Penasihat Kebajikan Keluarga Bekas Polis dan Tentera (POLTERA), Datuk Seri Erwan Mohd Tahir berkata, meskipun rakyat dimaklumkan tentang pelbagai perolehan aset terbaru yang dibeli, namun adakah pembelian tersebut berupaya menggantikan keseluruhan aset dan persenjataan negara yang sedia ada.
Beliau yang juga Ahli Majlis Eksekutif, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berkata, Malaysia sememangnya ada membuat pembelian melibatkan beberapa aset pertahanan seperti kapal selam, kapal tentera laut, helikopter tempur dan persenjataan lain.
Meskipun begitu, katanya, pembelian tersebut masih tidak berupaya menggantikan aset sedia ada yang mana kebanyakan aset keseluruhan pertahanan negara termasuk di darat, laut dan udara boleh dikategorikan sebagai 'usang'.
Menurutnya, ketika Malaysia berusaha memantapkan sistem pertahanannya, timbul pula isu ketirisan melibatkan proses pembelian aset dan antara isu paling hangat diperkatakan membabitkan kapal tempur pesisir (LCS).
“Isu seumpama ini bukan sahaja mengakibatkan imej Malaysia terjejas dari sudut pentadbiran, tetapi secara umumnya menyebabkan negara-negara jiran memandang remeh terhadap kesiap siagaan aset-aset pertahanan negara.
“Untuk itu, saya berpendapat bahawa satu jawatankuasa kabinet atau jawatankuasa khusus perlu diwujudkan bagi meneliti usaha penambah baik seluruh aset pertahanan.
“Ini mencakupi semua agensi penguatkuasaan dan keselamatan iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan agensi-agensi lain," katanya kepada Sinar Harian.
Erwan memberitahu, suatu yang pelik di Malaysia apabila 'orang awam' diberi kelayakan penuh dalam menguruskan proses perolehan sistem atau aset pertahanan negara.
Ini kerana, katanya, Menteri Pertahanan serta menteri lain yang terlibat dalam mentadbir kementerian bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan dan keselamatan negara adalah daripada kalangan orang awam.
Malah, menurutnya, Ketua-Ketua Setiausaha juga adalah daripada kalangan penjawat awam termasuk yang terlibat dalam meluluskan spesifikasi dan bajet perolehan.
“Bagaimana seluruh permintaan perolehan oleh end-user iaitu agensi-agensi pertahanan dan keselamatan diteliti malah diluluskan oleh orang awam?
“Kadang kala kita sebagai rakyat marhaen masih boleh melihat senjata-senjata api yang agak usang di tubuh seragam anggota polis yang bertugas,” ujar beliau. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 28 2023
![Syor tubuh jawatankuasa kabinet Syor tubuh jawatankuasa kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674873060_ShahalamPOLTERA.jpg)
Perolehan aset-aset keselamatan dan pertahanan negara perlu bersih dari amalan rasuah dan salah guna kuasa. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Erwan)
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Syor tubuh jawatankuasa kabinet Syor tubuh jawatankuasa kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674873060_ShahalamPOLTERA.jpg)
Syor tubuh jawatankuasa kabinet
Ketika Malaysia berusaha memantapkan sistem pertahanannya, timbul pula isu ketirisan melibatkan proses pembelian aset.
![120 ahli Bersatu Putrajaya keluar parti, kembali sertai UMNO 120 ahli Bersatu Putrajaya keluar parti, kembali sertai UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71633090878_UMNO.jpg)
120 ahli Bersatu Putrajaya keluar parti, kembali sertai UMNO
120 Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Putrajaya mengumumkan keluar daripada parti itu dan kembali menyertai UMNO.
![Bekas Ketua Bersatu Putrajaya kembali sertai UMNO, zahir sokongan kepada Ismail Sabri Bekas Ketua Bersatu Putrajaya kembali sertai UMNO, zahir sokongan kepada Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61633080029_UMNO.jpg)
Bekas Ketua Bersatu Putrajaya kembali sertai UMNO, zahir sokongan kepada Ismail Sabri
Erwan berkata, ia merupakan masa yang tepat untuk kembali ke pangkuan UMNO, selepas parti itu berjaya menyelesaikan polemik politik sebelum ini.
![Pengalaman luas bantu Muhyiddin tadbir negara dengan baik Pengalaman luas bantu Muhyiddin tadbir negara dengan baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51583108901_MuhyiddinYassin.jpg)
Pengalaman luas bantu Muhyiddin tadbir negara dengan baik
Rekod dan prestasi baik yang ditonjolkan Muhyiddin sebelum ini tidak dapat diragukan.