SEPANG: Syor menambah baik fungsi pengurusan dan pentadbiran mahkamah syariah di seluruh negara antara perkara dibincang dalam Mesyuarat Kali Pertama Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan (JKSK) yang berlangsung di sini selama dua hari dan berakhir esok.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata mesyuarat juga akan mengesyorkan untuk menambah hierarki mahkamah syariah sedia ada kepada empat peringkat berbanding tiga ketika ini iaitu mahkamah rendah, mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan.
"Besar harapan saya agar mesyuarat JKSK menjadi ruang kepada penambahbaikan mahkamah syariah secara keseluruhannya.
"Kerajaan MADANI yang menerajui pemerintahan negara sangat komited dalam usaha memperkasakan sistem kehakiman dan perundangan syariah," katanya kepada media selepas Sesi Khas Pertemuan dan Amanat bersama ahli JKSK di sini malam ini.
Beliau berkata syor atau perkara yang dibincang dalam mesyuarat itu akan diangkat menjadi resolusi untuk dibentangkan ke Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
"Resolusi akan dibawa ke MKI yang seterusnya akan diperkenan oleh Majlis Raja-Raja... jadi semua isu berkaitan kehakiman mahkamah syariah boleh diselaraskan," katanya.
JKSK adalah jawatankuasa di bawah MKI yang diperkenan oleh Majlis Raja-Raja dan pada Februari lepas, nama-nama ahli jawatankuasa telah diangkat untuk perkenan Pengerusi MKI ketika itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Baginda telah memperkenan pelantikan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada enam pakar undang-undang dan ahli akademik serta 14 wakil dari setiap negeri yang terdiri daripada Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri.
Mesyuarat Kali Pertama JKSK diadakan bagi mempertemukan ahli-ahli serta membincangkan gerak kerja, hala tuju dan menetapkan terma rujukan.
Penubuhan JKSK adalah langkah signifikan dalam usaha memperkukuh serta memperkembang perundangan syariah di Malaysia dan secara khusus berperanan meningkatkan serta memartabatkan sistem kehakiman syariah secara holistik selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan usaha berterusan kerajaan untuk mempertingkat bidang kuasa, status serta kewibawaan mahkamah syariah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024
![Syor tambah baik pentadbiran mahkamah syariah dibincang dalam mesyuarat pertama JKSK Syor tambah baik pentadbiran mahkamah syariah dibincang dalam mesyuarat pertama JKSK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717139547_MohdNaimMokhtar.jpg)
MOHD NA'IM: Besar harapan saya agar mesyuarat JKSK menjadi ruang kepada penambahbaikan mahkamah syariah secara keseluruhannya. - Gambar fail/BERNAMA
NRES komited terus perkasa pemantauan kualiti udara - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited terus memperkasakan pemantauan kualiti udara di seluruh negara termasuk secara langsung menerusi Sistem Pemantauan Pelepasan Berterusan (CEMS).
Lima diberkas pecah rumah, curi kabel di Kota Tinggi
Polis menahan lima individu dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri kabel di sebuah rumah di Kampung Sungai Rinting, Masai di Johor Bahru pada 4 Julai lepas.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Pakatan parti berhaluan kiri dijangka menangi pilihan raya Perancis Pakatan parti berhaluan kiri dijangka menangi pilihan raya Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720455046_TBFrance.jpg)
Pakatan parti berhaluan kiri dijangka menangi pilihan raya Perancis
Pakatan parti-parti berhaluan kiri - Barisan Popular Baharu (NFP) - memenangi pusingan kedua pilihan raya Perancis dan dijangka memperoleh antara 175 dan 205 kerusi di Dewan Rakyat.
![Presiden Korea Selatan bincang hubungan Korea Utara-Rusia di sidang kemuncak NATO Presiden Korea Selatan bincang hubungan Korea Utara-Rusia di sidang kemuncak NATO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717061182_YoonSukYeol.jpg)
Presiden Korea Selatan bincang hubungan Korea Utara-Rusia di sidang kemuncak NATO
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol akan melawat Amerika Syarikat (AS) pada Isnin untuk menghadiri sidang kemuncak NATO di Washington.
![Lima diberkas pecah rumah, curi kabel di Kota Tinggi Lima diberkas pecah rumah, curi kabel di Kota Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720433224_HussinZamora.jpg)
Lima diberkas pecah rumah, curi kabel di Kota Tinggi
Polis menahan lima individu dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri kabel di sebuah rumah di Kampung Sungai Rinting, Masai di Johor Bahru pada 4 Julai lepas.
![Indonesia sasar jadi destinasi penempatan modal Indonesia sasar jadi destinasi penempatan modal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718345868_JAKARTA.jpg)
Indonesia sasar jadi destinasi penempatan modal
Kerajaan Indonesia sedang melaksanakan inisiatif strategik untuk menubuhkan pejabat keluarga, entiti persendirian yang bertujuan menguruskan urusan perniagaan keluarga mewah, lapor Xinhua.
![Polis tahan suspek serangan arson rumah wartawan di Sumatera Utara Polis tahan suspek serangan arson rumah wartawan di Sumatera Utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720446855_TBpolri.jpg)
Polis tahan suspek serangan arson rumah wartawan di Sumatera Utara
Polis Indonesia menahan dua suspek berhubung serangan arson yang mengorbankan wartawan Tribrata TV Rico Sempurna Pasaribu dan tiga ahli keluarganya pada 27 Jun di Daerah Karo.
![KPDN Kulim sita 222 kg minyak masak peket KPDN Kulim sita 222 kg minyak masak peket](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720432985_MinyakMasakPaket.jpg)
KPDN Kulim sita 222 kg minyak masak peket
KPDN Kulim menyita 222 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi yang dipercayai 'disorokkan' di sebuah premis di Taman Makmur dekat Kulim, semalam.
![Syor tambah baik pentadbiran mahkamah syariah dibincang dalam mesyuarat pertama JKSK Syor tambah baik pentadbiran mahkamah syariah dibincang dalam mesyuarat pertama JKSK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717139547_MohdNaimMokhtar.jpg)
Syor tambah baik pentadbiran mahkamah syariah dibincang dalam mesyuarat pertama JKSK
Mesyuarat juga akan mengesyorkan untuk menambah hierarki mahkamah syariah sedia ada kepada empat peringkat berbanding tiga ketika ini.