SHAH ALAM: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengangkat cadangan Tan Sri Mohamed Nazir Tun Razak bersama 54 individu yang lain untuk menubuhkan ‘Better Malaysia Assembly’ atau Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik.
Menurutnya, Malaysia perlu bangun dengan rombakan progresif kepada sistem negara terutamanya pada pembentukan dasar, reformasi dan kenegaraan.
“Kumpulan yang menyokong ‘Better Malaysia Assembly’ adalah terdiri daripada ahli-ahli yang berpengalaman dan bukannya calang-calang.
“Antara 54 individu yang menyokong ‘Better Malaysia Assembly’ adalah Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, Tan Sri Azman Mokhtar, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, Nur Qyira Yusri, Dr Khor Swee Kheng, Vinesh Sinha, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Razak, Nadhir Ashafiq dan beberapa lagi golongan bijak pandai yang mahu menyumbang untuk negara.
“Ia adalah pendekatan yang boleh diambil kira dalam merangka jalan Malaysia ke hadapan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.
BACA: Better Malaysia Assembly: Time for a New Reset
BACA: Tubuh majlis musyawarah untuk beri cadangan kepada Parlimen - Nazir Razak
Mengulas lanjut, Syed Saddiq percaya dengan semangat, idea dan pengalaman daripada ahli-ahli perhimpunan tersebut dapat menyelesaikan punca akar yang telah lama membelenggu negara ini.
Tambahnya, negara hanya boleh berdiri jika rakyat bersatu padu dan sebulat suara.
Beliau akan sentiasa berusaha untuk membawa Malaysia lebih maju dengan politik yang lebih demokratik, ekonomi lebih dinamik dan sosial yang lebih harmoni.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Nov 28 2021
![Syed Saddiq sokong tubuh Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik Syed Saddiq sokong tubuh Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71638140765_SyedSaddiq.jpg)
SYED SADDIQ: Ia adalah pendekatan yang boleh diambil kira dalam merangka jalan Malaysia ke hadapan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Malaysia yang lebih baik: Membangunkan demokrasi kita Malaysia yang lebih baik: Membangunkan demokrasi kita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644827359_MalaysiaEkonomi.jpg)
Malaysia yang lebih baik: Membangunkan demokrasi kita
BMA sebenarnya menyeru Malaysia supaya memperkenalkan demokrasi berperundingan, salah satu topik terkini dalam kajian dan aplikasi konsep demokrasi.
![Pemilihan anggota BMA libat PM, Ketua Pembangkang, rakyat - Nazir Razak Pemilihan anggota BMA libat PM, Ketua Pembangkang, rakyat - Nazir Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619100786_NazirRazak.jpg)
Pemilihan anggota BMA libat PM, Ketua Pembangkang, rakyat - Nazir Razak
Beliau tampil memberikan penjelasan susulan terdapat salah anggap dengan penubuhan BMA.
![Cadangan Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik ganggu sistem demokrasi Cadangan Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik ganggu sistem demokrasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81638140782_SyedPaie.jpg)
Cadangan Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik ganggu sistem demokrasi
Katanya, Parlimen memainkan peranan sebagai mekanisme semak dan imbang dalam pentadbiran negara.
![Syed Saddiq sokong tubuh Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik Syed Saddiq sokong tubuh Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71638140765_SyedSaddiq.jpg)
Syed Saddiq sokong tubuh Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik
Malaysia perlu bangun dengan rombakan progresif kepada sistem negara terutamanya pada pembentukan dasar, reformasi dan kenegaraan.
![Nazir Razak, 54 tokoh cadang wujudkan Better Malaysia Assembly Nazir Razak, 54 tokoh cadang wujudkan Better Malaysia Assembly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81605427292_kualalumpur.jpg)
Nazir Razak, 54 tokoh cadang wujudkan "Better Malaysia Assembly"
Nazir berkata platform yang mereka cadangkan itu merupakan langkah pertama dalam membina semula Malaysia.