SHAH ALAM: Cadangan penubuhan Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik untuk menasihati Parlimen mengenai hal berkaitan pentadbiran kerajaan akan mengganggu dan menggugat sistem demokrasi negara.
Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Syed Hamzah Syed Paie Al-Yahya berkata, ini kerana Parlimen memainkan peranan sebagai mekanisme semak dan imbang dalam pentadbiran negara.
Oleh itu, menurut beliau, ia harus beroperasi secara bebas, tanpa campur tangan pihak luar.
Pada Khamis, media melaporkan, Pengerusi Ikhlas Capital, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak bersama 54 orang lagi tokoh masyarakat, bekas pemimpin dan tokoh korporat bergabung tenaga membentuk apa yang dinamakan Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik untuk berbincang, berbahas dan mengemukakan idea-idea dan syor ke arah Malaysia yang lebih baik pada masa hadapan.
BACA: Nazir Razak, 54 tokoh cadang wujudkan "Better Malaysia Assembly"
BACA: Syed Saddiq sokong tubuh Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik
Kumpulan ini yang bakal berkolaboratif secara musyawarah selama dua tahun akan membentangkan syor atau cadangan tentang bagaimana demokrasi, institusi dan ekonomi negara kita harus berfungsi dengan lebih baik dan berkesan.
Syed Hamzah turut membangkitkan tujuh persoalan kepada pihak yang mencadangkan perkara tersebut:
1. Mengapa mahu wujudkan platform elit untuk reset negara? Adakah Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang direstui oleh Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang dipilih oleh rakyat negara ini tidak cukup kuat?
2. Kalau pemilihan Ahli Majlis ini melalui penglibatan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang, maka atas jaminan apa bahawa ahli ini bebas daripada komposisi parti politik? Kalau perkara ini berlaku, maka sebaiknya perkukuhkan sahaja peranan Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA).
3. Bukankah negara sudah ada Majlis Pemulihan Negara yang diiktiraf oleh Parlimen yang kini sedang rancak merancang dan merangka cadangan pemulihan negara. Jadi, apa perlu kita tubuh satu majlis atau kaukus lain pula yang peranannya jelas bertindan? Majlis Pemulihan ini juga 90 peratus dianggotai oleh professional non-partisan. Bahkan peranan dan tugasan majlis ini hampir sama dengan Majlis Pemulihan Negara. Kalau mahu maka kita perkasakan lagi Majlis Pemulihan Negara ini daripada wujudkan yang baharu.
4. Dengan cuba melibatkan Majlis Raja-Raja dengan urusan pentadbiran negara dan urusan Parlimen secara langsung melalui arahan penubuhan Majlis ini bukankah ini sudah melanggar prinsip asas Raja Berperlembagaan negara ini?
5. Apa rasionalnya cadangan ini diangkat terus dan secara khalayak kepada Yang Di-Pertuan Agong sedangkan kita tahu Seri Paduka Baginda adalah ketua tertinggi, pelindung dan payung perlembagaan dan rakyat jelata. Tidakkah dengan mencadangkan secara langsung dan terbuka sebegini adalah langkah tidak beradab kepada Seri Paduka Baginda yang telah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai memandu negara?
6. Budaya elit ini kalau dibiarkan untuk diamalkan maka bukankah akan membuka ruang kepada rakyat untuk melibatkan Seri Paduka Baginda dan institusi beraja kepada konflik pentadbiran negara oleh semua pihak di pelbagai peringkat pada masa akan datang? Patutkah budaya baharu yang hendak diwujudkan oleh golongan elit ini harus dihentikan demi memelihara kesucian institusi beraja kita?
7. Kalau Majlis ini tiada kuasa eksekutif dan tidak diikat dengan mana-mana kuasa eksekutif seperti yang dicadangkan, maka perlu apa disembah kepada Seri Paduka Baginda dan perlu apa melibatkan Majlis Raja-Raja? Silakan saja Majlis ini bersidang dan hantarkan usul dan cadangan mereka langsung kepada Perdana Menteri, kerajaan, semua ahli Parlimen, Majlis Pemulihan Negara. Atau paling senang jadikan saja usul mereka sebagai manifesto pilihan raya dan bertanding saja dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dengan agenda reset mereka sebagai manifesto parti baharu. Bukankah ini cara yang paling sah kalau mahu terlibat dengan urusan pentadbiran negara di Malaysia?
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Nov 28 2021
![Cadangan Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik ganggu sistem demokrasi Cadangan Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik ganggu sistem demokrasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81638140782_SyedPaie.jpg)
Syed Hamzah membangkitkan tujuh persoalan kepada pihak yang mencadangkan penubuhan Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Cadangan Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik ganggu sistem demokrasi Cadangan Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik ganggu sistem demokrasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81638140782_SyedPaie.jpg)
Cadangan Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik ganggu sistem demokrasi
Katanya, Parlimen memainkan peranan sebagai mekanisme semak dan imbang dalam pentadbiran negara.
![Syed Saddiq sokong tubuh Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik Syed Saddiq sokong tubuh Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71638140765_SyedSaddiq.jpg)
Syed Saddiq sokong tubuh Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik
Malaysia perlu bangun dengan rombakan progresif kepada sistem negara terutamanya pada pembentukan dasar, reformasi dan kenegaraan.