KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM1.1 juta di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis.
Ahli Parlimen Muar itu membuat pengakuan tersebut dari kandang tertuduh dalam prosiding yang bermula pukul 9 pagi ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Syed Saddiq mengaku tidak bersalah 2 tuduhan pecah amanah
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada), menggunakan kapasiti yang telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas dana Armada, telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas dana tersebut, di mana tertuduh dengan curangnya telah membuat pengeluaran tunai berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu.
Kejadian didakwa berlaku di Menara CIMB, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral pada 6 Mac tahun lalu.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Sementara itu bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14 ).
Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan sehingga lima tahun atau sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Faridz Gohim Abdullah dan Timbalan Pendakwsa Raya SPRM, Muhammad Asraf Mohamed Tahir.
Dalam permohonan, pendakwaan menawarkan ikat jamin RM500,000 dan memintah mahkamah mengeluarkan perintah sekatan terhadap tertuduh daripada mengeluarkan kenyataan berhubung pertuduhan kepada media termasuk media sosial, selain menahan pasport serta perlu melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran sebulan sekali.
Tertuduh yang diwakili peguam bela Gobind Singh Deo, Datuk Ambiga Sreenevasan, dan Haijan Omar membantah permohonan pendakwaan dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.
Bagi pertuduhan pertama, Hakim Azura Alwi membenarkan tertuduh diikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan syarat tambahan, tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
Sementara bagi pertuduhan kedua, mahkamah menetapkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula bagi kedua-dua kes pada 10 September ini untuk penyerahan dokumen.
Ketika ditemui pemberita di perkarangan kompleks mahkamah itu, Syed Saddiq berkata beliau memberi kepercayaan sepenuhnya kepada peguam Gobind Singh Deo dan Datuk S. Ambiga untuk mengendalikan kes itu.
"Saya akan membuat siaran langsung di akaun Facebook saya pada pukul 8 malam ini berhubung kes ini," katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Muar itu membayar jaminan RM80,000 daripada jumlah keseluruhan RM330,000 yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen bagi kedua-dua pertuduhan.
Umavathi Ramayah
Thu Jul 22 2021
![Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan pecah amanah Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan pecah amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626917928_TBsyedsaddiq.jpg)
Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan nilai lebih RM1.1 juta di Mahkamah Sesyen pagi ini. -Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Syed Saddiq dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Taiwan Syed Saddiq dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715746840_TBsyedsaddiqjpg.jpg)
Syed Saddiq dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Taiwan
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.
![Pengampunan Najib: Syed Saddiq dakwa ramai pemimpin lepas tangan Pengampunan Najib: Syed Saddiq dakwa ramai pemimpin lepas tangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707215869_TBSYEDSADDIQ.jpg)
Pengampunan Najib: Syed Saddiq dakwa ramai pemimpin lepas tangan
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa bahawa kerajaan terlibat dalam proses pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh Lembaga Pengampunan.
![Kerajaan digesa bawa usul pencen ahli politik di Parlimen, DUN - Syed Saddiq Kerajaan digesa bawa usul pencen ahli politik di Parlimen, DUN - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706503931_TBSYEDSADDIQjpg.jpg)
Kerajaan digesa bawa usul pencen ahli politik di Parlimen, DUN - Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan membawa usul pemansuhan pencen ahli politik peringkat Persekutuan dan negeri di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
!['Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida 'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699588929_TBSyedSaddiqjpg.jpg)
'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida
Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin muda yang menunjukkan sikap berani, kata Zuraida Kamaruddin.
![Syed Saddiq bebas atau bersalah, diketahui Khamis ini Syed Saddiq bebas atau bersalah, diketahui Khamis ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699352271_SyedSaddiqSyedAbd.jpg)
Syed Saddiq bebas atau bersalah, diketahui Khamis ini
Nasib Syed Saddiq sama ada dilepaskan atau disabitkan atas empat pertuduhan akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, pada Khamis.
![Syed Saddiq dakwa peruntukan ditarik balik selepas keluar Kerajaan Perpaduan Syed Saddiq dakwa peruntukan ditarik balik selepas keluar Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688275859_SyedSaddiq.jpg)
Syed Saddiq dakwa peruntukan ditarik balik selepas keluar Kerajaan Perpaduan
Menurutnya, beliau mendapat pengesahan itu daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) sendiri.
![PN alu-alukan Syed Saddiq sertai parti - Tuan Ibrahim PN alu-alukan Syed Saddiq sertai parti - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694677512_TBMASHUP.jpg)
PN alu-alukan Syed Saddiq sertai parti - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, mereka terbuka untuk menerima mana-mana Ahli Parlimen terutamanya yang berprinsip.
![Hipokrit! - kata Syed Saddiq kepada kerajaan Hipokrit! - kata Syed Saddiq kepada kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659782595_TBSYEDSADDIQ.jpg)
"Hipokrit!" - kata Syed Saddiq kepada kerajaan
Tegasnya, sebelum ini dilaungkan mahu lawan rasuah, tidak akan gugurkan kes dan mahu penjarakan kleptokrat namun hari ini berbeza pula.
![Hero rakyat Malaysia sekarang ialah YB Muar - Shahidan Hero rakyat Malaysia sekarang ialah YB Muar - Shahidan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694486519_ShahidanKassim.jpg)
Hero rakyat Malaysia sekarang ialah YB Muar - Shahidan
PN meminta Peguam Negara untuk menjelaskan keputusana pembebasan tersebut kerana ramai yang sudah buka mulut, membincangkan kes tersebut.
![Syed Saddiq ditempatkan di blok pembangkang - Johari Syed Saddiq ditempatkan di blok pembangkang - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694429768_TBSYEDSADDIQ.jpg)
Syed Saddiq ditempatkan di blok pembangkang - Johari
Ahli Parlimen Muar ,Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan ditempatkan di blok pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat mulai esok susulan keputusannya untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.