KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Syed Husin Ali meninggal dunia pada usia 87 tahun awal pagi ini.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang memuat naik khabar duka berkenaan di akaun media sosialnya, turut memaklumkan Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 18 Jun lalu.
"Saya telah menziarah Allahyarham di Hospital Selayang pada Khamis lepas. Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada Hari Raya Haji kedua lalu.
"Allahyarham banyak berjasa kepada parti dan rakyat, telah menerbitkan banyak buku termasuk 'Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara' yang mengisahkan pengalaman beliau ditahan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) serta 'Sejarah dan Dasar Perjuangan KEADILAN', dan banyak terlibat dalam pelbagai pilihan raya selain lama berjuang dalam politik tanah air," kata Fahmi.
Terdahulu, keadaan Allahyarham dilaporkan kritikal dan tidak sedarkan diri.
Perkara itu dikongsikan anaknya, Muhammad Ali yang memaklumkan bahawa keadaan kesihatan ayahnya itu merosot secara tiba-tiba.
Semasa hayatnya, Allahyarham yang juga bekas Timbalan Presiden PKR pernah berkhidmat sebagai Senator Dewan Negara, Presiden Parti Rakyat Malaysia dan profesor di Universiti Malaya.
Dilahirkan di Batu Pahat, Johor, pada 23 Sept 1936, Syed Husin banyak terlibat dalam pelbagai pilihan raya selain merupakan antara tokoh senior dalam politik tanah air.
"Syed Husin seorang yang pandangannya cukup dihormati dalam parti dan sering menjadi rujukan para pimpinan.
"Beliau seorang penyabar, lemah lembut, tegas dalam bab disiplin dan banyak menyampaikan nasihat termasuk kepada diri saya sendiri.
"Semoga Allah mengampuni segala dosa Allahyarham dan menempatkan rohnya di kalangan orang-orang beriman," tambahnya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, jenazah Syed Husin akan disolatkan di Masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya pagi ini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Kota Damansara.
Syed Husin adalah seorang bekas profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya pada 1985 hingga 1990 dan dikurniakan tiga orang anak, hasil perkahwinan dengan Sabariah Abdullah.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Kerajaan, Batu Pahat pada 1946 hingga 1953 sebelum meneruskan pelajaran di Kolej Inggeris, Johor Bahru (1954-1955).
Beliau juga adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Malaya (UM), Singapura (1956-1959), Master UM, Singapura (1963) dan Doktor Falsafah (PhD) (Sosiologi dan Antropologi) di London School of Economics and Political Science, United Kingdom pada 1972.
Dalam kerjaya, Syed Husin juga pernah menjadi Pegawai Penyelidik Sementara, Agensi Kesusasteraan Bahasa pada 1959 dan Profesor Pengajian Pembangunan Manusia, Institut Pengajian Lanjutan, UM pada 1982 hingga 1985.
Syed Husin memulakan perjalanan politiknya dengan menjadi ahli Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada 1960 sebelum bintangnya bersinar dan berjaya menjawat jawatan presiden parti itu pada 1990 hingga 2001 sebelum PRM bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (keADILan) pada Ogos 2003 dan membentuk KeAdilan.
Pada pemilihan PKR pada 2004, beliau menang dengan 794 undi untuk jawatan Timbalan Presiden dan mengekalkan jawatan itu pada 2007 selepas menang tanpa bertanding.
Syed Husin yang dipilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi tempoh 2009-2015 sebagai Senator Dewan Negara, telah menghasilkan pelbagai buku antaranya Social Stratification in Kampung Bagan (1966), Malay Peasant Society and Leadership (1975), Kemiskinan dan Kelaparan Tanah di Kelantan (1978), The Malays, Their Problems and Future (1981), Poverty and Landlessness in Kelantan, Malaysia (1983), Ethnicity dan Class and Development, Malaysia (1984).
Astro Awani
Fri Jun 28 2024

Syed Husin Ali meninggal dunia pada usia 87 tahun awal pagi ini.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

Kerajaan pastikan keserasian penubuhan SEGiM dengan penyelarasan RUU Pekerja Gig
Kerajaan berhasrat memastikan keserasian penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) seiring dengan penyelarasan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

HAWANA 2025 diadakan Jun ini - Fahmi
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 akan diadakan pada Jun ini, dengan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah.

Tiada lagi tindakan MCMC terhadap trio DJ Era FM, harap jadi pengajaran untuk semua - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, ketiga-tiga penyampai tersebut sudah melalui pelbagai perkara seperti siasatan dan sebagainya.

Menteri, timbalan menteri ucap selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025
Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri mengucapkan selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025 yang disambut di seluruh dunia hari ini.

Dikurnia gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang diterimanya hari sebagai satu suntikan semangat.

Hari Wilayah 2025: Dr Zaliha, Fahmi antara 32 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat
Dr Zaliha Mustafa dan Fahmi Fadzil, merupakan antara 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 hari ini.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

Hindari fitnah, penyebaran berita palsu di bulan Ramadan - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyeru seluruh umat Islam menjauhkan diri daripada segala bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu sempena Ramadan.

Penjawat awam boleh pilih waktu bekerja fleksi sepanjang Ramadan - Fahmi
Penjawat awam dibenarkan memilih waktu kerja fleksi sepanjang Ramadan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.