PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia dinasihatkan supaya mewujudkan satu duluan antarabangsa dengan memulakan prosiding perundangan di mahkamah tempatan terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan genosid.
Dalam ucaptamanya di Hari Memperingati Genosid 2024 (GMD) pada Ahad, bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar berkata Malaysia perlu menimbangkan untuk melakukan intervensi secara konsisten dan menggunakan langkah perundangan bagi menyokong rakyat Palestin dalam kerangka perundangan antarabangsa.
Beliau berkata negara ini mesti memberi tekanan kepada pendakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Karim Khan untuk melaksanakan siasatan terhadap jenayah dilakukan Israel dengan lebih serius.
"Saya telah berbincang dengan sejumlah pakar perundangan, dan mereka menjelaskan kepada saya bahawa pemimpin Israel boleh dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Malaysia oleh Peguam Negara sama ada bagi pihak mangsa di Gaza yang boleh dibawa ke Malaysia untuk rawatan atau rakyat Malaysia yang berada di Gaza semasa genosid," katanya.
Syed Hamid merupakan tetamu di GMD 2024 yang didedikasikan untuk memperingati dan meningkatkan kesedaran mengenai sikap tidak berperikemanusiaan sesama manusia yang berlangsung di Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia, di sini pada Ahad.
Beliau berkata ICC cuba mengelak daripada menjalankan tanggungjawabnya secara serius dalam isu Palestin, tidak seperti tindakan segera dilakukannya di Ukraine.
Beliau berkata walaupun Malaysia bukan sebahagian daripada pihak dalam Statut Rom, dan maka dalam perhimpunan negara-negara yang menyertai perjanjian itu, mereka masih boleh menunjukkan dwistandard pihak pendakwaan dan siasatan yang perlahan.
"Kita telah diminta untuk meratifikasi Statut Rom dan menyertai mahkamah itu oleh banyak negara Barat. Sekarang saya tanya kenapa kita perlu ratifikasi, jika mahkamah itu dipolitikkan?
Seolah-olah ia sebuah mahkamah hanya untuk musuh-musuh Barat dan pemimpin Afrika," katanya.
Syed Hamid juga menggesa Malaysia supaya tidak menjadi sebahagian daripada "kesenyapan" ini dan menggunakan pengaruh diplomatik dan ekonomi untuk membawa perubahan ketara dengan libat urus bersama badan antarabangsa dan menyokong penyelesaian yang mengutuk tindakan sedemikian.
Baru-baru ini, Malaysia menegaskan sokongannya kepada tindakan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam mendukung keadilan dan mengutuk penindasan Israel di Palestin.
Tahun ini Malaysia menjadi sebahagian daripada inisiatif penting ini yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Citizen's International Malaysia, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), and IAIS Malaysia.
GMD dimulakan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antarabangsa (IHRC) pada 2010 untuk memperingati genosid yang masih berlangung dan pada masa lampau sambil menyokong pencegahannya.
Sejak itu, acara berkenaan berlangsung di seluruh pelosok dunia dan menarik penyertaan pelbagai penceramah, peserta dan aktivis dari semua latar belakang politik, agama dan kaum, membuka mata mengenai perbuatan genosid yang tidak diberikan pendedahan secukupnya oleh media utama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2024
![Syed Hamid gesa Malaysia wujudkan duluan antarabangsa terhadap pelaku genosid Syed Hamid gesa Malaysia wujudkan duluan antarabangsa terhadap pelaku genosid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41677056580_SyedHamidAlbar.jpg)
Syed Hamid berkata, Malaysia perlu melakukan intervensi secara konsisten dan menggunakan langkah perundangan bagi menyokong rakyat Palestin dalam kerangka perundangan antarabangsa. - Gambar fail
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![Cuba sertai Afrika Selatan dalam kes genosid terhadap Israel di ICJ Cuba sertai Afrika Selatan dalam kes genosid terhadap Israel di ICJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719071444_benderaCuba.jpg)
Cuba sertai Afrika Selatan dalam kes genosid terhadap Israel di ICJ
Cuba akan laksanakan haknya sebagai negara ketiga untuk bentangkan tafsirannya mengenai Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.
![Sepanyol putuskan untuk sertai kes genosid terhadap Israel di ICJ Sepanyol putuskan untuk sertai kes genosid terhadap Israel di ICJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717667876_ICJ.jpg)
Sepanyol putuskan untuk sertai kes genosid terhadap Israel di ICJ
Sepanyol membuat keputusan itu demi membawa kembali keamanan serta kerana komitmennya terhadap undang-undang antarabangsa.
![Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700208183_FBREAKWISMAPUTRA.jpg)
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
![Pertubuhan Rohingya beri amaran peningkatan genosid di Myanmar Pertubuhan Rohingya beri amaran peningkatan genosid di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712138790_etnikRohingya.jpg)
Pertubuhan Rohingya beri amaran peningkatan genosid di Myanmar
Situasi di Rakhine merosot dengan ketara selepas pertempuran meletus semula sejak November lepas antara Tentera Arakan dan junta tentera di Myanmar.
![Tentera Israel berundur daripada Hospital Al-Shifa yang sudah musnah Tentera Israel berundur daripada Hospital Al-Shifa yang sudah musnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700130350_AlShifahospital.jpg)
Tentera Israel berundur daripada Hospital Al-Shifa yang sudah musnah
Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa, kemudahan perubatan terbesar di Semenanjung Gaza selepas diduduki selama 14 hari dan ditinggalkan dalam keadaan musnah sepenuhnya dengan ramai yang terk
![Malaysia alu-alukan langkah tambahan bagi hentikan genosid di Gaza Malaysia alu-alukan langkah tambahan bagi hentikan genosid di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708175321_TBGazans.jpg)
Malaysia alu-alukan langkah tambahan bagi hentikan genosid di Gaza
Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan lagi tekanan ke atas Israel dan meminta ia memenuhi obligasinya.
![Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711611114_tbFrancescaAlbanese.jpg)
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
![Presiden Brazil dakwa Israel laksana genosid di Gaza Presiden Brazil dakwa Israel laksana genosid di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708779886_TBLuizInacio.jpg)
Presiden Brazil dakwa Israel laksana genosid di Gaza
Beliau juga tegaskan menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.
![Israel lakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza - Presiden Brazil Israel lakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza - Presiden Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708779886_TBLuizInacio.jpg)
Israel lakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza - Presiden Brazil
Presiden da Silva berkata: "Apa yang Israel lakukan bukanlah peperangan tetapi genosid kerana mereka membunuh wanita dan kanak-kanak."
![Hari ke-135 genosid di Gaza, puluhan lagi terbunuh akibat serangan Israel Hari ke-135 genosid di Gaza, puluhan lagi terbunuh akibat serangan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707722240_TBRAFAH.jpg)
Hari ke-135 genosid di Gaza, puluhan lagi terbunuh akibat serangan Israel
Bandar-bandar dan kem pelarian di tengah Gaza menjadi sasaran serangan dengan ramai orang awam.