Menurut laporan perubatan, angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt 2023 telah meningkat kepada 42,175 orang manakala 98,336 individu dilaporkan cedera.
Sebahagian besar mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Sumber yang sama turut melaporkan bahawa perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan atau mayat yang bergelimpangan di jalan-jalan di seluruh kawasan konflik itu, kerana pasukan pendudukan Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan pasukan pertahanan awam.
-- BERNAMA
